Thursday, December 1, 2011

Ini Antara Bukti UMNO menjuarai "TRANSFORMASI’

azlan
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.

Di sebalik reform k'jaan, 'rasuah mega' berterusan
Nigel Aw
2:56PM Dis 1, 2011
Usaha baru dan berterusan kerajaan BN untuk memerangi gejala rasuah gagal menyaksikan negara daripada terus terjerumus dari tangga Indeks Persepi Rasuah (CPI) yang dikelolakan Transparency International.

Ini kerana Malaysia dikatakan gagal bertindak ke atas "rasuah besar".

Menurut badan integriti global itu antara punca kemerosotan adalah kerana amalan lazim dalam pemberian projek-projek mega tanpa tender terbuka, perolehan tentera yang melambung dan pertalian rapat antara ahli perniagaan dan ahli politik yang diselubungi rahsia.

Setiausaha Agung, Transparency International Malaysia (TI-M) Josie M Fernandez berkata meskipun pendakwaan dijalankan terhadap mereka yang terbabit namun "ikan besar" masih tetap bebas.

"Saya diberitahu betapa menyedihkan apabila ada beberapa pegawai kecil yang menerima jumlah wang yang kecil tetapi diheret ke mahkamah dan disiarkan di televisyen. Tetapi pegawai-pegawai atasan dengan gaya hidup mewah tidak diseret ke mahkamah," katanya. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment