Friday, July 20, 2012

Selepas Leftenan Adnan, Inspektor Aleza Pula Menjadi Ahli PAS Seumur Hidup +Video


Setelah sekian lama berteka-teki tentang hala tuju perjuang hidup beliau, maka akhirnya selebriti tanahair Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (foto) menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Beliau menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Ceramah Perdana Ambang Ramadhan, Padang YIK Nilam Puri Kota Bharu Kelantan malam tadi.
Abby merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Elite yang cukup popular satu ketika dulu dengan lagu mereka Trauma, Tamparan Wanita dan sebagainya. Beliau merupakan anggota asal kumpulan tersebut yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Beliau juga pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Abby dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977 dan merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Beliau mempunyai tiga orang cahayamata. Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim. Pada 2009 mereka telah disahkan bercerai.Hak penjagaan sepenuhnya diserahkan kepada abby abadi. Selain dari menyanyi dan menjadi pengacara, beliau juga sempat berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas.
Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, beliau sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka. Kini dengan penyerahan borang keahliannya, maka sahlah dia bersama PAS mengikut jejak langkah artis yang lain seperti Aishah, Hairie Osman (Leftenan Adnan) - Klik SINI , Bob Lokman dan sebagainya. - PDO

Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular