Friday, June 17, 2011

Wow, Al Ustazz Perkasa dan Al Ustazz Jurublog "FATWAKAN" Utusan Tidak Menghina Hukum Islam!



Beberapa orang cerdik agama ada berhujah dalam blog/portal tentang perbezaan zina dan rogol. Mengapa zina tidak boleh disamakan dengan kes rogol? Mengapa kes zina memerlukan empat saksi, manakala kes rogol memerlukan bukti? Anda boleh baca di sinidi sini, dan di sini. untuk mendapatkan gambaran lanjut.

Saya petik sedikit kata-kata SU Agung Persatuan Ulama Malaysia, “Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu. Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham."

Sebenarnya, kisah penghinaan hukum Islam ini dapat kita baca sejak tersebarnya video fitnah Mac lalu di blog-blog pro-UMCO. Kalau anda rajin menjenguk blog-blog yang "bertuhankan" UMCO, anda tentu biasa membaca artikel yang ditulis berlandaskan logik akal mereka berkaitan dengan hal ini. Sampai ada yang menggantikan 4 saksi kepada DNA, video, dan sebagainya. 

Baru sebentar tadi, seorang pengunjung memberikan komen pada artikel tentang lelaki lahanat yang merogol anak jiran dan mencabul anak kandungnya. Katanya "bayangkan kalau dia minta 4 orang saksi....mesti lepas punya...".  Baca di SINI

Walhal saya ada memautkan  beberapa artikel yang menyentuh isu perbezaan zina dengan rogol dalam blog ini dalam kiriman terdahulu, namun orang yang gelap hatinya, yang taksub kepada dakwah jurublog UMCO enggan menerima hujah atau membaca artikel-artikel tersebut.

Hari ini al ustazz Perkasa dan al ustazz jurublog UMCO seperti yang disiarkan oleh keratan akhbar di atas cuba menjustifikasikan penyiaran kartun yang menghina hukum Islam di Utusan. Siapa mereka mahu memberikan pandangan? Kata al ustazz Perkasa, karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol tidak menghina Islam sebaliknya, mahu menyindir pihak yang terlalu obses serta takut untuk menghukum pemimpin politik yang melakukan zina. Kata SUnya, sindiran tersebut wajar dibuat kerana terdapat golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, sanggup membela dan menutup sebelah mata mengenai kesalahan zina, meskipun segala bukti jelas mendedahkan aksi jijik tersebut. 

 Pertama, apa kelayakan si Syed Hassan Syed Ali atau jurublog kaki fitnah ini untuk bercakap soal hukum sedangkan Persatuan Ulama Malaysia yang mempunyai kelayakan sudah menegaskan bahawa kartun itu menghina hukum Allah? 

Kedua, siapa pemimpin yang dikatakan berzina itu? Jika tuduhan/fitnah dilemparkan kepada DSAI, apa bukti mereka berkata demikian? 

Sehingga kini, polis masih berdolak-dalik tentang video itu. Mereka pun tidak berani menyebut nama pelaku video itu. Jika benar polis dapat mengesahkan pelaku dalam video itu, sudah lama PDRM mengumumkan secara rasmi di media. Namun sehingga kini, mereka hanya berdolak-dalik! 

Apa bukti yang mengatakan DSAI berzina, melainkan tuduhan yang dibuat itu fitnah semata-mata? Jika ada bukti, maka buatlah pertuduhan di mahkamah syariah. Apa susah-susah?

Persoalan mudah: Siapa malaon yang berlakon sebagai DSAI pada video yang kononnya dirakam pada 21/2? Sila lihat perbezaan yang terdapat pada gambar!

Manakala jurublog UMCO seperti yang dipetik oleh akhbar itu hanya memeprtahankan karikatur tersebut, tanpa memberikan hujah dari sudut agama.

Yang pelik, sehingga kini, tuan
mufti yang ditugaskan menjaga hal ehwal agama langsung tidak bersuara. Adakah kerana yang membuat angkara itu akhbar UMCO, maka mereka menikus takut untuk bersuara? 

Jika begitu halnya, pandai-pandailah menjawab nanti! Kalau orang melabelkan anda sebagai "syaitan bisu", janganlah pula melenting!

HUDUD: SIAPA KATA KES ROGOL KENA 4 ORG SAKSI?
Kan ke hamba sudah kabor, orang Melayu sekarang sudah terlalu bodoh tentang Islam. Kenapa orang Melayu sudah bodoh tentang Islam? Sebab umno sudah mendidik agar umat Melayu bodoh tentang Islam selama-lamanya. Kenapa umno hendakkan orang Melayu bodoh tentang Islam selama-lamanya? Sebab umno hendak memerintah Tanah Melayu selama-lamanya.

Hamba terkesan dengan kebodohan orang Melayu tentang Islam apabila terbaca sebuah artikel dari Blog Al-Banjari bertajuk (Aishah, Ketua Srikandi Keadilan diugut rogol ! ). 

Baca dahulu artikel itu, nanti anda semua akan tahu, tahap kebodohan umat Melayu tentang Islam. Lagi senang, hamba copy paste ugutan mamat umno ini kepada Srikandi PKR;

Ugutannya berbunyi "kepada perogol2 yang tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn risau k..(AMARAN!!!!! Jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang sahaja buat kerja....sbb apa?????? Kalau anda kena tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4 orang saksi..kalau anda nak rakam pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH. PR???? PARTI ROSAK" dari FB bernama Rango Crew. 

Tahap kebodohan umat Melayu ini amat ketara mengatakan jika ada minah yang kena rogol, beliau kena cari 4 saksi untuk pertuduhan dirinya dirogol. Kan ke bangang namanya? Jika tidak tahu hukum, janganlah membodohkan diri. Sudahlah bodoh, sombong pula tu, sehingga tahap hendak merogol orang. Apa punya kes puak umno ni?

Mula-mula kome kena tahu, apa dia takrif zina. Kalau hendak tahu, meh hamba beritahu, takrif zina adalah;
"Persetubuhan haram yang SENGAJA antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang SYUBHAH".

Kemudian Rukunnya;
1) Persetubuhan Haram
2) Niat SENGAJA.

Jika sudah kena rogol, bukan sengajalah namanya. Takkan tidak faham Bahasa Melayu kot?

Jika sudah kena rogol, perempuan itu hendak tuduh si lelaki itu merogolnya, tuduh je lah, kenapa pula hendak diberikan 4 saksi. Nama pun rogol. Kena faham ya, perempuan itu dirogol dan silelaki perogol itu berzina.

Seseorang Perempuan yang menuduh silelaki telah merogolnya, tidak dibolehkan oleh Qadhi untuk menyuruh perempuan itu menyediakan 4 orang saksi. Namun ianya mestilah disediakan pembuktian (Qarinah) dan diadili didalam mahkamah. Jika kompem lelaki itu merogolnya, maka hudud dikenakan kepada lelaki itu. Senang je.

Yang kome bising berkenaan Tok Guru Hadi, apa yang beliau katakan ialah berkenaan kes video lucah Anwar Ibrahim. Sudahlah banyak kesangsian dalam video itu, kemudian yang menuduhnya, adalah memang SAH adalah SETERU Anwar Ibrahim yang berdendam dengannya. Itu adalah syarat UMUM bagi saksi yang menuduh zina itu.

Maka janganlah kome menjadi penyambung lidah syaitan, kerana buat apalah kome semua buat kerja susah-susah fitnah dinah ini. Kemudian siap suruh orang rogol orang lagi. Ditambahkan dengan menipu manusia tentang hukuman hudud. 



Buat apa kome susah-susah buat kerja untuk kompem masuk neraka? Bodoh punya Melayu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular