Saturday, December 3, 2011

Semuanya AKU!

UMNO - Yang boleh memerintah hanyalah AKU, yang boleh menjamin kehidupan kamu adalah AKU...semuanya AKU!
Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam UMNO. 

Dimana maruah harga diri perwakilan UMNO???


Inilah yang di katakan Kejutan tu.....
Najib yang masih ketakutan dan hilang kepercayaan kepada ahli-ahli UMNO rupanya membuat kejutan supaya semua perwakilan berbaiah dengannya....

Apakah ada perundingan bilik gelap dengan perwakilan dari Terangganu dengan secara tiba-tiba sahaja mengusulkan usul baiah tersebut....

SAYA ENGGAN LUKIS KARTUN LEMBU - Zunar

Saya lihat ramai kartunis-kartunis menghasilkan kartun mengenai lembu; digambarkan bagaimana lembu duduk di kondo, lembu naik mercedes, menteri bermuka lembu dan sebagainya. Ini satu usaha bagus dari kartunis sebagai menunjukkan rasa perihatin atas isu semasa terutama yang menyentuh penyelewengan.

Video Perhimpunan di KLCC bantah bil Perhimpunan Aman

Dis 3, 2011 Kira-kira 200 orang berhimpun di taman KLCC di Jalan Ampang kerana membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman.

Berjuta-juta pengundi Malaysia “bangsat”?

3 DISEMBER – DAP memperolehi hampir 900,000 undi atau 12.8 peratus daripada keseluruhan undi bagi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2008. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, DAP mendapat 1.1 juta undi atau 14 peratus.

Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.

Indeks Rasuah, Kosmo bodohkan rakyat guna perkataan pelik

AKHBAR Kosmo yang diwujudkan bagi menampung kerugian Utusan Malaysia yang tak laku kerana terlalu banyak cerita bohong dilihat mengikut perangai Utusan Malaysia.

Kalau dah jadi lembu jangan la nak lembukan rakyat pulak

Perwakilan Umno tidak minat bahas isu ekonomi-Zabidi Saidi (TheMalaysianinisder) 
Semalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno telah mempertimbangkan usul ekonomi yang dibawa oleh wakil Perak, Datuk Idris Hashim. Ketika mencadangkan usul tersebut beliau tidak mengemukakan cara mana kerajaan mahu menurunkan harga barang sebaliknya beliau lebih banyak bercakap hal politik dalam usul tersebut. Beliau bertanya siapa yang buat infrastuktur? Siapa yang beri subsidi minyak? Segala pertanyaannya itu dijawabnya — Umno.

Jangan jadikan SYARIKAT GLC HARTA UMNO!

Perwakilan dalam mesyuarat agung Umno hari ini menuntut kerajaan memperuntukkan kerusi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada anggota Umno.

Umno Hendak Meniru Pas

Betulah seruan yang dibuat oleh Pas, Pas Ganti Umno. Perubahan dan keperluan Pas untuk menggantikan Umno itu banyak alasan dan hujahnya. Bukan saja kerana kedudukan dan kegahan Umno akhir-akhir sudah merudum tetapi banyak idea yang diceduk dan hendak ditiru oleh Umno apa yang Pas lakukan.

Umno tuduh DAP cetus 13 May: Muslihat takutkan orang Cina supaya undi BN

Keadaan semakin tertekan. Saban hari Perdana Menteri Najib Razak cuba menyambung nyawa untuk terus bertahan pada pilihanraya umum dimana prestasi partinya dijangka merosot. Pemimpin-pemimpin UMNO dilihat cuba untuk menyalahkan DAP kerana memulakan rusuhan perkauman pada 13 Mei.

Kalau ditoreh darah saya sekalipun, keluar darah umno

Beb, semalam sapa tengok berita di tv3 = buletin utama? Hahaha.. siyes kelakar beb. Aku tengok. Setelah 3 hari terlepas berita buletin utama [dengan sengaja] sebab dia asyik potpet pasal persidangan umno jek, semalam aku buang masa tengok persidangan tue.

FATWA DAH ADA, DAKWAT PULA TIADA

Dulu.. dakwat Kerajaan dah beli dengan bernilai jutaan ringgit namun disaat akhir SPR kata tak jadi. Akhirnya tindakan bangang Kerajaan BN buang dakwat tersebut dengan tergesa2. Kini kata nak tunggu fatwa pula padahal pengundi tahaf segera yang beratus ribu telah sedia , itu pasal BN nampak relek jer nak guna dakwat kekal.Pada teman, walau BN setuju nak guna dakwat kekal , namun SPR jangan lupa bersihkan daftar pengundi.
DAKWAT KEKAL - SPR 'KAMBING HITAM' MAJLIS FATWA?

"BUKAN BEKAS KPN"

Gambar (kiri) mirip Musa Hassan. Lagi gambar disini

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Najib dan Sharizat dicabar "Bertanding" oleh Nurul Izzah...

Umno dicabar meletakan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding lagi di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar.

Friday, December 2, 2011

Umno Sebenarnya Yang Menjahanamkan Agenda Melayu

Seremban: Seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan menjangkau RM28 bilion setahun.

Hebatnya calon-calon boleh menang UMNO…

2 DISEMBER – Dalam gegak-gempita persidangan agung parti United Malays National Organisation atau UMNO, kita dapat melihat dengan jelas corak pemikiran dan gagasan perjuangan sebenar parti yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu ini.

Video : 200 buah kereta ditenggelami banjir di Kajang, terburuk sejak 1971

banjir9 mangsa banjir di Kajang termasuk 3 warga emas diselamat

December 2, 2011 KUALA LUMPUR - Sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.

Kerajaan negeri kotakan janji pada guru KAFA

JUMAAT, 02 DISEMBER 2011 Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM300 seorang daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Rakyat perak bakal dapat MB baru?

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir didakwa tidak lagi akan dipilih sebagai menteri besar Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13.

Apakah Umno sudah mengetahui ajal mereka ?

Ucapan Dasar Ha Najib
Tiada Pembaharuan Dan Tidak Menyelerakan Rakyat
SEPULANG dari menghadiri kenduri di rumah sdr Sobree Shafii malam tadi saya sempat menyelak beberapa laman blog, portal berita dan sebagainya untuk mengetahui apakah butiran atau intipati dan aspirasi yang dibawa oleh Haji Najib Razak dalam ucapan dasar pada perhimpunan agung Umno kali ke 62 yang rata-rata disifat sebagai perhimpunan terakhir itu?

Video Ni lagi celaka dari "HITAM METALIK"

UCAPAN CELAKA INI LEBIH DAHSYAT DARI `HITAM METALIK'
HEBOH media pencacai Umno dok ulang kisah `hitam metalik' yang diucapkan di dalam ceramah seorang pemimpin DAP. Dua tiga hari mereka main isu `hitam metalik' yang kononnya ditujukan kepada `si hitam manis' MB Perak yang naik secara tidak ada maruah itu.

Asri nafi sertai UMNO


KUALA LUMPUR, 2 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan beliau tidak ada sebarang rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Umno buat masa sekarang.

Mana Shahrizat Mahu Lari?

PKR dakwa NFC sering bayar syarikat pelancongan
Selain dakwaan pembelian kereta mewah dan lot tanah, PKR hari ini turut mendakwa bahawa syarikat National Feedlot Corporation (NFC) sering membuat bayaran kepada sebuah syarikat pelancongan sehingga "dua tiga kali sebulan."

Satu lagi tahanan di lokap polis meninggal dunia

Dis 2, 2011 Seorang penghuni Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil ditemui meninggal dunia di dalam lokapnya tengah hari, semalam.

Thursday, December 1, 2011

Kekokokan (telor) Najib untuk menyebut perkataan Arab

Kita Akan Sorot Ucapan Dasar Presiden Malam Ini
InsyaAllah malam ini saya akan cuba menyorotkan serba ringkas mengenai perhimpunan agung Umno khasnya ucapan dasar Presiden yang disampaikan Haji Najib Razak. Dalam petikan oleh satu setesen tv tadi saya terdengar kekokokan (telor) Najib untuk menyebut perkataan Arab "Lahawlawalaquwwataillabillah..." berbunyi macam "ular ular" sahaja. Sebutan juga tidak sampai akhir.

“Habis dah tanah negeri Selangor” - Sultan Selangor

APA UMNO NAK NAFIKAN LAGI !!!!! GILA SEMUA NK JUAL


SEJARAH RASUAH UMNO SELANGOR
Senarai pemimpin Umno Selangor yang mengkhianati Melayu dengan menjual segala tanah yang diperolehi dari kerajaan kepada taukeh-taukeh

“Habis dah tanah negeri Selangor”, titah Almarhum Sultan Salahuddin, Sultan Selangor beberapa tahun lepas.

Ini Antara Bukti UMNO menjuarai "TRANSFORMASI’

azlan
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Apalah ertinya jika bukan "KAMI"

Demi perjuangan bangsa – Oleh Daing Yahya

1 December 2011
Cerpen/Satira

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Kalau mahu bangsa kita Melayu selamat, harus beri kami majoriti dua pertiga di Parlimen dan menangkan kami kembali di Pulau Pinang dan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Lagi Penipuan Daftar Pemilih

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan,"

Lagi dakwaan penipuan dalam daftar pemilih
Dis 1, 2011 - Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Rasis: Terima Kasih Umno

Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak ‘ketahuan’ lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang ‘sakaratul maut’.

Video Sharizat MEROYAN di PWTC dan Pendedahan NFC Beli Mercedes Benz berharga RM534,622

NONEPKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan
Nov 30, 2011 PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

PRU 13: Apa maksud Najib kata ‘luar biasa’

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera Umno bersiap sedia menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ dengan tindakan ‘luar biasa’.

Sharizat melatah nak "BUKAK KAIN"

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi."
Projek lembu: Pemimpin PKR diberi amaran keras 

Nov 30, 2011 Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Jaminan Lynas bersifat omong-omong kosong, talam dua muka

Gabungan Hentikan Lynas (SLC) terkilan dengan pendedahan Rangkaian Toksik Nasional (NTN) dari Australia pada 28 Nov 2011 bahawa sejak Mei 2011, tasik takungan Lynas di Mt Weld, Australia mengalami kebocoran sisa radioaktif sebanyak 14,000 liter sehari, ataupun kira-kira 5 juta liter setahun.

Muhyiddin yang tidak mempunyai daya fikir intelek yang tinggi

Jihad: Lucunya kenyataan Muhyiddin 
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup sedih dan kecewa di atas ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sama sekali tidak menunjukkan beliau selaku orang nombor 2 negara yang mempunyai daya fikir intelek yang tinggi dan budi bahasa yang baik.

Bongkar! Modus operandi TV3 celaka buat fitnah! + Video

ARTIKEL sebelum ini di MiLo SuaM ada mendedahkan bagaimana sekumpulan budak-budak bawah umur muncul di saat orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen rujuk  SINI

Monday, November 28, 2011

Bekas Ketua Pemuda Gerakan sertai KEADILAN

JOHOR BAHRU 27 Nov: Bekas Ketua Pemuda Gerakan Selangor, Delren Terrente Doughlas mengambil keputusan untuk menyertai KEADILAN selepas kecewa dengan Gerakan dan Barisan Nasional.

Delren berkata, penyertaan beliau dalam parti itu kerana yakin dengan reformasi KEADILAN yang memperjuang kesaksamaan untuk setiap kelompok rakyat di negara ini.

Lembu punya pasal Blogger UMNO Bercakaran

Isu NFC...apa yang sengal sangat ni bro..???
Sendiri mau ingat !!!

