Saturday, December 3, 2011

SAYA ENGGAN LUKIS KARTUN LEMBU - Zunar

Saya lihat ramai kartunis-kartunis menghasilkan kartun mengenai lembu; digambarkan bagaimana lembu duduk di kondo, lembu naik mercedes, menteri bermuka lembu dan sebagainya. Ini satu usaha bagus dari kartunis sebagai menunjukkan rasa perihatin atas isu semasa terutama yang menyentuh penyelewengan.

Saya juga mendapat banyak email/mesej melalui faceboook yang mencadangkan saya melukis berdasarkan idea-idea seperti itu. Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak akan melukis kartun seperti itu. Ini bukan bererti untuk melemahkan semangat kartunis-kartunis muda, tetapi saya ada alasan sendiri.

PENJELASAN SAYA: Pertama, dalam isu ini lembu tidak bersalah walau pun ia boleh digunakan sebagai simbol. Jadi sasaran tidak seharusnya kepada lembu.

Kedua, jika kita menyatakan bahawa ini adalah kesalahan menteri wanita itu dan keluarganya, bererti kita salah sasaran lagi. Saya melihat kesalahan menteri wanita itu hanya kecil. Beliau adalah insan kecil yang bergabung dalam sekumpulan perasuah-perasuah besar yang mengujudkan satu sitem lingkaran mega rasuah.

Jadi siapa yang bersalah? Jawapannya Perdana Menteri! Kerana Perdana Menteri adalah seorang perasuah, maka semua perasuah akan dilindungi asalkan menyokong beliau. Tiada ada satu pun usaha dari Perdana Menteri untuk melawan rasuah, malah tidak pernah sekali pun ia menyebut hasrat untuk melawan rasuah!

Apakah menteri wanita ini berani melakukan penyelewengan ini jika beliau berada dalam kabinet di negara-negara demokrasi, Di England, Norway atau Sepanyol contohnya?

Di China, kerajaan menetapkan hukuman mati bagi perasuah. Di Indonesia, majlis ulama terkemuka NU (Nadathul Ulama) mengeluarkan fatwa bahawa "ulama-ulama yang bergabung di bawah pertubuhan itu tidak dibenarkan solatkan jenazah perasuah!"

Kita tahu rasuah ujud di negara-negara yang saya sebutkan, bezanya kerajaannya berusaha dengan mengambil berbagai langkah, menggubal undang bagi melawan rasuah. Para ulama juga mengambil bahagian sebagai tanggungjawab sosial, tidak seherti majlis ulama di Malaysia hanya terhad kepada perdebatan soal hukum makan belangkas atau halal haramnya KFC.

Jadi dalam isu lembu ini, sasaran kita harus kepada Perdana Menteri. Saya akan terus melukis kartun mengenai lembu tetapi sasarannya tetap kepada Perdana Menteri, Umno dan BN. - zunarkartunis.blogspot.com

No comments:

Post a Comment