Tiba-tiba isu rasuah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur timbul dalam kalangan kita. Rasuah dalam DBKL menjadi isu yang diperkatakan. Ada berita yang melibatkan Datuk Bandar sendiri terkeluar. Isu sebegini masih belum terbukti tetapi cerita dan berita semakin terkeluar.
www.umno-reform2.com turut dimaklumkan dengan tidak begitu terperinci rasuah yang dikatakan melibatkan DBKL. Isu rasuah ini akan tersebar dan ramai yang akan membicarakan isu ini tetapi kemungkinan juga ada yang akan cuba menangguk di air yang keruh. Isu rasuah DBKL yang dikatakan melibatkan Datuk Bandar sendiri akan mula tersebar dalam media alternatif. Persoalan untuk di jawab oleh Datuk Bandar juga akan mula hadir sungguhpun bagi www.umno-reform2.com tuduhan rasuah perlu ada asas.
www.umn-reform2.com telah dimaklumkan mengenai apa yang dikatakan melibatkan pemberian kontrak kepada siapa dan untuk apa dan beberapa keadaan yang tidak menuruti peruntukkan pemberian kontrak yang tidak selaras.
Dalam isu ini – www.umno-reform2.com akan memulakan kajian dan akan turut menanti kiriman – kiriman mengenai isu yang dikatakan melibatkan rasuah besar DBKL dan pemberian kontrak. Kami akan cuba menyelongkar segala-galanya. Nantikan apa yang akan dibongkar olehwww.umno-reform2.com – itu pun sekiranya ada.
No comments:
Post a Comment