Thursday, June 9, 2011

Video seks kini ditabur di Terengganu

NONE
Selepas ditaburkan di sebahagian besar di kampung-kampung Melayu, Cina dan India di kebanyakan tempat di Selangor, video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diedarkan pula di Terengganu.

Sasarannya adalah di beberapa kawasan yang dijangka akan ditandingi oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.


Ketua Cabang PKR Dungun Abdul Rahman Yusof berkata video seks tersebut diletakkan berdekatan tandas di beberapa stesyen minyak di kawasan Felda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

"Semuanya diletakkan dekat tandas stesen minyak petrol dengan jumlah 20 keping. Ia diletakkan di dalam sampul surat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, beliau menerima aduan penyebaran itu daripada penduduk sekitar Durian Mas dalam parlimen Dungun dan Bukit Bading dalam parlimen Hulu Terengganu yang memaklumkan perkara itu kepadanya semalam.

anwar four frame video 030611Beliau berkata video itu turut tersebar di bebarapa lagi kawasan di Bukit Besi (Dungun), Jerangau (Hulu Terengganu), Chalok (Setiu) dan Cheneh (Kemaman).

Ditanya sama ada terdapat aduan daripada ketua-ketua kampung berhubung penyebaran video tersebut, Abdul Rahman berkata setakat ini belum.

"Kita sedang memantau (penyebarannya). Kita meminta siapa yang menjumpainya membuat laporan polis," katanya.

Beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks tersebut dalam masa beberapa hari lagi. -MK


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular