Saturday, December 3, 2011

Jangan jadikan SYARIKAT GLC HARTA UMNO!

Perwakilan dalam mesyuarat agung Umno hari ini menuntut kerajaan memperuntukkan kerusi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada anggota Umno.

Mengulangi seruan yang sama pada persidangan tahun lalu, mereka berpendapat tindakan itu akan memberikan manfaat kepada ekonomi orang Melayu.

"Apa gunanya GLC kalau tidak membantu parti dan orang Melayu dalam pentadbiran negara.

"Dalam perhimpunan ini pun saya nampak hanya Proton yang ambil bahagian. Mana yang lain?" soal wakil Puteri, Wan Salwati Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Jika cadangan ini dituruti, kita yakin akan banyaklah syarikat GLC akan lingkup kerana memang terbukti dengan campurtangan politiklah menyebabkan syarikat-syarikat tersebut lingkup. Masih ingatkah kita kepada Bank Bumiputera, mana pergi bank ini sekarang. Semua gara-gara campurtangan politik.

Inilah juga yang berlaku di Melaka di mana ramai di kalangan CEO, Pengurus Besar syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan negeri dilantik di kalangan orang-orang Umno dan kroni-kroni pimpinan kerajaan negeri. ramai di kalangan mereka tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan.

Kebanyakannya hanya berkelulusan SPM termasuklah barisan Exco kerajaan negeri Melaka. Hasilnya majoriti syarikat tersebut rugi dan duit rakyat hangus dan dibazirkan.

Selain itu kita yakin jika CEO dan pegawai-pegawai tinggi GLC ini dilantik di kalangan orang Umno (yang tidak layak) maka indeks rasuah negara akan bertambah parah. Dalam keadaan sekarang pun indeks rasuah Malaysia merudum sehingga ke tangga 60 MEMALUKAN.

Umno juga jangan jadikan syarikat-syarikat GLC sebagai harta pusaka Umno kerana duit dan harta kerajaan bukan Umno punya tetapi ia dipunyai RAKYAT. Jangan jadikan Umno sebagai PENYAMUN yang menjadikan semua harta dan duit RAKYAT sebagai harta mereka sendiri - ML

No comments:

Post a Comment