Thursday, June 9, 2011

Jamil Khir: Jangan persoal status Tugu Negara, patung Tunku


KUALA LUMPUR, 9 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata status Tugu Negara dan patung Bapa Kemerdekaan di Parlimen tidak boleh disamakan dengan tugu 1 Malaysia yang dibantah pembinaannya di Perlis.
Ini kerana jelas beliau, Tugu Negara yang dibina lebih empat dekad lalu bukan lagi lokasi sambutan Hari Pahlawan sejak tahun lalu, malah istiadat kalungan bunga juga diharamkan selaras dengan fatwa kebangsaan.


“Kita kena faham, sejak saya ambil alih (jawatan menteri) kita telah menukar (lokasi) sambutan Hari Pahlawan, kita sudah tidak lagi lakukannya di Tuga Negara.
“Kita buat dengan mengikut apa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kita ikut fatwa yang dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ditanya sama ada kedua-dua tugu itu harus dikekalkan, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya mengatakan “itu cerita lain.”
Kelmarin, Pemuda PAS Johor mahu Jamil Khir menyatakan pendirian mengenai status Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, perdana menteri yang pertama di Parlimen, ekoran pendiriannya tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia di Perlis.
Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat berkata, di samping tugu 1 Malaysia, terdapat tugu yang telah dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara iaitu Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman.
“Saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia yang boleh membawa kepada pemujaan.
“Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan yang diberikan oleh Mufti (Perlis, Dr Juanda Jaya) supaya sebarang unsur-unsur pemujaan agar tidak diwujudkan,” katanya.
Khamis lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan kerajaan negeri tidak membina tugu 1 Malaysia yang disebut-sebutkan akan didirikan di Perlis dalam waktu terdekat.
Juanda berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat April lalu memutuskan bahawa tugu yang disebut-sebutkan itu tidak wajar dibina kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.
Jamil Khir pula berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1 Malaysia. - TMI

Komen :

Cuba renung betui2 nama sapa yang di tulis kat tugu ni -
Cuba perhatikan nama2 pada tugu peringatan di bawah ini.
Benarkah Tugu Negara itu adalah sebagai mengenang jasa perajurit (Askar Melayu) atau pun sebenarnya sebagai mengenang jasa penjajah membunuh para pejuang kemerdekaan.




Cuba tengok gambaq ni pulak muka sapa yang dok pijak para perajurit yang mati kerana memperjuangkan kebebasan negara ini -

 idea nak buat tugu ni.. cuba tengok kat bawah ni pulak.-


Tugu negara hampir menyerupai atau lebih tepat adalah kembar kepada USMC War Memorial di Arlington, Virginia, United States? Tugu USMC War Memorial juga dikenali sebagai Tugu Peringatan Iwo Jima.


USMC War Memorial siap dibina pada 1945 manakala Tugu Negara kita pula siap dibina pada 1966. Ini bermakna Tugu Peringatan Iwo Jima ini dibina dahulu sebelum tugu kita. Jadi, siapakah yang diberikan ilham untuk membuat tugu yang hampir serupa untuk negara kita?

Tidak lain tidak bukan, idea tersebut datang dari ilham Perdana Menteri pertama kita yang juga lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Tunku mendapat ilham ketika lawatannya ke Amerika pada Oktober 1960.

Setelah melihat tugu tersebut, Tunku telah bertemu secara peribadi dengan pengukir tugu USMC War Memorial, Felix de Weldon untuk menyatakan hasratnya untuk membuat tugu yang hampir serupa di negara kita. Di atas kerjasama Felix, beliau kemudiaannya telah dianugerahi dengan gelaran 'Tan Sri'. Justeru tidak hairanlah terdapat persamaan antara Tugu Negara kita dan Tugu Iwo Jima kerana sebenarnya adalah dari pengukir yang sama.

Jika Tugu Negara kita mendapat ilham daripada Tugu Peringatan Iwo Jima, maka dari mana pula Tugu Peringatan Iwo Jima mendapat ilham pembinaannya?

Tugu Peringatan Iwo Jima dibina berinspirasikan sebuah gambar foto askar-askar Amerika yang mendirikan bendera mereka, The Stars and Stripes di Gunung Suribachi, Iwo Jima, Jepun. Tugu ini dibuat sempena foto berjudul 'Raising the Flag on Iwo Jima' yang memenangi Anugerah Pulitzer.
Haa.. amacam ???
 
Persoalan : Tugu tu di bina untuk kenang jasa orang putih yang dah banyak membunuh orang melayu masa sebelum merdeka sebab orang melayu tu dok berjuang kemerdekaan negara ni atau sebaliknya?


DiUbah Suai Dari Artikel Asal : Bicara Abu Nawas

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular