Monday, November 28, 2011

Lembu punya pasal Blogger UMNO Bercakaran

Isu NFC...apa yang sengal sangat ni bro..???
Sendiri mau ingat !!!

Isu 'lembu' Sharizat dah mula sejuk dan tidak sehangat 2 minggu lalu bila teruk Sharizat di grill oleh 3 Serangkai PKR.

Mungkin kerana dah tak ada FAKTA FITNAH untuk dimainkan mereka dan mungkin juga kerana mereka sibuk berKONGRES di Pulai maka SERANGAN terhadap isu ini agak hambar.Yang ada hanyalah sesekali sahabat sahabat blogger memainkan VIDEO NOSTALGIA lembu lembu NFC yang jumlah nya 'beribu' berkeliaran kat luar kandang(he he..lembu Fidlot duk luar kandang...macam mana nak gemuk).

Sejak ISU NFC ini hangat diperdebatkan aku mengambil pendirian tidak menyentuh siapa juga sahabat blogger yang MEMBELA Sharizat.Walau banyak sosek sosek mengatakan orang itu dan orang ini DIBAYAR untuk membela...SO WHAT???Macam aku kata sebelum ini,apa salah kalau kita dibayar?Takkan asyik nak tulis FREE je..sekarang ini nak kencing pun kena bayar!Jadi PENDIRIAN aku..buatlah tugas masing masing sebaik mungkin dan jaga sempadan masing masing.Jadi kalau ada PEMIMPIN LEMBU yang boleh kita LEMBUKAN dalam suasana dekat PILIHANRAYA..kayuh je bro...Sebab lepas pilihanraya nanti KITA pun diaorang dah tak kenal lagi apalagi yang MENANG.

Yang nak aku sentuh dalam entri kali ini tentang seorang sahabat blogger ini SINI yang dah mula nak langgar sempadan yang aku kata awal tadi.Diperingkat awal isu NFC ini panas dia pun lebih kurang macam aku juga tidak berapa nak 'membela' Sharizat.Tapi "GUNUNG HIRAQ" mana dia masuk dan "WAHYU" apa dia dah dapat tiba tiba BERUBAH ANGIN cuba menjadi PEMBELA TEGAR Sharizat.Itupun aku tak mahu ambik port sebab itu HAK dia untuk menyokong siapa juga dan bila bila juga..tapi dalam menjadi 'pembela' dia duk cop blogger pro BN yang tak membela Sharizat sebagai TIDAK SEDAR DIRI dan JADI ALAT konspirasi Anwar (baca tulisan dia dibawah).Alo bro.. lu sapa nak brand orang macam tu????

1. DS Shahrizat Jalil (Kak Ijat @ Mami Ijat) diasak kiri-kanan berikutan isu lembu 'NFC'. Kak Ijat dihentam blogger pro pembangkang bahkan blogger pro kerajaan pun turut 'tumpang sekaki' - kerana mereka tidak mengerti dan tidak sedar diri bahawa mereka telah jadi alat politik 'konspirasi' Anu arr (pembangkang).

Ha ha bro..kot pun baru dapat "WAHYU" jangan lah usik orang lain untuk dilihat sebagai 'pahlawan' dimata Mami Ijat?Sebagai blogger yang dah lama dalam dunia medan perang maya ini rasanya tak manislah "blogger hingusan" macam aku ini nak kena tegur sampai kena buat posting macam ini.Tapi sejak dapat "wahyu' aku tenguk bro ni asyik duk sindir sahabat sahabat yang tak menyokong PERJUANGAN BARU bro membela Sharizat.Kot iyapun bro dah tertinggal keretapi dalam membela Sharizat janganlah cuba nak naik Ferrari kerana nak kejar orang lain yang lebih awal membela Sharizat.

Suka aku nak ulang sekali lagi kot kot ramai sahabat yang masih KABUR sebab mengapa aku tidak membela Sharizat dalam isu NFC ini!Dah banyak kali aku tulis tapi rasanya masih ramai yang baca tapi tak faham apa yang aku perjuangkan.Jadi aku ulang sekali lagi..

AKU TENTANG "ISU MORAL" DALAM ISU LEMBU FIDLOT NFC INI!AKU BUKAN KATA PROJEK INI TAK BAGUS..GAGAL..BLA BLA BLA...sekarang dah faham????Kalau dah faham bagus!

Jadi suka aku nak mengingatkan kepada sahabat sahabat bloggers yang lain terutama sahabat blogger yang aku tujukan artikel ini satu perkara.Kalau yang anda BELA itu tiada kena mengena dengan isu MORAL PEMIMPIN maka ianya TIADA KENA MENGENA dengan AKU langsung.Sebab itu aku tak pernah komen sebelum ini apa juga FAKTA dan BUKTI bergambar atau video bila dikemukakan sahabat sahabat yang berpeluang dijemput melawat ladang ternak NFC.Sebab selama ini aku tidak mempersoalkan keberadaan NFC sebagai sebuah entiti perniagaan yang cuba menjadi PEMBEKAL DAGING TERUNGGUL BUMIPUTERA di negara kita.

Kalau melihat kenyataan awal Pengerusi PAC(Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara) Dato Seri Azmi Khalid baru baru ini,rasanya aku tidak keterlaluan dan masih berada dilandasan yang betul dalam isu MORAL NFC ini dan kita masih lagi menanti hasil siasatan PDRM dan SPRM.

SOALAN BONUS..

Apakata hasil siasatan 3 AGENSI diatas ini kelak tidak berpihak kepada yang diBELA?Apakah sahabat sahabat akan MENENTANG agensi agensi ini demi MEMBELA SHARIZAT???Fikir fikirkan...  Blogger UMNO : AKU PEDULI APA @ APA

No comments:

Post a Comment