Thursday, June 16, 2011

SKMM TEGUR KOMEN DI SABAHKINI.NET


PIHAK Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya pihak kami telah menerima aduan berkenaan kandungan dan komen-komen yang terdapat didalam blog tuan yang mana ada mempunyai unsur penghinaan terhadap inidvidu tertentu dan tidak sensitif terhadap isu-isu agama atau kaum.


Maklumabalas yang diterima juga mengulas bahawasanya pihak tuan tidak bertanggungjawab dalam mengawal atau mewujudkan artikel-artikel yang sihat menjadikan laman blog ini sebagai landasan bagi menjatuhkan dan memalukan orang lain.

Dengan ini ingin dimaklumkan bahawasanya adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar- mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain”.

Oleh yang demikian, pihak tuan juga diminta agar mengambil perhatian yang sewajarnya bagi memastikan topik-topik dan intipati perbincangan yang dibuat di dalam laman forum ini tidak bercanggah sama sekali di bawah AKM serta undang-undang lain yang terpakai di dalam Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Bagi Pihak Pengerusi,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Jabatan Pengawasan dan Pematuhan Kandungan
Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri
Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Malaysia
Tel: +603 8688 8000
Fax: +603 8688 1003

(NOTA : Teguran SKMM ini seolah-olah menganggap BoG tidak lagi berkuatkuasa kerana melakukan tapisan terhadap internet. Sabahkini menghormati apa juga komen yang dimuat kerana kerajaan Malaysia telah meluluskan BoG ketika menubuhkan Superkoridor Multimedia. Sekatan SKMM terhadap komen dan artikel yang dimuatkan dalam Sabahkini.net adalah mencabul Perlembagaan Persekutuan dan sekaligus memansuhkan BoG.)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular