Monday, September 26, 2011

1Malaysia Najib bakal senasib Islam Hadhari Pak Lah?

WarkahDaily – KABUR. Itulah satu kalimah yang layak untuk dijawab untuk gagasan ‘mewah’ Datuk Seri Najib Razak yang kini dah hampir satu penggal ianya diwar-warkan, namun belum nampak satu pun kejayaan yang betul-betul rakyat Malaysia boleh banggakan.


Berjuta-juta wang rakyat sudah dibelanjakan dan akan dibelanjakan lagi demi satu gagasan Perdana Menteri. Logo 1Malaysia di merata-rata tempat dilekatkan, kakitangan kerajaan dipaksa untuk menyematnya di baju-baju kerja, budak-budak dipaksa melaung dan menyanyikan lagu 1Malaysia tapi tiada siapa yang betul-betul boleh memahaminya apakah erti 1Malaysia yang dikehendaki.

Kalau ya pun nak kaitkan rakyat Malaysia ini satu dan bersatu tidak kira bangsa apa, tetapi itu semua adalah retorik bodoh yang membazir wang rakyat.

Akhbar dan televisyen duk canang siang dan malam pasal 1Malaysia tetapi realiti yang terjadi tidak seperti apa yang dilaung-laungkan.

Mahukan rakyat berbilang bangsa dan kaum bersatu padu dan hidup harmoni tetapi penguasa tidak pula seperti yang dilaung-laungkan. Setiap hari provokasi perkauman dimainkan. Rakyat bukan Melayu dilayan seolah-olah golongan kelas kedua. Mereka sentiasa menjadi bahan untuk dapatkan undi semata-mata, bukannya untuk dibantu dengan ikhlas seperti rakyat yang lain, bahkan Melayu yang tidak menyokong kerajaan BN juga turut menerima nasib yang sama. 1Malaysia ke tu?

Diskriminasi terhadap negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) usahlah disebut, setiap genap dan ceruk ianya dipulau dinafikan hak mereka. Padahal ianya sebahagian daripada Malaysia.

Apakah 1Malaysia hanya untuk ahli Umno dan penyokong Umno? Jika begitu, usahlah disebut 1Malaysia, bahkan hanya layak disebut 1Umno atau 1BN sahaja.

Hak royalti rakyat Kelantan perlu disegerakan jika mahu 1Malaysia itu difahami dengan baik oleh rakyat supaya gagasan Najib itu tidak diperlekeh dan digelak rakyat Malaysia. Apa makna demokrasi jika hak yang diberikan rakyat Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang kepada PR cuba diganggu gugat kerajaan pusat yang dipimpin Barisan Nasional (BN) dengan tidak diberi peruntukan sepatutnya yang diterima rakyat di negeri berkenaan. Mereka juga rakyat Malaysia. Jadi mana maksud 1Malaysia yang dicanangkan?

Tidak keterlaluan jika penulis mahu kata, 1Malaysia tidak kurang sekadar gagasan retorik setiap Perdana Menteri Umno-BN yang naik termasuklah apa yang pernah dilakukan oleh PM satu penggal, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah).

Jadi tidak mustahil, gagasan Najib bakal terima nasib yang sama dengan gagasan Islam Hadhari Pak Lah yang turut berkubur bersama-sama Pak Lah bila beliau ‘diundurkan’ oleh Muhyiddin.

Sekarang pun, Muhyiddin sedang berusaha untuk undurkan PM bermasalah, Najib yang banyak terpalit dengan kontroversi yang boleh merosakkan Umno dan BN. Lebih-lebih lagi ‘bayangan’ Rosmah yang perlu dihadapi Najib dalam pemerintahannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular