Menghadiri satu lagi jalan-jalan bersama kepimpinan UMNO – YAB Perdana Menteri Malaysia di Giant Taman Permata dengan laluan dari AU 5 Keramat – jelas menunjukkan kegagalannya. Petang itu tidak lebih dari PM Najib tawaf kawasan AU5 dan Taman Permata tanpa impak menyeluruh kepada rakyat yang hadir di situ. www.umno-reform2.com terkejut melihat jalan-jalan bersama PM Najib tidak mencapai hasrat sebenar program tersebut. Siapa penganjur program. Program itu tidak lebih kepada program untuk memuaskan hati PM Najib dari membawa Najib untuk berjalan bersama rakyat. Kita perlu lihat apa sebenarnya yang dimahukan dalam program seumpama itu.
Kalau setakat ada ceramah dari PM Najib dan angkatan penganjur – maka itu bukan program sepetang berjalan-jalan bersama PM Najib. Apa sebenarnya yang mahu dilaksanakan oleh penganjur program itu – membawa Najib bersiar-siar – dikelilingi oleh polis dan pengawal keselamatan – dan tidak berbual-bual atau apa lagi untuk singgah di gerai yang ada sekeliling 7 elevan Taman Permata yang ada. Kalau takut sangat – untuk minum di gerai – kopek sahaja buah kelapa yang ada terjual – minum bersama atau setidak-tidak minum seteguk untuk dilihat oleh rakyat.
Program ini sebenarnya mahu menonjolkan siapa? Menonjolkan PM Najib pada rakyat atau menonjolkan matlamat penganjur. Melihat jalan-jalan bersama PM Najib saya lebih cenderung mengatakan jalan-jalan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih cemerlang dari apa yang dianjurkan oleh mereka di AU5 dan Taman Permata di Selangor. Sebenarnya – kalau macam itu – baik tidak payah lakukan! - www.umno-reform2.com
No comments:
Post a Comment