Isu 'lembu' Sharizat dah mula sejuk dan tidak sehangat 2 minggu lalu bila teruk Sharizat di grill oleh 3 Serangkai PKR.

Gagasan "Wasathiyah" UMNO Cuma Sandiwara Semata-Mata

Baru-baru ini, UMNO telah melancarkan gagasan Wasathiyah (pertengahan) mereka di PWTC Antara yang menjadi pengulas tersohor mereka dalam gagasan ini adalah Yusri ABIM yang telah berubah parti. Ini kerana dulu Yusri ABIM adalah penentang kepada UMNO. Sekarang, beliau menjadi penjilat kepada UMporNo.

Simulasi pilihanraya ; UMNO ugut dan tipu pengundi +Video

MONDAY, 28 NOVEMBER 2011  - Simulasi pilihan raya atau pilihanraya 'olok-olok' yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah program yang melanggar etika, mengugut dan memanupulasi para pengundi.

BN Hanya Tinggal Pada Nama, Hakikatnya, BN Sudah Tiada (Video)

Barisan Nasional sebenarnya telah mati dan hanya tinggal nama yang diusung Umno sebagai modal politik, begitu menurut Timbalan Presiden Azmin Ali dalam sesi temubual khas Fokus Berita malam tadi.

Beliau berkata rakyat Malaysia umumnya sedar parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan kini hanya perkakasan mewarnai teater propaganda Umno.

Istana Tuan Guru Haji Hadi Awang??

Rumah beliau terletak betul-betul sebelah Masjid Rusila,  Lihat gambar (Kiri), rumah beliau yang berwarna merah jambu (pink). 

Penduduk tempatan memaklumkan, Tuan Guru Hadi selalu dilihat ulang alik ke masjid tersebut. Difahamkan beliau juga akan mengimamkan solat di masjid setiap kali masuk waktu solat.

Penipuan SPR-BN Terbongkar ...

Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya
Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Sebab Umno tidak mahu Hudud ....

Entah apa gerangannya selama ini UMNO beriya iya sangat tidak mahu hudud dilaksanakan di bumi Malaysia yang baru ditukar nama 1Malaysia oleh Najib.Sedangkan secara lahirnya ahli UMNO adalah Islam, yang sama sama berjemaah di masjid(ada yang gah memakai jubah dan serban), sama sama menunaikan fardu puasa Ramadan serta Bertarawih, sama sama menunaikan fardu haji dan sama sama menghidupkan sistem perbankan Islam, juga kelihatan sama sama memelihara perintah munaqahak terutama dalam soal nikah kahwin tetapi tetap keras hati untuk melaksanakan hudud.

Rupa-rupanya Najib "Dot Dot Dot" Shahrizat!!!

Apabila seorang bapa bertanyakan kepada anak dara suntinya samada beliau bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki yang meminangnya, lazimnya, si anak dara akan tersipu dan mendiamkan diri.

Pemimpin UMNO dan BN ....seperti anjing nampak tulang.

Menyokong UMNO : ibarat menanam pohon yang condong
Perdana Menteri tetap seorang Melayu, walau parti mana pun yang memerintah dan di beri mandat oleh rakyat. DAP telah menyatakan dengan terang dan jelas yang orang bangsa lain dari Melayu tidak pernah berbincang untuk mengambil alih orang Melayu untuk menjadi PM. (Baca SINI dan SINI)

Abu Seman Bongkar Rahsia "Pengundi Hantu"?

JAWAPAN Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh 33 Ahli Parlimen Malaysia yang mengambil bahagian membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada 23 November 2011, adalah jawapan tersirat yang ditunggu-tunggu rakyat Sabah selama ini.

VIDEO Panas - Isa Samad menghina peneroka FELDA....

Inikah dia yang dikatakan Pengerusi Felda? Menuduh orang menipu, tetapi siapa yang menipu sebenarnya? Tuduh orang Munafik, tetapi siapa Munafik sebenarnya?