Wednesday, August 14, 2013

BN juga perlu isytihar harta

Seiring dengan cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya kepimpinan tertinggi PR mengisytiharkan harta, saranan sama turut dikemukakan kepada pimpinan tertinggi BN.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, cadangan tersebut adalah sangat signifikan kerana rakyat Malaysia harus tahu hasil dapatan pemimpin negara.

“Bagi memastikan tiada keraguan terhadap hasil dapatan pemimpin negara, mereka perlu mengisytiharkan harta mereka.

“Tindakan ini akan memberi contoh tauladan yang baik kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Baru-baru inian Karpal menyeru pemimpin dalam PR mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, beliau sanggup berbuat demikian dan meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut melakukan perkara sama.

"Semua pemimpin PR baik anggota Exco, Adun atau ahli majlis harus mengisytiharkan harta mereka.

"Saya sentiasa menyokong amalan ini. Dalam khidmat awam, kita mesti sedia dinilai oleh orang awam dan pengundi semasa memegang jawatan,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Sementara itu, ketika mengulas perkara yang sama, Tuan Ibrahim berkata Pas turut menyokong penuh saranan Karpal supaya pimpinan tertinggi PR mengisytihar harta kepada masyarakat umum.

“Pas menyokong penuh usaha tersebut.

"Malah, Pemuda Pas sendiri telah melaksanakan tindakan tersebut sebelum ini,” katanya.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment