Thursday, June 9, 2011

ASMA : Rawatan Penyakit dengan Cara Telan Ikan Hidup-hidup



Penghidap asma serbu Hyderabad setiap tahun untuk dapatkan ubat ikut kaedah pelik



[BH] HYDERABAD: Beribu-ribu penghidap asma percaya bahawa mereka dapat mengubati penyakit mereka dengan menggunakan pendekatan luar biasa, iaitu menelan ikan secara hidup-hidup yang turut disertakan herba rahsia.


Penghidap lelah itu sanggup datang ke kota Hyderabad di selatan India dan berbaris panjang untuk menjalani rawatan yang diberikan oleh keluarga Goud.

Fenomena itu hanya berlaku pada bulan Jun setiap tahun kerana hari rawatan berkenaan ditentukan oleh tukang tilik nasib. Keluarga Goud mendakwa, mereka memperoleh formula rahsia itu daripada seorang sami Hindu 170 tahun lalu dan menolak permintaan doktor untuk mendedahkan kandungan herba berkenaan atas alasan keberkesanan rawatan akan terjejas jika ramuan itu dikomersialkan. 

Selepas menelan ikan bercampur herba itu hidup-hidup, penghidap asma terbabit akan memulakan diet makanan yang khusus selama 45 hari.


Diet itu membabitkan 25 jenis makanan berbeza termasuk daging kambing, nasi, gula, buah mangga kering dan bayam. Mereka juga perlu mengelak daripada makan makanan yang digoreng serta mengulangi pendekatan rawatan itu dalam tempoh dua tahun.
Cara rawatan ikan itu bagaimanapun dikecam oleh saintis, doktor dan pertubuhan tempatan yang menyifatkannya tidak ada nilai ubat selain bukti saintifik mengenai keberkesanannya namun, dinafikan ahli keluarga terbabit.


“Ada kajian membuktikan kaedah rawatan kami tiada salah dan berdasarkan pendekatan tradisi,” kata Harinath Goud. – Agensi


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular