Friday, December 2, 2011

Apakah Umno sudah mengetahui ajal mereka ?

Ucapan Dasar Ha Najib
Tiada Pembaharuan Dan Tidak Menyelerakan Rakyat
SEPULANG dari menghadiri kenduri di rumah sdr Sobree Shafii malam tadi saya sempat menyelak beberapa laman blog, portal berita dan sebagainya untuk mengetahui apakah butiran atau intipati dan aspirasi yang dibawa oleh Haji Najib Razak dalam ucapan dasar pada perhimpunan agung Umno kali ke 62 yang rata-rata disifat sebagai perhimpunan terakhir itu?

Kenapa perhimpunan terakhir, apakah Umno mengira selepas ini parti itu tidak akan berhimpun lagi kerana sudah mengetahui ajal mereka akan sampai pada pilihan raya ke 13 kelak? Begitukah?

Saya yakin kalau Umno kalah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti parti itu akan ranap sama sekali, rebah tidak akan bangun-bangun... pergi tidak akan kembali. Umno belum pernah merasakan kesakitan dan kepedihan serta erti azabnya sebuah kekalahan. Maka kalau ia kalah ia akan membawa khiamat kepada parti berkenaan. Kekalahan menyebabkan Umno akan lumpuh.

Mungkin kalau Umno berniat hendak mengadakan perhimpunan, jumlah perwakilan selepas kekalahan itu tidak akan sampai sesuku. Kalaupun yang hadir adalah golongan veteran yang selama ini setia dan berkali-kali menegur kepimpinan semasa Umno melakukan perubahan agar mengembalikan Umno kepada lanadasan dan pendekatan asalnya. Sudah lenguh pemimpin veteran supaya ahli Umno perlu insaf dan ikhlas dalam perjuangan. Mereka yang menyertai Umno kerana projek saya kira tidak akan sedia untuk menunjuk bulu lagi kepada Umno apabila parti itu tidak lagi ada taring dan kuku.

Justeru firasat itu sudah ada dalam minda pemimpin Umno, maka mereka perlu memastikan Umno tidak kalah teruk demi survival parti itu. Untuk itu maka semua tenaga dan kekuatan perlu dikaul bagi memastikan Umno tidak menghadapi khiamat. Sebab itu pemimpin Umno bersumpah akan menghadapi pilihan raya ini ke titisan darah terakhir.

Keadaan Umno kini bolehlah dianggap seperti penghidap kanser tangga empat di mana mereka sudah tahu bila tarikh kematian mereka. Maka segala urusan kematian dibereskan sebelum ajal datang menjemput. Surat wasiat atau pun pertukaran nama ke atas harta dan aset perlu dilakukan sebelum terlewat. Persiapan keranda hendak pakai kayu apa dan paku apa perlu disiapkan. Dan lubang lahad juga perlu dibincang berapa luas untuk dibina.

Kerana tanda-tanda ini maka pemimpin Umno terpaksa bertindak diluar normal dan batas-batas adat dan agama demi mempertahankan kuasa atau pun bagi memastikan nyawa mereka tidak terlepas. Tatacara demokrasi usahlah dikira sudah lama ianya dirogol dan diliwat oleh Umno sebelum timbul isu Anwar dituduh liwat.

Bukan itu saja Umno terpaksa menggubal undang-undang dan akta baru bukan untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat tetapi demi memastikan Umno selamat. Penggubalan undang-undang Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh Parlimen adalah untuk tujuan itu, menjaga dan mengawal kuasa Umno.

Kerana keadaan sudah terdesak dan kesuntukan sebab itu ada pemimpin Umno mengulangi Umno harus berjuang ketitisan darah terakhir. Perlu mempertahankan dengan apa juga senjata yang ada. Selain itu terkeluarlah berbagai propaganda dari mulut Umno walaupun propangada itu tidak masuk akal dan dangkal sekali untuk mrengharu biru pembangkang dan mengelirukan orang ramai.

Misalnya Ahmad Maslan tanpa malu dan meletakkan minda politiknya ke tahap kepala lutut apabila mengatakan kuasa Melayu akan hilang bila mana Umno kalah. Hakikatnya kuasa Umno akan lenyap tetapi kuasa Melayu akan kekal. Mungkin orang yang tidak membaca perlembagaan dan tahu menghuraikannya akan menerima mitos yang dibawa oleh Ahmad Maslan itu.

Dalam pada itu untuk mendapatkan sokongan Melayu seberapa ramai yang mampu Umno mengambil pendekatan menyerang dan memburukkan DAP khussysnya. Mereka tahu kini DAP menjadi parti alternatif kepada orang Cina. Secara diam ahli MCA dan Gerakan kini sudah berhimpun dalam DAP.

Lantaran itu Umno sasan memburuk dan cuba damage DAP dengan tuduhan yang jelas rasis dengan harapan undi Melayu akan bertompok kepada Umno.

Namun begitu semua senjata yang dikira ampuh dan sakti itu rupa-rupa teramat rapuh dan tumpul untuk menikan dada dan minda rakyat bagi menilai siapa yang baik dan siapa yang buruk antara UBN dengan Pakatan Rakyat. Ketiga parti komponen Pakatan Rakyat itu pula sedikit pun tidak termakan racun sebaliknya semakin merapatkan barisan mereka untuk berdepan dan merempuh kemaraan Umno. Semaikin Umno asak dan membuat fitnah mereka kian mengukuhkan jabatan tangan dan menegakkan langkah untuk mara menuju Puterajaya.

Serangan bertali arus ini berlaku sejak Najib mengambil alih kepimpinan Umno. Ia dibantu secara bersepadu oleh Mahathir Mohamad yang terus meladumkan dendam kepada Anwar Ibrahim. Walaupun keletihan dan kadang-kadang terpaksa bercakap perkara yang sama, tetapi Mahathir gagahkan juga untuk memastikan Umno berkuasa. Kesungguhan Mahathir ini ianya sudah tidak menjadi rahsia lagi iaitu untuk anaknya, Mukhriz.

Mahathir menjadi syok sendiri merasakan pandangan dan ideanya masih dinamik dan relevan. Bila ada tepukan dan pujian dari kalangan penganggup menyebabkan Mahathir menjadi semakin galak bersuara walaupun suaranya hanya didengar bukan diikuti. Beliau tidak faham orang memuji dan menepuk tangan ialah kerana menghormati beliau sebagai orang tua dan bukan bermakna bersetuju dengan pandangannya.

Dalam keadaan Umno terdesak dan nyawa berada di hujung tanduk, ramai orang mengharap Najib akan mengemukakan sesuatu yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu sebagai tulang belakang kerajaan. Orang ramai ingin mendengar satu tindakan tegas dalam beberapa aspek yang sebnelum ini sudah lumpuh oleh Najib. Paling diharap ialah kesediaan Umno untuk memberi tahu kerajaan supaya melakukan beberapa transformasi untuk membetulkan sistem yang diamalkan oleh Umno hari ini yang menyebabkan negara jadi porak peranda.

Orang tidak mahu dengar janji retorik yang berupa slogan atau tagline. Perkara itu sudah lama berlaku dan sudah beratus tagline dan slogan yang diciptakan. Hari ini apa yang orang ingin tahu ialah kenyataan atau hasil dari itu. Misalnya mengenai pembelaan kepada orang miskin, penganggur, nelayan, pemandu teksi, boroh kilang dan sebagainya. Persediaan rumah untuk para setinggan atau mereka yang tidak ada rumah juga orang bukan saja ingin dengar janji tetapi mahu melihat berapa angkanya.

Pengumuman berbillion peruntukan untuk membantu rakyat yang dilakukan dalam beberapa frasa tidak memberi jawaban tuntas. Semua itu hanya pengumuman di atas kertas yang tidak pun boleh mengubah keadaan. Segala peruntukan diumumkan Najib itu sebagai peruntukan menggunakan wang palsu sahaja. Pentadbiran Najib masih lagi bersifat retorik dan mengumpankan rakyat dengan gula-gula sumping yang sudah dihurungi semut.

Banyak contoh kalau hendak disebut dan semuanya sudah ada dalam minda rakyat. Rakyat sudah cukup faham akan kebobroan dan tindakan babarian Umno. Masalah sosial masih belum selesai dan tidak berkurangan sedikit pun, bahkan bertambah. Masalah jenayah ia kurang hanya atas kertas sahaja, tetapi angka sebenar berlipat kali ganda bertambah.

Sistem-sistem atau tektik menipu kerajaan ataupun budaya kronisme, nepotisme masih lagi berleluasa. Menaikan kos sesuatu projek untuk dibayar kepada kroni masih berterusan ini menyebabkan banyak projek tergendala disebabkan kehabisan wang ditengah jalan. Ada pula projek yang terpaksa ditambah peruntukan lebih dari dua kali, contoh klasiknya ialah pembinaan laluan sisi untuk jambatan Sultan Yahya Petra di Kelantan. Sebenarnya isu-isu sebeginilah yang rakyat ingin dengar apakan formula dan tindakan Najib menyelesaikannya.

Elook juga kalau pihak JKR atau EPU menyenaraikan segala projek yang tergendala atau terbangkalai kerana ketidakcukupan wang disebabkan boros atau salah guna itu. Saya rasa projek seperti ini melambak. Kalau pihak kerajaan tidak sanggup meneydiakannya, bolehlah orang ramai yang mengetahui projek-projek yang jadi hutan rimba atau pun tempat para penangih berlindung itu laporkan kepada media massa. Ada ambil gambar dengan hand phone dan tagkan dalam wall Facebook PM.

Sebenarnya penyelesaian dan tindakan ke atas gelaja buruk itulah yang ditunggu rakyat dari Najib. Orang mengharap Najib tegas di dalam perkara itu. Tetapi apabila Najib tidak menjawab dan membisu terhadap beberapa kes yang menjadi sebutan rakyat maka orang boleh menilai sejauh mana kesungguhan dan wibawa Najib. Orang akan mengetahui bahawa stail dan pendekatan Najib menjadi PM sama saja dengan PM-PM sebelum ini. Dua kali lima sahaja yang menghasilkan jawaban difahami ramai iaitu 10.

Contohnya isu projek lembu gemuk yang dibabitkan dengan Sharizat Jalil menelan belanja RM250 juta ditunggu-tunggu oleh para perwakilan dan rakyat. Isu komisyen pembelian kapal selam bernilai RM500 juta yang ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya ditunggu oleh rakyat. Walaupun isu itu sudah dijawab tetapi jawabannya tidak konkrit dan rakyat berada dalam keadaan misteri dan suspen mengenai isu-isu ini.

Selain itu segugus isu atau kes-kes yang disepakkan sahaja di bawah karpet. Selagi semua isu-isu atau pun perkara itu tidak ditangani secara terbuka dan konprehensif oleh Najib maka orang akan menyifatkan apa yang Najib ucapan itu hanya retorik semata-mata dan gula-gula sumping untuk rakyat. Rakyat sudah muak dan mual dengan janji yang hanya tinggal janji saja ataupun disyahadatkan semula pada setiap kali perhimpunan agung Umno. Cara Umno atau Najib layan rakyat seolah-olah rakyat menghidap penyakit nyanyuk, pelupa.

Pada saya tidak ada komitmen tegas dan bernas Najib dalam ucapan dasar untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. Iya lebih kepada seruan untuk mempertingkatkan usaha bagi memastikan Umno menang sahaja. Dalam konteks politik hari ini, rakyat sudah jeluak dengan seruan untuk memenangkan Umno. Apa yang rakyat inginkan ialah perubahan yang dilakukan Umno untuk mereka. Dan yang dimimpikan rakyat ialah pertukaran kerajaan dari UBN kepada Pakatan Rakyat.

Beberapa perkara yang dibangkitkan Najib dalam ucapan dasarnya, mudah dijawab atau dipertikaikan oleh rakyat. Najib menyebut kepimpinan Umno yang ada kini adalah game changer, pasukan perubahan dalam parti itu. Katanya dalam game itu orang Umno perlu mengetahui realiti dan landskap politik. Apakah setelah 60 tahun orang Umno belum tahu dan berpijak du bimi nyata dalam politik.

Beliau juga menyebut fasal media baru yang perlu dikuasai oleh Umno. Tampaknya Najib obses kepada media baru dan meletakkan harapan untuk Umno menang kepada peranan media baru. Saya nak sebut sedikit di sini untuk menjadi perhatian Najib. Tidak dinafikan Umno menguasai media baru kerana parti itu tahu mencuri wang untuk membayar para pemain media baru, bloger, tukang-tukang sibuk dan tukang timbuk di dalam alam maya.

Tetapi Najib juga perlu membuat penilaian sejauh mana keberkesanan media baru yang diharapkan itu. Sesetengah pengisian dalam media baru ciptaan Najib dan sokongan Umno itu melampau sehinggakan menjadi back fire kepada Umno sendiri. Misalnya pengisian gambar super inpose yang berlebih-lebihan dan tidak bermoral menyebabkan akan menyumpah dan kesan buruknya kepada Umno. Media baru tajaan Umno bukan menarik sokongan dan simpati tetapi menambah kebencian buat Umno dan menambahkan kegeraman untuk menukar kerajaan.

Keberkesanan media baru yang diharapkan Najib itu tidak memberi impak besar kepada rayat khasnya golongan yang celik IT dan generasi muda. Mereka melihat pengisian media baru Umno itu bukan memberi sesutau kesedaran dan keinsafan sebaliknya kebencian.

Perkara lain disebut Najib memberi ingatan supaya ahli Umno tidak sombong dan angkuh. Iya.. setelah Umno kini sudah mahu rapat ke dinding, sudah diambang maut baru pemimpinya tahu yang Umno angkuh dan sombong. Kalau Umno tidak memiliki sifat mazmumah itu Najib tidak akan berpesan demikian. Kalau bukan kerana ego Umno tidak akan kalah teruk dalam pilihan raya lalu. Soalnya apakah pesanan dan peringatan Najib itu membawa hasil?

Seperti dikatakan tadi Umno kini sudah berada di tangga empat menghidap kanser. Saat ini pesan dan berilah apa-apa peringatan apa pun ia tidak berguna lagi. Sudah terlewat. Seperti penghidap kanser tangga empat itu, berilah apa-apa makanan kegemarannya dia tidak ada selera lagi untuk menelannya. Usahkan untuk memamah menyentuh pun tidak terliur.

Kesimpulannya ucapan Najib mungkin boleh memberi kesedaran lambat kepada ahlinya tetapi ia tidak akan membuka nafsu selera rakyat untuk menyakininnya lagi. Dan kalau rakyat sudah tidak sudi memandang kita maka bersiap sedialah untuk kita melalui jalan lain yang jauh agar kita tidak akan dijuah dan dicemuhi rakyat. [wm.kl.9:06 am 02/12/11]

No comments:

Post a Comment