Saturday, June 18, 2011

NGERI : PENCURI PATAH KAKI TERJUN BANGUNAN



















PERIBAHASA mengatakan sepandai-pandai Tupai (Basing)melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga; sebagaimana yang terjadi kepada seorang pencuri yang cuba meloloskan diri daripada tertangkap sehingga patah kedua-dua kakinya kerana melompat dari tingkat satu bangunan kedai di Bandar Sibuga Jaya, Sandakan baru-baru ini.


“Suspek lelaki yang berusia lingkungan 22 tahun itu bertindak demikian ketika cuba meloloskan diri apabila perbuatan memecah masuk ke sebuah rumah di bangunan itu setelah disedari oleh penghuninya dalam kejadian lebih kurang jam 3 pagi,” demikian dijelaskan olehTimbalan Ketua Polis Daerah, Suprintenden Fadzil Mohd Ali, kelmarin.


Beliau berkata, lelaki tersebut yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu memecah masuk ke dalam rumah kedai yang dihuni oleh seorang wanita melalui tingkap dapur yang tidak berkunci.


Tambahnya lagi, wanita yang berumur antara 42 tahun itu yang menyedari suspek berada di dalam rumahnya terus menjerit menyebabkan suspek gabra dan kelam kabut melarikan diribertindak meloncat dari tingkat satu bangunan yang dimaksudkan.


Empat (4) telefon bimbit yang yang dicuri oleh suspek, kata Fadzil, berjaya dirampas daripada lelaki berkenaan dan kini suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular