Saturday, August 17, 2013

Panas!! Akhirnya Perdana Menteri Tarik Duta Dari Mesir..

Nak Tunggu Najib Tarik?? Kiamat lah oiiittt!!!
Panggil pulang duta Malaysia di Mesir! - Zulkifli Noordin

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Politik Kedah dan buku Pak Lah

Cuti Aidilfitri lalu, saya tidak sempat beraya lebih lama di kampung halaman - Kg Raja, Tunjang, Kubang Pasu. Hanya dua hari satu malam. Agak kalut menyusun jadual. Apa pun, terubat juga kerinduan walaupun dua tiga temujanji dengan rakan-rakan lama terpaksa ditangguhkan.

Najib Pun Hairan Kenapa Ulama Muda UMNO Ini Bangang Sangat +Video

Dia ni tak faham ka ..kerajaan mesir sebenarnya adalah kerajaan dibawah Dr Mursi..YANG MEMERONTAK ADALAH TENTERA... BUKAN RAKYAT..

Jom Kenali Macai yang "Kurang Cerdik"

Komentar dari seorang manusia sekular yg kurang cerdik... dan tidak melambangkan seorang muslim...

Alamak "PEGAWAI KANAN POLIS" ni kantoii??

apa kes ... ada syabu dlam dompet pulis ...????
Hospital Jumpa Syabu Dalam Dompet Pegawai Kanan Polis Cedera Kemalangan Di Kuantan !

TOLAK TPPA, TOLAK AMERIKA, TOLAK OBAMA!

“Kerajaan memberi jaminan kepentingan Perusahaan Milik Negeri (SOE) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan dilindungi dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)...kerajaan juga beri jaminan bahawa kepentingan rakyat dan kedaulatan negara adalah keutamaan kami (dalam rundingan TPPA)” [BH 14/08/13]. 

Jika begini!!, tidak mustahil MURTAD semakin berleluasa

LUAHAN SEORANG SAUDARA BARU
"beginikah saya dilayan sebagai saudara baru...??? Ditendang kesana kemari jika ingin membuat urusan...??"

Pihak mana yg "Terlalu Cekap dan Profesional" nih?

Rumah di ceroboh, digeledah tanpa waran
RANTAU PANJANG - “Maaflah, kami tersalah rumah,” kata pihak berkenaan, yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang pengetua di Taman Nering, jam 3 pagi, kelmarin.

RCI: BTN daftar PATI sebagai pengundi?

RCI SABAH : Seorang saksi di pendengaran suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang hari ini mendakwa bahawa Biro Tata Negara (BTN) bertanggungjawab mendaftarkan pendatang asing tanpa izin sebagai pengundi selepas mereka diberikan kad pengenalan biru.

Pemilik resort berdepan tali gantung

KOTA BHARU - Seorang pemilik resort sebuah pulau di Terengganu berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 15 gram heroin, 4 Ogos lalu.

Rumah Mufti pun kena samun...

Rumah Mufti Perlis di Kuching disamun
AUGUST 16, 2013 - Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke Kuching ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di sini hari ini.

Jenayah Meningkat : Salah Siapa?

Pemandu lori maut ditembak depan bank di Klang semalam
KLANG 15 Ogos - Seorang pemandu lori maut selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di hadapan Public Bank, Jalan Besar Kapar dekat sini awal pagi ini.

Jom Semak METER TNB anda..

Caj bulanan jangka digital TNB tinggi, PKR lancar web ‘Check Your TNB Meter’
PETALING JAYA 16 OGOS: Ketepatan jangka elektrik digital yang baru diperkenal Tenaga Nasional Berhad (TNB) diragui berikutan caj bulanan terhadap pengguna, tinggi, kata Datuk Chua Jui Meng.

Friday, August 16, 2013

WAHH 'PEGAWAI KHAS' MENTERI PELENCONGAN MELENCONG DI BALI DENGAN ARTIS SEKSI WOOO !!

Pehhh hangat, hot dan sensasi woooo !!! Artis cun lagi seksi dan hot mama sorang ni memang tak kering dari cerita-cerita sensasi siapa lagi kalau bukan Cik Puan Nora Danish kita neh !!

Maka Benarlah kata2 Dr Mahathir?

"Peningkatan kes bunuh adalah harga bagi kebebasan" - Dr Mahathir
Pekedai emas cemas diacu pistol

Isu Mesir : Pendirian YB Khairy Jamaluddin!!

Kenyataan Media Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berhubung isu di Mesir.
Ketika umat Islam di seluruh dunia masih bergembira menyambut Aidilfitri yang baru melepasi minggu pertama Syawal, saudara-saudara kami di beberapa negara lain terutama Syria dan Mesir berada dalam ketidaktentuan akibat perbalahan politik sesama sendiri.

Ini KEMENTERIAN AKU!

Apa yg RAKYAT sibuk dgn PERLANTIKAN ANAK AKU sebagai PEGAWAI KHAS aku??Ini KEMENTERIAN AKU!Aku MENTERI dan semua KEPUTUSAN ada lah HAK AKU!apa HAK kamu wahai RAKYAT??56 tahun kamu sudaj diPERLEMBUKAN tak nampak ke!!AKU TUAN!!kau ikut aja apa yg aku KATA!jgn buat apa yg aku BUAT!!faham???..

Najib hanya berani di TWEETER

Mesir berdarah: PM digesa kemuka bantahan rasmi
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta supaya Duta Mesir di Malaysia dipanggil untuk bertemu dengan kerajaan ekoran kekejaman yang dilakukan negara Arab itu terhadap rakyatnya.

Laluan sukar menanti Najib

Permusuhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dijangka menular dalam Umno bagi tempoh beberapa minggu akan datang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiyakan bahawa pembangkang berbincang secara rahsia dengan perdana menteri Malaysia itu untuk membentuk kerajaan perpaduan.

PANAS! YANG DIPERTUAN AGONG MURKA TERHADAP MUKHRIZ

INFO: YDPA telah murka terhadap mukhriz. Baginda memberi tempoh kepada mukhriz sehingga bulan 12 ini untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda KUIN, jika mukhriz tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, baginda akan menggunakan kuasa veto yang ada untuk mengarahkan semua pelajar dan staf KUIN dipindahkan semula ke kuala ketil. 

PKR kutuk pembunuhan di Mesir, gesa M'sia putus hubungan diplomatik dgn tentera

KEADILAN mengutuk keras pembunuhan ratusan penyokong Mohamed Morsi, Presiden sah negara Mesir yang dilakukan oleh tentera negara tersebut.

Ku Li masuk gelanggang presiden?

Pemilihan Umno Oktober depan menyaksikan nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kembali menjadi perhatian ramai.

UMNO BILA LAGI?

Kenyataan media Ketua Whip DAP dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pada 16 Ogos 2013 di Kuala Lumpur

DAPSY kutuk pembunuhan rakyat Mesir

Rampasan kuasa oleh tentera Mesir pada Julai lalu kini menyebabkan lebih banyak protes rakyat terhadap rejim tentera. Kesan rampasan kuasa ini semakin hari semakin ramai memakan nyawa rakyat, baik di pihak penyokong bekas presiden Mohammed Morsi mahu pun pihak yang memprotes kepimpinannya.

Nahdah dan Raba’ah, Rebah Berdarah

Nahdah dan Raba'ah,
Terhampar di kota Kairo
dua dataran perjuangan

Pong pang pong pang dalangnya Anwar. Tian Chua..bla bla bla! !! Last last nama siapa kluar?

'Saya atur pertemuan kesultanan Sulu dan dua PM
RCI SABAH Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sabah, hari ini mendakwa beliau telah mengatur pertemuan antara dua bekas perdana menteri Malaysia dengan kesultanan Sulu.

TunM tak sempat cari fasal dgn Paklah

'The awakening': Mahathir tak sempat bergaduh dengan Abdullah sebelum dia jadi PM 
Dr Mahathir menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 1975 selepas beliau dipulihkan oleh Tun Razak keahlian dalam UMNO, kalau tidak silap saya pada tahun 1972 atau tahun 1973 selepas dipecat daripada UMNO pada tahun 1969.

Adakah Harga RON95 dan diesel akan dinaikan bagi membenteras aktiviti Penyeludupan?

Seludup minyak: Kerajaan rugi RM2.5 juta sebulan
KOTA BHARU - Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta sebulan akibat kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel dari negeri ini ke negara jiran.

Adakah MAS akan dijual kepada Syed Mokhtar?

KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan adakah cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala supaya kerajaan menjual syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ada kaitan dengan tawaran Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengambilalih 69.3 peratus saham Khazanah Nasional Bhd dalam syarikat penerbangan nasional itu.

Sudah 100 hari selepas PRU-13. Amacam?

SEMALAM genap 100 hari selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13. Penantian sejak kuasa beralih tangan daripada bapa mentua Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada suami Rosmah Mansor secara rasminya sudah berakhir. Namun seakan masih ada sesuatu yang tidak terlepas dan sedang menekan rongga dada.

Tektik BN ni memang dah lama rakyat tahu

'Mustapha bertanggungjawab ubah demografi Sabah'
RCI SABAH Bekas Ketua Menteri Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah seorang orang yang memulakan idea mengubah demografi pengundi Sabah dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang diterajui PBS, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang diberitahu hari ini.

Tembak Lagi!!

Lelaki maut ditembak ketika minum bersama rakan
KLANG - Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada 2.20 pagi hari ini.

Thursday, August 15, 2013

Nampak gayanya Menteri Pelancongan ni memang jenis manusia sombong

NAZRI AZIZ JANGAN TERLAMPAU SOMBONG !!! ORANG SEDANG PERHATI TU !!!
Nampak gayanya Menteri Pelancongan ni memang jenis manusia sombong, mentang mentang kaya dan kononnya kekayaan tu datang sebelum dia jadi Menteri ingat dia boleh sesuka hati nak buat apa pun ke?

Panas!! @NajibRazak ANAK NAZRI AZIZ BERBOGEL PUN JADI PEGAWAI KHAS ??? TAKDE ORANG LAIN KE ??? - Dari Blogger UMNO

Kita semua tahu apa yang dilakukan oleh anak Datuk Seri Nazri Aziz si Nedim Nazri satu masa dulu yang penuh dengan kontroversi dan yang paling akhir apabila ada blogger telah mengeluarkan beberapa artikel yang menunjukkan kekayaan anak beliau yang dikatakan luar biasa kalau mengikut umurnya. Baca selanjutnya disini...

Lebih 2000 terkorban, hospital dibakar, jurufoto ditembak +Video

MESIR: Menurut sumber Ikhwan, lebih 2000 penyokong legitimasi yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.

Zahid!! sape yg kasi bebas "Penjenayah" nih...

Anggota polis disyaki bebas tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat Koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di Kuala Lumpur Isnin lalu.

“REAKSI KERAS TERHADAP KONFLIK TERKINI DI MESIR”

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
“REAKSI KERAS TERHADAP KONFLIK TERKINI DI MESIR”
8 Syawal 1434 H | 15 ogos 2013

Laa .. Ingatkan pemuda UMNO kutuk isu kekejaman terlampau As Sisi di Mesir

Pemuda Umno kutuk kenyataan Pengerusi DAP Sarawak
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini mengutuk tindakan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang menuduh bahawa insiden tembak-menembak di negara baru-baru ini sebagai sandiwara Barisan Nasional (BN).

Rampasan Kuasa Dan Pelajaran Dari Turki - Ds @anwaribrahim

Sesetengah pihak menggelarnya pengakhiran kepada politik Islam, sebahagian lain lebih cenderung kepada 'detik-detik sukar' namun ada juga berdalih dari kenyataan 'penglibatan tentera'. Jadi, mengapa pengibar bendera demokrasi seperti AS dan Kesatuan Eropah (EU) tidak mampu atau tidak bersedia mengakui rampasan kuasa itu rampasan kuasa? Jerman bertindak sedikit baik dengan mengatakan situasi yang berlaku di Mesir sebagai "satu tamparan besar terhadap demokrasi di Mesir", walaupun negara-negara Barat selebihnya cuba menyembunyikan kejahatan mereka dengan semata-mata panggilan akan sekatan dan mengelakkan keganasan. Tetapi kegagalan merujuknya sebuah rampasan kuasa, apalagi mengutuknya, memperlihatkan sikap pilih kasih terhadap demokrasi.

Gambar wira pemimpin Islam yang terhebat dan paling tersohor tersebar

APA YANG TAK KENA DENGAN RAKAMAN GAMBAR INI??????
Bukan tujuan dan niat mau menghina atau mengaibkan...gambar ini pun sudah pun tersebar luas dialam maya....tetapi ianya sekadar mengajak para rakyat terutamanya dari kelompok UMNO supaya cuitkan sedikit minda agar melihat dan berfikir serta seterusnya menilai....Kebenaran amatlah pahit dan pedih.

Pemuda UMNO.. oppss silap!! Pemuda PAS Kutuk Serangan Terbaharu Rejim Mesir

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk serangan besar-besaran tentera Mesir di bawah Presiden Interim Adly Mansour terhadap rakyat di negaranya sendiri. Kejadian terbaharu pada hari ini apabila pasukan tentera menggempur ribuan demonstran melalui gas pemedih mata serta tembakan peluru hidup mengakibatkan saat ini lebih 200 orang mati syahid manakala lebih 8000 orang cedera.

PAS mengecam kekejaman terlampau As Sisi di Mesir

PAS mengecam keras tindakan ganas dan kejam oleh tentera Mesir ke atas para penyokong Presiden pilihan rakyat Dr Mohamed Morsi.

Surau Jadi Tokong: Isteri Pengurus Resort Maki Penduduk Islam Kuala Sedili

Dua laporan polis oleh penduduk Kampung Sedili Besar berhubung salahguna surau di Tanjung Sutera Resort, akhirnya membolehkan polis menahan pengurus resort berkenaan. Namun yang paling menyakitkan hati ialah apabila isteri kepada pengurus resort tersebut, mengeluarkan kata-kata yang cukup menghina.

Wednesday, August 14, 2013

Panas!! Takkan nak tunggu kakak aku mati atau cacat baru nak ambik tindakkan kot? +Video

Harap kawan2 suma tonton video ni sampai abis dan tlg bg komen dan pendpat skit kat lelaki dayus yg pukoi kak aku ni. P repot polis polis kata tak leh ambik tindakkan pasai tk mendatangkan kecederaan kekal. Abg polis oi tkkan nk tgu kakak aku mati atau cacat br nk ambik tindakkan kot. Tlg share...and komen - Mohd Yunus AR

Menteri Wanita anggap kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan wanita Penan bukan isu besar?

Berdasarkan kata-kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Fatimah Abdullah tentang isu kaum Penan, Free Malaysia Today telah membuat kesimpulan 'Masalah Penan bukan isu besar' buat Menteri Wanita itu..

BETUL KE? Mukhriz tidak mahu keluarga terima projek di Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (gambar) memberi jaminan bahawa beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada anggota keluarganya.

Roboh Surau Taliban jadi sasaran?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) percaya komen yang dibuat NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers For Liberty (LFL)menyamakan tindakan pihak berkuasa Johor seperti pihak Taliban sengaja dilakukan bagi menyemarakkan api kemarahan umat Islam.

Sistem baru pilihan raya: bersih dulu daftar pemilih

Cadangan pembaharuan sistem pilihan raya dengan menggabungkan format majoriti mudah (first past the post) dan nisbah pewakilan (proportional representative) langsung tidak menarik minat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) walaupun beberapa pihak lain menyokongnya.

ISA Dikuatkuasakan Semula??

Kerajaan Malaysia mungkin akan menguatkuasakan semula penahanan tanpa perbicaraan, tetapi kali ini dengan pelibatan sebuah panel tenaga profesional bagi memastikan tiada berlaku penyalahgunaan kuasa.

PERKASA panas punggung bila pak lah bersuara kah kah kah

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengecam tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yang dikatakan telah mengeluarkan dakwaan negatif terhadap pertubuhan tersebut serta mengkritik Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengubah destini anak bangsa - tanpa kualiti...ALAHAI NEGARAKU!

BONGKAR! KAJIAN UIiTM MENUNJUKKAN GRADUANNYA SUKAR DAPAT KERJA. INI PUNCANYA!

Surat terbuka kepada Khairy

Buat Yang Berhormat (YB) Menteri Belia dan Sukan, Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal.

TunM akan cengkam kuasa hingga mati

'The awakening': Hanya penggali dan cangkul akan memisahkan Dr Mahathir dengan politik
Saya tidak pernah berhenti menyatakan yang seseorang yang lemah dan berjiwa kecil akan melakukan cengkaman terhadap pihak lain untuk mendapatkan sokongan dan dukungan ramai apabila mendapat kuasa. Tidak ada seorang pun yang mahu menjadi diktator. Jika boleh semuanya mahu menjadi pemimpin yang popular dan disukai ramai. Itu sebabnya wujud demokrasi untuk mengukur sejauh mana popularnya seseorang itu dengan melakukan pemilihan secara terbuka.

Kelantan tubuh Institut Pemikiran Tok Guru, kenang jasa Nik Aziz

Kerajaan negeri Kelantan akan mengenang jasa bekas Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru'.

BN juga perlu isytihar harta

Seiring dengan cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya kepimpinan tertinggi PR mengisytiharkan harta, saranan sama turut dikemukakan kepada pimpinan tertinggi BN.

Tuesday, August 13, 2013

Panas!! "Dalam seratus perkataan di dalam siaran medianya hanya tiga perkataan yang boleh dipercayai, yakni Abdullah Ahmad Badawi...." kah kah kah - Dari Blogger UMNO

Lawak Pak Lah yang memang tak ble blah..kah kah
"Dalam seratus perkataan di dalam siaran medianya hanya tiga perkataan yang boleh dipercayai, yakni Abdullah Ahmad Badawi...." - Jas Salleh
KAH KAH KAH

Penjenayah tegar: Zahid dedah kelemahan polis?

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terang-terangan mendedahkan kelemahan polis apabila mendakwa wujudnya beratus ribu orang kanan dan pengikut tegar penjenayah-penjenayah yang dibebaskan, kata Datuk Mahfuz Omar.

Kenyataan yg tidak disiarkan oleh media pro kerajaan

P.Pinang tak benar agama lain guna surau
13 Ogos 2013
GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi amaran kepada pemilik bangunan, hotel atau resort di negeri ini yang mempunyai kemudahan surau supaya tidak membenarkan premis mereka digunakan untuk upacara keagamaan lain.

“Father Augustus Chen” adalah makhluk khayalan juru propaganda dan cybertrooper skuad DDD Umno/BN

“Father Augustus Chen” tidak wujud dan risalah yang ditulisnya tentang DAP adalah satu pembohongan
Kenyataan Media oleh Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang di Kuala Lumpur, Selasa, 13 Ogos 2013:

SPR Perlu Jawab Isu Penipuan PRU 13, Bukan Alih Isu

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu memberi respon terhadap hasil kajian Merdeka Centre mengenai penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) tanpa mengalihkannya kepada isu lain.

Bukti "KEPERIHATINAN" UMNO Johor?

SEORANG IBU TUNGGAL BERSAMA TUJUH ANAKNYA TINGGAL DALAM RUMAH BERTEMANKAN CAHAYA LILIN SEJAK 10 TAHUN DI KULAI JAYA JOHOR!!!!

Adakah ini permainan untuk hidupkan balik ISA?

Jenayah Makin Berleluasa !
Segera Laksanakan Syariat Islam di negara tercinta ini.
Rakyat perlu bangkit mendesak. Jangan tunggu Malaysia jadi seperti Mexico atau Bandar Koboi.

Yang mane lebih memalukan, salah parking atau yang melantak beribu jute wang rakyat........

Wak tak heran kalau kesalahan sekadar salah parking tu aje, tapi Wak heran kalau pencacai2 UMNO ni tak nampak pemimpin2 mereke tu melantak beribu jute wang rakyat. - Wak Labu

Kenapa pula Najib mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan PKR dan bukannya dengan PAS?

Kenapa Anwar Lebih Didambakan Najib, Bukannya Pas, Untuk Membentuk Kerajaan Perpaduan?

Ini lah wajah pemilik yang izinkan SURAU dijadikan TOKONG

PEMILIK resort berbanju warna jingga (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen/Majistret Kota Tinggi bagi kes surau yang dijadikan tempat upacara keagamaan di surau Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi, hari ini.

NEGARA LUAR LAGI MURAH HINGGA 10 KALI GANDA?

Harga jalur lebar dan internet di negara ini lima sehingga 10 kali lebih mahal dari negara luar - PIKOM
Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) berpendapat harga langganan internet dan jalur lebar perlu lebih rendah di negara ini

Apa kes pulak ni? makin banyak jenayah di malaysia?

Janda cedera ditembak di stesen minyak di Kuantan
Kuantan: Seorang janda beranak empat cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Cara kerajaan tangani isu hina Islam di persoal

Pas mempersoalkan sejauh mana tindakan kerajaan untuk menyelesaikan isu penghinaan agama Islam di negara ini sehingga ia dilihat seolah-olah tidak mendatangkan ketakutan kepada mana-mana pihak.

Anwar: Keputusan mahkamah kes petisyen pilihan raya jelik dan mengaibkan +Video

Penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat mahkamah disifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai keputusan yang sangat jelik dan mengaibkan nama institusi kehakiman negara.

Kajian Merdeka Center sahkan dakwaan Pakatan sebelum ini

Kajian Merdeka Center yang mendedahkan Barisan Nasional tidak mungkin boleh membentuk kerajaan jika bukan kerana undi pos dan undi awal tidak mengejutkan Pakatan Rakyat.

Dimana semangat 1Malaysia yang kerajaan BN Negeri Sembilan laungkan selama ni?

Hakka Village di Mantin, dibina sejak awal kurun ke19 akan 'hilang' untuk memberi laluan diatas nama pembangunan. Lebih 30 hektar tanah yang menempatkan lebih kurang 231 keluarga akan kehilangan hak mereka secara terang terangan.

Info Sukan : Aircond yang salah? wakaka

KJ: Penghawa Dingin Ditutup, Punca LCW Dihidrasi
Datuk Lee Chong We Pemain negara Datuk Lee Chong Wei diusung keluar setelah mengalami kecederaan pada peringkat akhir kejohanan Badminton Dunia 2013. Beliau menarik diri akibat kecederaan, tumpas kepada pemain China, Lin Dan, 16-21, 21-13, 20-17. 

Sekiranya senjata tersebut lengkap dgn 15 biji peluru tidak ditemui semula bermakna 15 nyawa rakyat malaysia dlm bahaya

Penjenayah Di Malaysia Semakin Bertindak Berani...
The Star melaporkan pistol bersama 15 butir peluru milik seorang Pegawai Polis yang berusia 48 tahun telah dilarikan oleh pencuri ketika beliau tertidur dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam awal hari ini.

100 hari selepas PRU13, Najib masih mencari arah

Selepas 100 hari mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat masih mencari arah setelah dasar-dasar yang diumumkan sejak empat tahun sebelumnya tidak menghasilkan natijah seperti yang dikehendaki.

Monday, August 12, 2013

Anwar sahkan Najib mahu bentuk Kerajaan perpaduan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba berbaik-baik dengannya untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan gabungan parti pembangkang.

Penjelasan Pak Lah Tidak Mengubah Apa-Apa, Jawapan Mahathir Tetap Ditunggu

Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan Pak Lah hari ini tampil memberi penjelasan mengenai buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia yang telah menjadi kontroversi dan perbualan hangat sejak beberapa hari yang lalu. Bahkan disebabkan berita mengenai buku itu keluar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, ada yang bercakap mengenainya lebih banyak berbanding topik-topik lain ketika berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara di Hari Raya kali ini.

Perjanjian TPPA bakal rampas RM27 juta wang rakyat: @Anwaribrahim

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bakal mengaut wang rakyat berjumlah kira-kira RM27 bilion menerusi cukai pendapatan.

Pak Lah bagi 5 fakta kenape ‘buku Pak Lah’ diterbitkan

Akhirnya Pak Lah Bersuara
SEJAK dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai ‘buku Pak Lah’. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Isu Surau Jadi Tokong – Pemilik Resort Ditahan, bakal disaman malah lesen operasi juga boleh dibatalkan

KOTA TINGGI - Polis telah menahan pemilik Resort Tanjung Sutera, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikatakan membenarkan surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Buddha.

Rahsia Lee Kuan Yew suka pada "Pemerintahan UMNO" Terbongkar!!

MENGAPA LEE KUAN YEW AMAT SERONOK DAN SELESA JIKA UMNO TERUS MEMERINTAH MALAYSIA!!!!!

Oiitt Zahid!!, Mana Datang Itu Senjata Api?

Kenapa Senjata Api Secara Tiba-Tiba Mudah Didapati Di Malaysia? - DAP
PETALING JAYA: DAP mahu mengetahui mengapa dilihat adanya bekalan bersedia senjata api di Malaysia, berikutan peningkatan kejadian tembakan baru-baru ini.

Tu dia!! 100 Ribu "Duit Rakyat" Untuk Jamuan Raya Mukhriz

Kerajaan Umno Kedah balun duit rakyat hampir RM100 ribu untuk bayar artis sempena Aidil Fitri???

Anwar Ibrahim jawab fitnah oleh Mazlan Ismail terhadapnya.. +Video

Ketika ummat Islam sedang sibuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang lalu dan ketika Ramadhan menghampiri Syawal, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi mangsa fitnah.

AWAKENING : Ayo yoo, Samy sudah naik angin... +Video

Samy: tarikh persaraan adalah hak saya
Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menafikan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah meminta beliau bersara setahun sebelum pilihan raya umum 2008.

Panas!! Video rompakan disiang hari di Johor tersebar!! Saksikan!.. err.. Zahid Hamidi nak salahkan Pakatan juga ke?

Sebelum korang saksikan video rompakan disiang hari ditepi jalanraya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang ini, baca dulu apa kata Zahid Hamidi mengenai jenayah yang jelas meningkat kebelakangan ini..

Malam nih jangan lupa tengok langit..

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ni sehingga subuh pada hari Selasa.

Izzah menambah-parahkan luka TunM?

Dalam begitu ramai tokoh, Puteri Reformasi Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai juga yang dijemput bagi melancarkan buku Pak Lah di Singapura.

Isu Penganut Buddha sembahyang dalam Surau, Apa kata blogger UMNO?..+Video

Video ini telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Mahathir dah ada cara untuk bidas Pak Lah?..Perlancaran buku paklah ditangguh sebab ada orang panas telinga...

Mahathir ada cara tersendiri bidas Pak Lah
Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Awang Selamat melalui terbitan Mingguan Malaysia mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan bekas Perdana Menteri itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan caranya tersendiri yang dijangka sinis dan lebih berbisa.

Pembaziran Kementerian Pendidikan, Sekolah 12 Murid Punya 12 Guru

Usaha kerajaan memperkasa sistem pendidikan dan memberi peluang kepada rakyat menimba ilmu pengetahuan melalui pembinaan sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman memanglah sesuatu yang seharusnya dihargai kerana ia akhirnya akan berupaya meningkatkan kadar celik huruf serta meningkatkan taraf hidup di kalangan rakyatnya.

Pandangan Lee Kuan Yew 'lapuk', kata Anwar.. Karpal Minta Kuan Yew Jaga Tepi Kain Sendiri

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membidas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.

Ketua UMNO Bukit Gantang kaya raya, Rakyat papa kedana

YB Bukit Gantang ,Ustaz Idris Ahmad pada 29 Ramadhan lalu berbuka di rumah "orang UMNO' ,Kampung Setia dalam DUN Kuala Sepetang.

Zahid Bagi Alasan lagi

Polis kurang antara punca kes jenayah meningkat - Zahid...!!!
Kekurangan jumlah anggota polis selain dari aset dan peralatan yang tidak mencukupi antara punca peningkatan jenayah berat yang tidak terkawal dinegara ini demikian menurut Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.