
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sesi borak dalam talian anjuran Yahoo! Malaysia dihujani pelbagai soalan, termasuk yang menggelikan hati.
Dalam sesi selama sejam setengah pagi tadi, kebanyakan soalan yang diajukan mampu membuatkan Khairy tidak senang duduk.
Tetapi sama ada Khairy dalam mengelaknya dengan hujah penuh diplomasi dan kepetahannya bermain kata, sesi itu turut mewujudkan suasana ceria dan gelak-ketawa.


