Saturday, December 3, 2011

"BUKAN BEKAS KPN"

Gambar (kiri) mirip Musa Hassan. Lagi gambar disini

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet. payahsungguh.blogspot.com

"BUKAN BEKAS KPN" - JOJIE KAMARUDDIN

Isu perkahwinan Syella Kamaruddin dengan jejaka misteri terus hangat diperdebatkan di dunia maya dengan pelbagai andaian tersendiri. Apa yang lucu, ada yang mendakwa suami Syella adalah bekas ketua polis negara dan ada juga pihak yang mendakwa kononnya suami Syella seorang dato 'gila golf'.

Namun mengenai tekaan 'tangkap muat' melibatkan bekas ketua polis negara... ia telah disangkal oleh seorang individu yang mendakwa keluarga kepada Syella. Katanya melalui laman facebook menggunakan nama Jojie Kamaruddin, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ia hanya fitnah yang menambah dosa.
"Tu la manusia tak kenal orang. suka dan sedap je nak tokok tambah cerita mengait kan orang lain lagi. bila2 dia kahwin dengan bekas ketua polis.. Ni hahaha dah tambah dosa lagi kan. Sebab mengait kan orang lain... Tah lah tak nak cakap pasal dosa atau pahala. Lain kali kalau tak nak di lambong ombak jangan berumah d tepi pantai.. Kalau tak nak terima hakikat jangan sekali-kali meangait kan orang... Sekian w.salam..." tulis Jojie.
Jojie Kamaruddin..

Oleh yang demikian, persoalan tersebut masih kekal 'rahsia' sekaligus membuat teka-teki bertambah hangat untuk menguji minda kita semua. Ini kerana, persoalan yang berlegar sekarang ialah siapakah gerangan jutawan yang 'murah hati' itu hingga sanggup menghabiskan wang sejumlah puluhan juta?

Mungkinkah dia orang yang kita kenal dan selalu berada di depan mata... atau dia adalah makhluk asing yang datang dari planet Pluto? Jom teka tapi jangan sampai menambah dosa..!!
Jejaka yang menimbulkan kontroversi...


No comments:

Post a Comment