Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mendapati ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah tidak bersalah atas dakwaan menghina dewan itu. Jawatankuasa itu bagaimanapun mendapati peguam kepada Badrul Hisham, Datuk Mohd Hafarizam Harun bersalah kerana gagal menghadiri pendengaran jawatankuasa hari ini meskipun diberikan notis sebelum ini dan memerintahkan beliau membayar denda RM20,000.