Oleh :SHAIMON S JUMADI Foto : SIDIEK KOLO
KEGAGALAN pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan kerja-kerja menyenggelaraan sistem saluran perparitan di sepanjang jalanraya Kinarut dalam kawasan DUN Kawang yang sudah lama dibiarkan begitu saja telah menimbulkan kepada penduduk setempat.
Seorang penduduk Kampung Kinarut, Musi, yang menghubungi Sabahkini.Net semalam antara lain menyatakan sistem perparitan yang bermasalah itu bukan satu bulan atau dua bulan; bahkan sudah hampir 3 tahun dibiarkan begitu saja.
“Maaf YB, kami bukan kerbau yang memerlukan lopak berair untuk berkubang. Kami pengundi yang mempunyai hak asasi untuk dipenuhi Adun yang tidak pernah muncul setiap kali kami mneghadapi masalah banjir kilat,” ujar Musi dengan nada geram.
Walaupun isu ini sudah dimaklumkan kepada ADUN Kawang dan Jabatan Kerja Raya serta Pejabat Daerah Papar, kata Musi, namun sehingga kini tiada sesiapa yang memperdulikan mengenai masalah tersebut.
Musi menarik perhatian, setiap kali hujan, dalam masa yang begitu singkat, air begitu pantas menaiki kawasan-kawasan rendah yang berhampiran dan menjadikan kawasan sekeliling kampung berkenaan mudah dilanda banjir kilat sedalam antara tiga hingga empat kaki.
Kata Musi, Wakil Rakyat Kawang hanya pandai menabur janji manis kepada rakyat, khususnya penduduk Kinarut dalam pelbagai hal, tetapi masalah rakyat kurang diambil perhatian.
“Kami sudah serik kerana berkali-kali memberitahu kepada PKR dan CDOnya, termasuk ADUN itu sendiri, tetapi nampaknya seperti menunggu buah tidak gugur,” keluh Musi yang kesal dengan pihak berkenaan.
Kata Musi lagi, pihaknya bukan mahu meminta projek daripada ADUN, tidak kisah siapa yang mendapat projek tersebut, tetapi yang lebih penting, saluran parit sepanjang jalan raya Kinarut yang tersumbat dan menyebabkan air bertakung perlu diselesaikan segera.
No comments:
Post a Comment