Sunday, August 28, 2011

Petronas Curi Minyak Dari Perairan Kelantan

Kerajaan Kelantan menyelar tindakan Petronas yang mahu melaksanakan projek huluan baru bernilai RM15 bilion tanpa membuat sebarang rundingan dengan negeri itu.


Projek itu dikenali sebagai North Malay Basin.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Paduka Husam Musa menegaskan, projek untuk membangun dan mengeluarkan simpanan gas dari kelompok medan gas yang ditemui di luar pesisir pantai Semenanjung turut melibatkan Kelantan yang telah dinafikan hak mendapatkan royalti.


“Suka diingatkan bahawa projek North Malay Basin dengan blok-blok yang disebut iaitu PM 301, PM 302 serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan," kata Husam dalam satu kenyataan semalam.


Tambahnya, ia juga tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara lain, malah 50km lebih dekat dari Terengganu.


"Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya," katanya.


Pada 23 Ogos lalu, Petronas dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa projek pembangunan pengeluaran gas di Utara Malay Basin akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200km ke Kerteh, Terengganu.


Husam yang juga pengerusi jawatankuasa tuntutan royalti Petroleum Kelantan menggesa Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri supaya gas itu didaratkan di Bachok, Kelantan.


"Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini," kata Husam.


Katanya, kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja supaya hasil mahsul Kelantan tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.




Popout


Bukti UMNO/BN membela MELAYU????


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular