Wednesday, August 14, 2013

Surat terbuka kepada Khairy

Buat Yang Berhormat (YB) Menteri Belia dan Sukan, Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal.

Kita sesama Islam dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itulah harapan kami.

YB telahpun dinaikkan oleh ALLAH SWT ke jawatan Menteri Belia dan Sukan yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”.

Pada 21 Ogos 2013 lalu, dikatakan Kumpulan Rock iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket akan dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadan.

Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?

Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka, apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?

Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah.

Hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,
Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Terima kasih YB
Ahmad Nazri Khamis
Penyanyi (1) ABC Band
Batu Pahat, Johor 13 Ogos 2013
-Sh

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment