Thursday, June 16, 2011

Murtad : Apabila Jamil Khir & Ng Yen Yen Menipu Di Parlimen...

Murtad: 2 versi penjelasan menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan portal berita mengenai 135 kes permohonan murtad diluluskan bagi tempoh 2000 hingga 2010.


Klik untuk besarkan imej.
Beliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah, lapor Bernama.

Jamil Khir menjelaskan 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekali gus tidak timbul soal (mereka) murtad.

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad.

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang.

Jawapan di parlimen

Laporan itu dibuat berdasarkan jawapan Jamil Khir yang menjawab pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa di parlimen kelmarin.

Soalan itu berbunyi: "Tuan Er Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangangi gejala murtad."

Sementara jawapan Jamil Khir pula berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan."

Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang. -mk




Yen Yen claims Facebook pages free, contradicts reply in Parliament


KUALA LUMPUR, June 15 — With Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) both demanding an explanation for the tourism ministry’s RM1.8 million Facebook campaign, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen denied any wrongdoing today and accused DAP of twisting the truth.


“The opposition just goes around saying it’s for Facebook. They are twisting the issue.


“The Facebook pages do not cost a single sen. This is a social media advertising, promotions and branding campaign and also data collection,” the MCA vice president told reporters today.


However, her contention that the Facebook pages were free appeared to contradict her ministry’s detailed account of the cost for each page.


Yesterday, Deputy Tourism Minister James Dawos Mamit had replied in Parliament to Anthony Loke (DAP-Rasah) that each Facebook page had cost RM293,072.


Dr Ng also added today that the RM1.8 million would cover the cost of six different campaigns across seven months and includes the cost of contests and advertising on Google and Facebook.


“It is important for us to reach the high-spending market.


‘‘We use Facebook as the vehicle because you can run campaigns there. Twitter is not visual,” she explained.


DAP Youth chief Loke had said that unless Ng explained the reason behind the “exorbitant” costs for the “social media branding” exercise by her ministry, he will lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).


Citrawarna 1 Malaysia, the most popular page, has so far attracted 20,292 Facebook fans since it was launched on May 21.


The ministry had said that the RM1.8 million included costs for designing, flash programming and coding, testing and debugging, uploading and launching the application, system server deployment and campaign management. -TMI
Ulasan GB

Menteri-menteri yang kenyataannya berbelit-belit umpama lidah biawak yang bercabang. Di parlimen lain, di luar parlimen lain. Lebih menyedihkan ia melibatkan juga seorang Menteri yang menjaga hal-ehwal ugama.

Kedua-dua menteri ini patut dirujuk ke Jawatan Khas Parlimen supaya tindakan diambil. Tetapi malangnya di Malaysia, hanya wakil rakyat pembangkang saja yang biasanya diheret ke J/K Parlimen sedangkan mereka dari parti kerajaan, walau pun menipu di parlimen tetapi tidak dikenakan tindakan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular