Tuesday, August 13, 2013

Bukti "KEPERIHATINAN" UMNO Johor?

SEORANG IBU TUNGGAL BERSAMA TUJUH ANAKNYA TINGGAL DALAM RUMAH BERTEMANKAN CAHAYA LILIN SEJAK 10 TAHUN DI KULAI JAYA JOHOR!!!!


Kisah benar ini berlaku di negeri kelahiran UMNO...negeri yang dikatakan UMNO cukup kebal..negeri yang diperintah oleh UMNO sejak merdeka...UMNO kuat rakyatnya hidup merempat!!!

KESEMPITAN hidup yang dialami menyebabkan setiap malam seorang ibu tunggal bersama tujuh anaknya hanya diterangi cahaya lilin di kediaman mereka yang serba daif di Kampung Sri Paya, Kulai Jaya, Johor sejak 10 tahun, lalu.

Mereka gagal melunaskan bil elektrik yang tertunggak malah terpaksa mengangkut air bersih dari rumah jiran bagi keperluan harian dan memasak, setiap hari.

Namun, keadaan serba kekurangan itu tidak menghalang Siti Sarah Mohd Salleh, 34, menjaga semua anaknya iaitu Nor Shah Rezza Azman, 19; Mohd Esa, 18; Aziera Nafisha, 12; Aziera Hamisha, 10; Mohd Aiman Shah, 9; Aziera Shazwanie,7 dan Aziera Aleysha Nabila, 4, walaupun ramai menawarkan untuk menjadikan mereka anak angkat.

Malah, tugasnya tidak terhenti setakat itu sahaja, Siti Sarah turut bertanggungjawab menjaga dua adiknya, orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohd Lukman, 31, dan Abu Sarmi, 25, bagi memegang amanah ibunya yang meninggal dunia, sembilan tahun lalu.

Siti Sarah yang kematian suami pada 2009 menetap di rumah pusaka peninggalan ibu bapanya, tidak bekerja dan menggunakan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM450 sebulan untuk membiayai keperluan mereka.

“Sebenarnya ketika arwah ibu saya masih hidup, rumah ini pernah ada elektrik tapi dipotong sebab kami tak mampu bayar tunggakan bil berjumlah RM7,000 pada masa itu dan sejak itu kami hanya pasang lilin.

“Saya anak-beranak terpaksa mengangkut air dari rumah jiran setiap hari dan setiap bulan kami dikenakan caj RM30,” katanya kepada Sinar Harian.

Meskipun sedar akan risiko penggunaan lilin setiap hari, Siti Sarah tiada pilihan bahkan kesemua anaknya juga sudah lali serta memahami keperitan hidup ditanggung mereka yang serba daif.

Jelasnya, dia tiada pilihan lain walaupun pernah juga beberapa kali lilin terjatuh hingga menyebabkan langsir dan kusyen di rumah terbakar.

“Mujur kami tidak apa-apa. Atas sebab itu juga, saya khuatir keluar bekerja kerana risau tinggalkan anak yang masih kecil di rumah serta perlu menjaga dua adik yang OKU.

“Anak sulung saya juga tidak berdaya untuk bekerja kerana menghidap masalah paru-paru manakala anak kedua saya kerja tidak menentu. Kedua-duanya berhenti sekolah setakat tingkatan tiga kerana memahami kesusahan yang saya tanggung,” katanya.

Walaupun hidup serba kekurangan, Siti Sarah tetap bergantung harap kepada lima anaknya yang lain dan mahu mereka menamatkan persekolahan masing-masing biarpun apa yang terjadi dan sekurang-kurangnya dapat mengubah nasib mereka.

Ditanya tentang soal jodoh beliau hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir kerana lebih memberi keutamaan menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anaknya.

“Bukan mudah untuk meneruskan hidup terlalu banyak dugaan dan besar tanggungjawab. Pada mulanya saya agak tertekan namun anak-anaklah harapan dan penguat semangat saya. Saya terpaksa berjimat cermat, masak bubur berlaukkan ikan kering janji anak-anak kenyang,” katanya. omakkau

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment