Saturday, February 12, 2011

Asal usul "VALENTINE'S DAY" yang anak muda Islam gila sangat untuk menyambutnya!!


Valentine's Day atau memperingati Hari Kekasih disambut oleh masyarakat Rom sebelum abad ke-17 sebagai HARI MENCINTAI TUHAN atau PATUNG PUJAAN mereka pada tarikh 14 Februari setiap tahun.


Mereka mengadakan sambutan besar-besaran dengan menyembelih ANJING dan KAMBINGbetina. Darahnya dilumur pada tubuh dua pemuda dan kemudiannya dibasuh dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda tersebut memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan mencalitkan darah tersebut kepada sesiapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis Rom amat gembira jika mereka dicalit oleh pemuda tersebut kerana mereka percaya tidak akan mandul dan boleh mengandung.

Valentine's Day atau memperingati Hari Kekasih bukan budaya Islam dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Kita perlu sedar bahawa golongan yang tidak senang dengan Islam akan cuba menghancurkan Islam dengan berbagai-bagai cara. Mereka berusaha melalaikan umat Islam dengan pelbagai bentuk hiburan yang bercanggah dengan syarak. Antaranya ialah menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam seperti merayakan hari kekasih. Ini merupakan ancaman yang boleh melemahkan umat Islam.

Kepada anak-anak muda Islam yang ingin meraikan hari kekasih, tak usahlah. Janganlah kerana hari tersebut akidah anda tergadai!!

(Gambar sekadar hiasan)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular