Friday, August 16, 2013

Maka Benarlah kata2 Dr Mahathir?

"Peningkatan kes bunuh adalah harga bagi kebebasan" - Dr Mahathir
Pekedai emas cemas diacu pistol
TANJUNG MALIM - Seorang pemilik kedai emas berdepan detik cemas apabila diacukan sepucuk pistol oleh seorang penjenayah dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai emas, Jalan Besar, di sini, pada jam 12.40 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superitandan Othman Nanyan memaklumkan, kejadian telah menyebabkan mangsa yang berusia 54 tahun mengalami kerugian kira-kira RM300,000.

"Ketika kejadian, mangsa sedang menjaga kedainya dan telah didatangi dua lelaki memakai topi keledar lengkap dengan penutup muka gelap. Kedua-dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Salah seorang suspek berbadan kurus, telah berjalan ke arah mangsa yang berada dalam kaunter sambil mengeluarkan sepucuk pistol dari beg silang miliknya. Suspek arahkan mangsa keluarkan semua barang kemas di kaunter sambil mengacu pistol," katanya.

Menurut Othman, suspek mengarah mangsa menyerah barang kemas dengan memasukkannya ke dalam beg silang sebelum melarikan diri bersama rakannya.

"Bimbangkan keselamatannya, mangsa terpaksa menyerahkan barang kemas. Kedua-dua suspek yang dianggar berusia lingkungan 30an, tidak memegang apa-apa dalam kedai emas itu serta terus beredar menaiki motosikal ke arah Ulu Bernam.

"Kedua-dua suspek dipercayai warga tempatan berikutan mereka bertutur dalam dialek kantonis. Premis terbabit tidak dipasang kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada pengawal keselamatan selain tiada gril atau cermin pengadang antara pekerja dengan pelanggan," jelasnya.

Tambahnya, hebahan untuk mengesan suspek sedang dijalankan, begitu juga usaha menyemak CCTV dari kawasan berhampiran serta semakan buku lawatan kedai bermula dari bulan Januari hingga ke tarikh kejadian berlaku. SH

Pemandu teksi dalam kes Hussain Najadi didakwa memiliki senjata api
Seorang pemandu teksi didakwa hari ini atas kesalahan memiliki pistol dan peluru, lebih dua minggu selepas dia ditahan bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan pengasas Bank Pembangunan Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi, bulan lalu.

Chew Siang Chee, 45, yang berada dalam tahanan polis sejak 30 Julai lalu, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan atas kesalahan memiliki pistol semi automatik .9mm Walther dan magazine.

Bapa kepada empat anak itu turut didakwa mengikut Seksyen 4 akta sama atas kesalahan memiliki secara haram empat butir peluru .9mm.

Semua bahan itu ditemui dalam peti pos di Kondominium Desa Cindaimas di Jalan Sekutu off Jalan Kuchai Lama di Brickfields pada 3 Ogos.

Chew mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan. – 16 Ogos, 2013. MI

Dr Mahathir: Peningkatan kes bunuh adalah harga bagi kebebasan
Pembunuhan di jalanan menggunakan senjata api yang meningkat kebelakangan ini adalah harga bagi kebebasan yang perlu dibayar oleh setiap warganegara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau berkata dalam suasana lebih liberal sekarang, sukar bagi pihak berkuasa untuk mengatasi keganasan seperti itu dan mereka hanya boleh mengambil tindakan setelah ia berlaku.

"Rakyat Malaysia amat baik dan mereka tidak suka membunuh satu sama lain... kecuali sekarang apabila pembunuhan agak lebih kerap berlaku setiap hari, ada orang yang kena tembak... itulah harga bagi kebebasan," katanya.

Sejak April hingga bulan lepas, 23 kes tembakan di jalanan dilaporkan berlaku di seluruh negara, termasuk yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. – Bernama, 15 Ogos, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment