Thursday, June 9, 2011

Jom ke kenyir dan sertai Boat On The Road 2011 anjuran Joran, Berita Harian pada 24, 25 & Jun ini.

Diilhamkan oleh Datuk Ahmad A. Talib dengan sokongan padu daripada YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, program ini mula diperkenalkan pada tahun 2010 dimana pada asalnya bertemakan kenderaan membawa bot diatas kenderaan pacuan empat roda (4x4).
Pertama kalinya dianjurkan pada Mei 2010, ia membabitkan 50 kenderaan pelbagai jenis yang melibatkan 200 kaki pancing bermula dari perkarangan TV3 di Sri Pentas menuju ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu.
Program kembara dan memancing seumpama ini adalah antara yang terbesar dianjurkan di Malaysia yang melibatkan pelbagai pihak dari agensi kerajaan negeri dan pusat yang berkerjasama dengan syarikat swasta dimana disertai oleh pemancing dari seluruh negara.
Selain mempromosi Tasik Kenyir, program ini juga selaras dengan hasrat untuk memajukan industri memancing dan pelancongan selain membuka peluang pendapatan kepada penduduk tempatan terutamanya yang terlibat dengan aktiviti perusahaan dan perniagaan di Tasik Kenyir.
 Boat On The Road 2011
Edisi 2011 adalah susulan kepada program sama yang dianjurkan pada tahun lalu, masih mengekalkan program selama tiga hari dua malam itu akan disertai kaki pancing dengan tawaran hadiah wang tunai yang lumayan serta hamper dan barangan elektrik pada masa sama juga layak memenangi hadiah cabutan bertuah.
Program Boat On The Road 2011 mensasarkan lebih ramai peserta dari seluruh negara dimana penyertaannya kali ini dibuka kepada 200 kenderaan dengan bilangan peserta sahaja dijangka mencecah seramai 800 orang yang akan bersama-sama menyertai program ekspedisi memancing sambil santai ini.
Sejajar dengan penganjuran kali ini, jumlah hadiah juga barangan dinaikkan dan penganjur memperkenalkan konsep baru pertandingan kepada dua kategori iaitu Kategori "Casting" dan Kategori "Boat House" bagi meningkatkan lagi tahap cabarannya.
Kategori "Casting"
Penyertaan dengan bot sendiri dalam kumpulan terdiri dari minimum 2 dan maksimum 3 peserta. Bertanding untuk hadiah Kategori Casting secara pasukan. Semua peserta akan bermalam di Pulau Pertang. Pendaftaran meliputi:
• Penginapan di Pertang Island Resort
• Sarapan
• Jamuan makan ketibaan
• Cenderahati (Kemeja-T & Topi)
• Sijil Penyertaan
• Jamuan Penutup
 Kategori "Boat House"
Peserta akan memancing diatas rumah boat dan bertanding untuk hadiah Kategori Individu. Semua peserta akan tinggal dan bermalam diatas rumah bot. Pendaftaran meliputi:
• Penginapan di rumah bot
• 7 sesi makan diatas bot
• Memancing dalam rumah bot
• Jamuan makan ketibaan
• Cenderahati (Kemeja-T & Topi)
• Sijil Penyertaan
• Jamuan Penutup

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus dengan menghubungi Unit Joran, Berita Harian melalui telefon 03-22822323 sambungan 4240, 4241 atau 4242.
Alamat: Unit Joran, Berita Harian, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. 

http://botr.bharian.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular