Mampukah dibendung “pesta naik harga”?
Harga barang-barang keperluan asas dijangka naik lagi dalam masa terdekat. Itulah cakap-cakap yang kini semakin menjadi lumrah, terutama di kalangan syarikat bawahan.
Walau pun desas-desus sebegitu bermula dengan spekulasi atau semata-mata khabar angin, ia selalunya tidak terlalu jauh menyalahi hakikat yang benar-benar berlaku kemudiannya.
Sebab itu rakyat ada sebab sangat munasabah untuk percaya dan mengandaikan bahawa harga barangan keperluan harian mereka akan naik dan naik lagi selepas ini. Apatah lagi baru-baru ini telah berlaku kenaikan beberapa bahan utama seperti gula, petrol RON97 dan gas memasak.
Menjadi kelaziman pihak berwajib untuk memuntahkan rasional kononnya kenaikan itu tidak akan memberi kesan kepada harga barangan lain. Dibawakan berbagai hujah dan fakta bagi mengukuhkan andaian bahawa kenaikan bahan bakar dan pemanis itu pada kadar sangat minimal dan tidak sepatutnya menyebabkan berlakunya “pesta naik harga” terutama pada makanan dan minuman.
Kajian simulasi dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi dijadikan bukti. Pegawai tertinggi kementerian mengatakan penyelarasan harga tiga barangan tadi menunjukkan kenaikan hanya antara 0.1 sen hingga tiga senberbanding harga semasa bagi makanan dan minuman seperti teh tarik, roti canai, karipap, mi goreng dan lain-lain seumpamanya.
“Jadi, tidak logik jika ada pengusaha makanan dan minuman menaikkan harga,” media memetik kata pegawai kementerian berkenaan.
Itu adalah antara hujah biasa yang diberikan, bertujuan meyakinkan rakyat. Namun, apakah keadaan yang benar-benar berlaku menepati apa yang ditegaskan kerajaan itu?
Berdasarkan laporan media dan pemerhatian dalam masyarakat, tidak sukar kita akui bahawa kenaikan harga barang, terutama makanan dan minuman tetap berlaku. Janji dan keyakinan yang cuba dipertahankan kerajaan setakat ini hanya ibarat janji kosong yang tidak dapat dikuatkuasakan.
Di manakah silapnya sehingga “pesta naik harga” yang sepatutnya tidak berlaku itu tetap berlangsung? Dan para pengusaha makanan dan minuman seakan tidak ada sekelumit kegusaran berdepan undang-undang dan peraturan kerajaan?
Akuilah bahawa punca utama ialah kerana tahap penguatkuasaan sesuatu ketetapan oleh kerajaan amat lemah. Para menteri, timbalan menteri dan pegawai kementerian bertanggungjawab mengawal dan memantau perkara ini seolah-olah hanya tahu menutur dan melontarkan keyakinan di peringkat masing-masing. Tetapi apabila tiba di tahap menguatkuasakannya, ia selalunya menemui kegagalan.
Akhirnya, mahu tidak mahu akan menyusul kenyataan dalam nada ‘berlembut’ dari pihak kerajaan untuk merasionalkan tuntutan pengusaha menaikkan harga. Kononnya ia tidak dapat dielakkan.
Itulah skrip dan lakonlayar yang sering berulang. Bermula dengan ura-ura kenaikan harga bahan keperluan utama, diikuti pengumuman oleh kerajaan mengesahkan perkara itu. Kemudian ada hujah-hujah merasional kenaikannya beserta jaminan ia tidak akan memberi kesan kepada harga barangan lain.
Bahkan ia disifatkan kenaikan amat minimal dan tidak membebankan pengguna terbanyak. Namun, akhirnya kenaikan harga barangan lain tidak dapat dielakkan juga.
Sebab itu apabila harga gula dan petrol sekali lagi dinaikkan bulan lalu, diikuti kenaikan tarif elektrik minggu lalu, rakyat ada sebab sangat munasabah untuk mengandaikan harga berbagai barangan lain juga bakal naik dalam masa terdekat.
Berdasarkan pengalaman lalu, hujah berbagai pihak mewajarkan tindakan kerajaan itu sepatutnya sudah tidak dilayan. Apa-apa alasan mendakwa ia tidak memberi kesan kepada pengguna berpendatan rendah sebenarnya merendahkan martabat pemikiran rakyat.
Secara logik pun semua orang dapat mencongak bahawa setiap kenaikan harga barangan asas akan tetap memberi kesan kepada produk dihasilkan menggunakan barangan tersebut. Memang bagi pengguna biasa, kenaikan harga gula dan petrol pada nilai minimal. Tetapi bagi pengusaha dan pengilang yang menggunakannya dalam kadar pukal, kenaikan itu amat dirasakan.
