Sunday, October 16, 2011

maka melalak-melolong lah puak-puak bengong


DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL KULIM



APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini. (Rujuk SINI)

Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja. Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka.

Jangan lupa kisah ini.....
Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”



Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja?


Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar.


Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan...


Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.com

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/aziz-bari-july29.jpgZUL KULIM JANGAN LARI!! Aziz Bari sedia berdebat bila-bila masa

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama.



Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh “derhaka” dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atasnya.



“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini.



Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

“Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang ‘lese majeste’ yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja,” katanya.

“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.

“Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya,” kata beliau sambil menambah, “menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia.”

“Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama.

“Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005),” katanya lagi.

Oleh itu soal beliau, “logikkah saya, dengan tulisan yang begitu banyak, hendak derhaka dan biadab kepada raja-raja?”

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”

“Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain,” katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

“Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.

“Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini,” katanya.

Baru-baru inini, Ezam menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

“Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

“Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini,” kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa Ahli Parlimen membidas Aziz kerana kenyataannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah UIA itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Moktar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.

Pandangan sama dikongsi Zulkifli, wakil rakyat Kulim-Bandar Baru, yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai “pakar perlembagaan”, kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar keluaran Utusan Malaysia hari ini berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Aziz mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam.

“Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin.

“Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya,” kata ruangan itu hari ini.- PASB

Baca selanjutnya Di SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular