Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mereka gagal mempertikaikan dasar Islam diperjuangkan parti, sedangkan Islam untuk semua tanpa mengira latar belakang agama atau perkauman.
”Islam untuk semua manusia yang diciptakan Allah SWT yang juga ciptakan Islam. Islam bukan untuk masyarakat Arab sahaja, tetapi untuk semua bangsa di seluruh dunia ini.
“Mereka (UMNO) gagal mempertikaikan (dasar) Islam (yang diperjuangkan parti) sehingga tidak lena tidur,” katanya.
Beliau yakin Pas dapat memintas UMNO kerana dasar parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.
“Dulu mereka menuduh Pas ketinggalan, kini kami yang akan pintas mereka,” katanya
Menurutnya, UMNO kini berdepan dengan tekanan kerana kenaikan harga barang yang membebankan rakyat.
“UMNO sudah tua dan tertekan dengan bebanan yang banyak kerana dulu memperjuangkan rakyat didahulukan, kini sebaliknya sehingga memakan diri sendiri.
“Ini dapat dilihat apabila mereka terpaksa menangguhkan mesyuarat agung sedangkan kami tetap meneruskan mesyuarat agung seperti biasa terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu video seks menyebabkan suasana politik negara bertambah busuk.
“Video seks itu tiada bukti, mengarut dan membusukkan nama negara sahaja.
“Sesiapa sahaja boleh buat video dengan mengambil muka orang lain dan letakkan pada muka orang lain,” katanya.
Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan negara kebajikan memberi kelebihan kepada DAP yang juga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.
“Kita tidak sama kerana negara kebajikan yang kami perjuangkan mengikut perlembagaan parti berlandaskan al-Quran dan hadis.
“Mereka (UMNO) yang tidak faham maksud negara kebajikan kerana kami ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), mereka tiada,” katanya.
Beliau turut mengumumkan akan menulis buku untuk memberi penjelasan mengenai negara kebajikan diperjuangkan parti. -SH
Popout
No comments:
Post a Comment