Kos pengeluaran barangan oleh pengusaha dan pengilang akan meningkat. Sudah menjadi tabiat bahawa tidak semua mereka bersedia menyerap kenaikan kos operasi itu. Kebanyakan mereka hanya tahu mengaut untung. Jauh sekali untuk memikirkan soal kebajikan pengguna. Maka besar kemungkinan mereka akan memindahkan beban kenaikan kos itu kepada rakyat selaku pengguna.
Logik sama kini menghantui rakyat selepas kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik. Biar pun seperti biasa kerajaan mengiringi pengumuman itu dengan jaminan tidak membebankan rakyat, terutama khalayak berpendapatan rendah, kesan tidak langsung dari kitaran penggunaan tenaga oleh pengusaha dan pengilang adalah hakikat yang sudah dijangkakan rakyat.
Justeru, biar pun kerajaan mahu rakyat percaya bahawa tarif baru elektrik kini tidak akan membebankan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang, kesan kenaikan harga barangan lain tetap tidak dapat dielakkan.
Apabila para pengusaha makanan dan minuman di dalam masyarakat menerima barangan asas perniagaan mereka pada harga lebih tinggi, maka rakyat sebagai pengguna pula perlu bersedia untuk sekali lagi berdepan “pesta naik harga”.
Oleh: Mat Zain Mat Isa (detikdaily)
Arkib Berita
-
▼
2011
(3873)
-
▼
06/05 - 06/12
(184)
- Ketua MIC Bagan dipecat
- Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat IPP! - Ku Li
- Muka Pemandu Tayang Filem Lucah & Cuba Rogol Penum...
- MURTAD : Apostates di Malaysia dan Singapore
- KELANTAN CUTI PERISTIWA ESOK SEMPENA PIALA FA 2011
- 10 Sebab Pekida Tak Perlu "MELATAH"
- Subsidi : Lebih 500 nelayan, pengusaha bot pukat t...
- Persidangan politik kedai kopi – PAS dah berubah –...
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – satu isu rasuah bak...
- Computer battery buying tips
- TAHNIAH YUSOF MAHAL, TAKZIAH NONG CHIK
- Hard drive buying tips
- Ubahsuai rumah RM6.5 juta, gaji MB lapan tahun pun...
- Sampai bila janji terang bulan ditunaikan?
- Berbohong : Media PKR atau Media UMNO?
- Tiada Sebab PAS Perlu Minta Maaf Kepada UMNO
- Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal
- Pancung kepala, rendam minyak
- Pembebasan Peguam Negara Dari Sebarang Tuduhan Sal...
- Simnet Startup Manager 2011 3.0.1.1
- ‘People-power needed to push for oil royalty hikes’
- Padah tayang video lucah
- Perlawanan Akhir Piala FA Malam Ini: Kelantan lwn ...
- Pakaian seksi untuk pastikan suami puas
- PAS lapor SPRM isu Hospital Shah Alam
- Malaysia developing a gambling culture
- PAS terus bergerak, UMNO terus berarak
- Insiden Glenmarie: Polis Perlu Jalankan Keadilan, ...
- Selangor, BN mahu rampas semula (mampu tersenyum)
- Memalukan! Program Walk About Najib GAGAL !
- GANI PATAIL ADA SKANDAL DENGAN AZALIZA DAN SKANDAL...
- David Teo, Yusof Haslam Sangkal Dakwaan Pekida
- Guan Eng: Hentilah bohong diri sendiri, MCA
- Pemimpin Gerakan akan hadir perhimpunan BERSIH
- Harapan Chua: 1Malaysia singkir PERKASA?
- Kejatuhan ketara dalam eksport elektronik M'sia
- Menuju Jalan Keadilan - Khir Toyo
- RUMAH BERHANTU DI SEKOLAH SABAH..
- We, too, want to be a dentist like Khir Toyo
- Apakah Erti Negara Berkebajikan?
- Hadi tiada keyakinan pimpin negara: UMNO
- MENGAPA PAS TERUS DIKECAM? - DR.ASRI
- Isu video seks timbul dalam khutbah Jumaat
- Video Seks Mat Sabu Pula Diedarkan?
- Najib’s trip a hot topic for Parliament
- Najib minta PAS jangan ‘ciplak’ model negara kebaj...
- Mat Sabu Sedia Jadi Sasaran Fitnah
- SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAH
- Pesan Roh Kepada Manusia
- Pilihan raya umum ke 13, PAS lawan PKR di Sabah
- KAMI HILANG SABAR, BN JANJI PALSU!
- ‘Third political force will split Indian votes’
- Anwar will be convicted – come what may!
- Gajah Mengamuk, Seorang Pemuda & 2 Lembu Terbunuh ...
- Lynas : 'Fakta Penting' Yang Telah cuba Di Sembun...
- PEKIDA bakal saman penerbit dan pengarah filem Kon...
