Kerap pula Persidangan Politik Kedai Kopi diadakan. Kali ini oleh beberapa pakar politik kedai kopi yang cakap mereka tidak didengari oleh kepimpinan tertinggi tetapi merayap di pelosok sanubari rakyat marhaen yang terlampau amat gemar minum teh tarik sambil berbual mengenai masa depan negara.
Selangor, rasanya gagal dirampas semula oleh BN, kata salah seorang jemaah politik kedai kopi ini. Cuba fikirkan, yang banyak berlaku ialah hantar video lucah - cerita mengenai liwat dan seks. Balik-balik itu saja. UMNO beranggapan dengan isu itu mereka pasti boleh menang, kot.
Isu itu penting apa. Kalau kepimpinan, teruk macam itu, kita boleh terima ke? Kita mesti mahukan pemimpin yang bukan sahaja bersih tapi nampak bersih.
Memang lah, kita mesti ada pemimpin yang bukan sahaja bersih tapi nampak bersih – tapi kalau kena fitnah macam mana. Kita biarkan isu ini selesai, jangan pula UMNO sibuk terbabit menghantar rumah ke rumah video lucah.
Ha...itu satu tuduhan juga. Mana ko tahu itu kerja UMNO. Itu bukan UMNO yang buat la...jangan main fitnah...
Maaf, betul la...kita tidak tahu UMNO yang buat. Kita tidak boleh fitnah memfitnah. Itu aku setuju. Tapi aku tetap rasa Selangor ini masih kekal dalam tangan pembangkang.
Dalam diam menyampuk pula seorang lagi ahli politik kedai kopi yang sebelum ini asyik menonton TV di warung ini.
Betul la itu. UMNO kat Selangor rasanya tidak akan menang. Bukan kerana pembangkang kuat tetapi UMNO Selangor yang bercakaran. Semua berebut nak jadi calon. Semua nak berebut membodek dan terus mencari ruangan untuk dilantik jadi calon bagi pilihan raya akan datang. Kesibukan inilah yang sebenarnya menjadikan UMNO itu lemah dan ditambah pula dengan ketidakbijakan mereka memainkan isu bagi mempertahankan UMNO.
Bagi aku yang paling teruk ialah, mereka jatuh menjatuhkan pemimpin mereka sendiri. Mereka berlumba-lumba cari duit, lepas itu tabur untuk tolak dan hentam sama sendiri. Banyak kat Selangor jadi macam itu. Kalau kalah pun kerana UMNO bukan pembangkang bagus sangat. Lebih buruk sekali, media alternatif pro UMNO pun ada yang terbabit memburukkan kepimpinan sendiri kerana apa...kerana mereka ada tuan masing-masing.
Mana ko tahu..
Gaduh dalam bahagian, ko sendiri tengok apa jadi kat kawasan kita ini. Gombak kalau tidak di kawal – masing-masing harus bawa tombak – tikam dari belakang kerana nak jadi calon. Belum lagi jawatan dalam UMNO Selangor - pengaruh yang mahu di ragut dan macam-macam lagi. Sekarang kan lebih fleksibel. Calon mesti yang berpotensi menang. Jadi ketua – bahagian tidak tentu jadi calon.
Wah..teruk la macam itu. PR tidak perlu buat apa-apa. Mereka tengok kita bergaduh lepas itu canang satu Malaya – UMNO terbabit dengan pengedar fitnah. Ceramah Jumaat pun sibuk cerita mengenai bahaya fitnah. Itu burukkan keadaan...
Ah..ah..itu kita kena tanya polis – pengedar video itu susah betul nak kena cekup. Pencuri mengaku mencuri, pembunuh mengaku pembunuh – tapi polis pula sedang membuat siasatan dari hari ke hari sampai UMNO kena tuduh macam-macam.
Ehmmmm...sampai macam tu sekali ye...
No comments:
Post a Comment