SAYA amat tertarik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghendaki supaya semua Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO agar menunaikan janji yang telah ditabur sebelum ini. Ini menunjukkan satu komitmen yang tinggi daripada TPM selaku Timbalan Presiden. Adalah diharapkan kepada mereka yang terlibat supaya dapat melaksanakan janji yang diberikan.
Namun apa yang dikesalkan di sini adalah janji yang diucapkan oleh TPM semasa menghadiri program ‘Cybersafe’ di SMK Tandek, Kota Marudu iaitu pembinaan bangunan baru SMK Langkon dan SMK Bandau yang dijanjikan sehingga sekarang masih tidak kelihatan kawasannya, apa lagi tiang.
Janji ini telah dicatat oleh pemberita dan wartawan TV3 sehari selepas pelancaran program tersebut dan terkini dikeluarkan dalam BULETIN My1KM iaitu Buliten Pembangunan Kawasan P.168 Kota Marudu. Apakah janji ini tidak sepertimana janji yang dimaksudkan oleh TPM tersebut?
Sedarlah wahai mereka yang berjanji, janganlah menunggu PRU13 baru semua bermula konon untuk berikan itu dan ini sedangkan ia janji PRU sebelumnya.
Ibarat lagu "Apa guna berjanji, kalau tak ditepati...."
Di manakah letaknya slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?’
Fikir-fikirkanlah semua ini.
Sekian, Salam Hormat,
1MARUDU
No comments:
Post a Comment