- SURAT MAHATHIR KEPADA TOK GURU NIK AZIZ - "PENOLAK...
- PERLEMBAGAAN PAS – Ringkasan.
- Media Kerajaan Sudah Mula Menyerang PAS
- Mangsa Simbahan Asid Hilang Penglihatan
- "APA GUNA BERJANJI, KALAU TAK DITEPATI"
- SPRM sedang siasat Taib Mahmud - Abu Kassim
- 'Projek IC' Kini Menular Ke Pahang
- Email Ahli Parlimen Batu Digunakan Untuk Yakinkan ...
- 'Disungkurkan': Utusan saran Nasharudin sertai Umno
- PAS: Tiada yang bankrap selepas demo
- 2 REMAJA GENG MINYAK DITEMBAK DALAM KEADAAN MANGSA...
- Khir Toyo belanja RM6.5 juta TUNAI ubah suai Banglo!!
- Sewa lori wilayah utara naik 10%-15%
- PAS tidak layan Khaled Nordin
- Jamil Khir: Jangan persoal status Tugu Negara, pat...
- FORMULA SABAH AKHIRI PENJAJAHAN MALAYA?
- Terima kasih Khairy kerana sahkan pertunangan anak PM
- ROSMAH TOLAK SHARIZAT, MAXIMUS YANG TERPELANTING?
- ‘Khir paid me RM500,000 in cash each time’
- 'Meriam bersejarah' Melaka Pun Kena SAMUN..
- Rosmah: Fesyen hari ini langkaui sempadan
- PETRONAS untung RM90.49b.. Rakyat melompong!!!
- ASMA : Rawatan Penyakit dengan Cara Telan Ikan Hid...
- Gerhana Bulan di Malaysia 16 Jun 2011
- Harga Jualan Hartanah Khir Toyo RM6.5 Juta - Saksi
- Cukai 6 % Telefon Prabayar : Mohon Penjelasan Syar...
- Fahaman Al-Arqam bertiup kembali, wakil Kelab nafi...
- Puteri umno kecam Kelab Isteri Taat kerana penting...
- Jom ke kenyir dan sertai Boat On The Road 2011 anj...
- WASPADA: 2 Produk COSWAY Tercemar Dari Taiwan - Di...
- Pulihkan Dara Untuk Elak Zina?
- BORNEONISATION Vs FEDERALISATION
- Skim cepat kaya : Jangan biar diri ditipu
- Mampukah dibendung “pesta naik harga”?
- Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Ma...
- Lelongan Ibu Pejabat PKR dibatal saat akhir.. tapi..
- Video seks kini ditabur di Terengganu
- Ini lah Dosa "PEMIMPIN"
- Petronas Untung RM241 bilion, IPP Ratah RM22 Bilio...
- Menolak pentadbiran Islam - Yang Sebenar KEJAYAAN ...
- Scorpene, Altantuya, Inflasi: Tekanan untuk Najib
- Majlis Syura berhak batal keputusan
- Kisah Bomoh "SERAM" Di Pahang
- Khairy pertahan lawatan Najib ke Kazakhstan
- Kutip kulit badan setiap hari
- Perjanjian TNB - IPP : “Siapa yang sedang bercakap...
- 1MDB scholarships a ‘gimmick’
- Persatuan Pengguna Ancam Boikot Astro Bantah Kenai...
- Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubat
- Negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir...
- ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor
- MUSA TERPERANGKAP DI PAPAN CATUR POLITIK?
- Sebaran: Kaji Semula Cadangan Mekanisma Perlepasan...
- Mat Sabu Beri Definisi Asas Negara Berkebajikan
- Undang-undang Syariah dipengaruh British: Hadi
- Ngeri! Payudara kerani ini bertukar hitam
- Hadi tak mahu jawatan PM jika Pakatan menang
- NGO Melayu yakin UMNO-Pas mampu bersatu
- Ahli Umno Kelantan yang dipecat cabar RoS, Adakah ...
- Faekah: BN tak fikir sebelum beri TOL tanah rizab
- WHAT A PEANUTS SALARY?
- Punca Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan Ketua Pegawa...
- Fakta Menarik : Hebat juga kisah Bakal MENANTU Naj...
- RUMAH PPRT FELDA RM4 JUTA SEUNIT?
- SAPP akan perangkap Pakatan ?
- Benarkah Melayu akan hilang KUASA ?
- Umno sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduan Melayu,...
- Penghinaan Mahathir Terhadap Hukum Islam Lebih Das...
- Mustahil PAS Kembali Bersama Umno (+Video)
- Peruntukan Pembangunan Dari Persekutuan Untuk Saba...
- Kenapa UMNO dan MCA TANGGUH PEMILIHAN?
- Siapa yang retorik? Siapa yang temberang?
Artikel Popular Minggu ini (Top 10)
No comments:
Post a Comment