Saturday, December 3, 2011

Najib dan Sharizat dicabar "Bertanding" oleh Nurul Izzah...

Umno dicabar meletakan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding lagi di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar.

Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan.

“Memandangkan pimpinan Umno kekal mempertahan Ketua Wanitanya, maka dengan ini saya mencabar mereka meletakan Datuk Shahrizat sekali lagi untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU akan datang,” katanya dalam perbahasan di Parlimen semalam.

Menurutnya, Wanita Umno harus mempertahankan kuota milik mereka di Lembah Pantai kerana bukan rahsia dalam kalangan Umno Wilayah Persekutuan bahawa seorang lelaki dan juga menteri bakal bertanding di kawasan itu pada PRU akan datang.

“Jika wanita Umno tidak mempertahan kuota milik mereka di Lembah Pantai, ini bermakna, golongan itu terus dipinggir oleh kepimpinan tertinggi Umno sendiri,” tegasnya.

Shahrizat ialah bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai beberapa penggal sebelum tewas ditangan Izzah yang pertama kali bertanding pada PRU lalu di kawasan itu.

Sementara itu, Izzah turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding dalam Parlimen yang memiliki komposisi kaum yang seimbang sesuai dengan gagasan 1 Malaysia dibanggakannya itu.

Izzah berkata, sekurang-kurangnya ada 115 kawasan Parlimen yang memiliki komposisi kaum agak seimbang antara Melayu, Cina dan India di seluruh negara.

“Najib boleh memilih salah satu daripadanya dan yang pasti bukan Parlimen Pekan kerana kawasan itu tidak melambangkan 1Malaysia,” katanya.

Ini kerana katanya, hampir 93 peratus pengundi Melayu dalam Parlimen Pekan berbangsa Melayu manakala selebihnya terdiri dari kaum-kaum lain.

Gagasan 1 Malaysia didakwa diciplak dari konsep ‘One Israel, People’s First’ seperti didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 2010.

Najib yang tidak menjawab dakwaan itu walaupun Anwar mengemukakan pelbagai bukti bagaimanapun digantung dari menghadiri sidang Parlimen hampir setengah tahun.

Selain Anwar, turut digantung ialah lima lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lain kerana meminta isu itu dibahasakan di Parlimen.-K/Daily

No comments:

Post a Comment