ELOPURA : Kampung Ice Box yang terletak di Batu 3.5, Jalan Utara yang mempunyai 60 peratus penduduk adalah rakyat tempatan terlalu dahagakan pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Lebih 400 keluaraga daripada 240 buah rumah yang didirikan di kampung tersebut tidak dibekalkan air, elektrik apa lagi Surau atau Balai Raya; sedangkan jambatan sebagai laluan utama untuk ulang alik juga tidak pernah dibina.
Jambatan yang ada sekarangpun ialah jambata atas daya inisiatif penduduk-penduduk kampung membina sendiri melalui gotong-royong dan berkongsi membeli papan dan sebagainya.
Seorang penduduk yang dikenali Buang Hj Yusuf, berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas beliau bersama-sama Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong membuat lawatan kekampung tersebut kelmarin.
Kata Buang lagi kampung tersebut wujud sudah hampir 20 tahun. Kalau adapun wakil rakyat BN melawat hanya di musim-musim kempen pilihanraya sahaja; selepas mereka menang, apa lagi bayang-bayang, bahkan batang hidung mereka langsung tidak nampak.
PERIKSA....Amsi Liew Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan turut meninjau jambatan maut di Kampung tersebut
BAHAYA....Hati-Hati! jambatan ini amat berbahaya
“Ramai penduduk tempatan di sini yang telah memohon rumah PPR bukan saja di Taman Mesra dan juga Taman Murni bahkan di PPR Gum-Gum Jaya pun langsung tidak dilayan oleh pihak MPS sebab kami bukan ahli parti BN/UMNO walaupun cukup segala syarat yang diperlukan seperti yang diperuntukan,” ujarnya.
Buang yang mewakili lebih 400 penduduk Kampung Ice Box mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Ahli Parlimen Sandakan (DAP walaupun bukan di pihak kerajaan tetapi begitu prihatin terhadap segala permasalahan dan nasib penduduk di kampung tersebut yang terlalu daif dalam menikmati arus perdana pembangunan daripada kerajaan BN.
Sehubungan itu Wong menjelaskan ini memang sudah menjadi tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat pada PRU 13 lalu untuk mengetahui sedikit sebanyak masalah-masalah penduduk kampung untuk disuarakan kepada kerajaan.
“Kita sebagai pemimpin di pihak pembangkang, memang tidak mampu untuk membantu rakyat dalam memberikan pelbagai kemudahan sebab kita tiada peruntukan; tetapi kita mampu menyuarakan kehendak-kehendak rakyat berbanding dengan wakil-wakil rakyat BN walaupun mempunyai peruntukan yang sedia ada, namun mereka buta hati langsung tidak memperdulikan keperitan dan pendertaan nasib orang kampung Ice Box,” tegasnya. sabahkinimirror
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment