Wednesday, June 15, 2011

RON97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapung


Harga RON97 turun 10 sen seliter. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.
Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.
Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.
“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.
Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.
Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.
Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.
Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini. - TMI

Siapa yang menyangka, akhirnya setelah sekian lama menunggu, akhirnya kerajaan akur dengan suara rakyat dengan menurunkan harga minyak RON 97 sebanyak Rm 0.10, berkuatkuasa 12 tengah malam ini,16 Jun 2011.
Walaupun penurunan yang diumumkan adalah tersangat kecil berbanding dengan kenaikan sehingga RM 0.40 pada tahun ini sahaja, kami menyambut baik keputusan penurunan harga minyak yang diumumkan.Namun adakah penurunan harga minyak ini, akan menggesa pembekal-pembekal dan peniaga-peniaga lain untuk menurunkan harga barang?
Itu tidak dapat kami pastikan.Kalau ikut sejarah, harga minyak dah turun pun, harga barang tak turun juga.Biasalah peniaga.Pada masa kenaikan harga minyaklah mereka ini mengambil peluang untuk mengaut untung berganda.
Adakah ini juga menandakan bahawa pilihanraya umum ke-13 sudah semakin dekat? Sama-sama kita nantikan. - beritasemasa


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular