Tuesday, August 13, 2013

Info Sukan : Aircond yang salah? wakaka

KJ: Penghawa Dingin Ditutup, Punca LCW Dihidrasi
Datuk Lee Chong We Pemain negara Datuk Lee Chong Wei diusung keluar setelah mengalami kecederaan pada peringkat akhir kejohanan Badminton Dunia 2013. Beliau menarik diri akibat kecederaan, tumpas kepada pemain China, Lin Dan, 16-21, 21-13, 20-17. 

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan penganjur yang menutup penghawa dingin di Gimnasium Tertutup Tianhe, malam tadi sehingga menyebabkan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengalami dihidrasi dan menyukarkannya untuk bernafas.

Ekoran itu, Chong Wei terpaksa menarik diri di set penentuan ketika 17-20 berikutan mengalami kekejangan otot di kaki dan perut, sekaligus tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China 21-16, 13-21, 20-17 pada aksi final semalam.

Menulis di laman mikro Twitternya, Khairy menegaskan, penutupan penghawa dingin di dalam stadium merupakan faktor penting yang menyebabkan pemain nombor satu dunia itu terpaksa menarik diri dalam kejohanan tersebut.

“Kita terima kekalahan Chong Wei, tetapi saya diberitahu penghawa dingin ditutup pada set kedua bagi mengurangkan laluan angin di sebelah Lin Dan.

“Sebab itu pada set kedua banyak kesilapan dari dia yang sudah sesuaikan diri dengan laluan angin masa penghawa dingin dipasang.

“Ini kerana, bila padam penghawa dingin, kelemahan banyak pada Chong Wei, lagipun semasa perlawanan separuh akhir, Chong Wei main tiga set berbanding Lin Dan yang hanya bermain dua set dan ini menyebabkan Chong Wei kekurangan masa untuk pemulihan,” kata Khairy lagi.

Khairy berkata demikian ketika mengulas kegagalan Chong Wei untuk menjadi juara dunia selepas tewas kepada bintang China, Lin Dan pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Tianhe, Guangzhou itu, Chong Wei terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan ketika ketinggalan 17-20 pada set ketiga berikutan mengalami kekejangan pada kedua-dua kakinya.

Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Bagaimanapun, tambah Khairy, terdapat beberapa perkara yang boleh dipertikaikan terutama tindakan penganjur menutup penghawa dingin dalam stadium yang menyebabkan Chong Wei mengalami dihidrasi dan menyukarkannya untuk bernafas.

“Ia seolah-olah ada unsur sabotaj bagi membolehkan Lin Dan merekodkan kejuaraan dunia buat kali kelima sepanjang kerjayanya,” katanya.

Tambah Khairy: “Saya telah minta penjelasan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kenapa pengurus skuad kita tidak mengadu tentang isu penghawa dingin sebab ia hanya berlaku pada final lelaki.

“Dan berdasarkan kecederaan yang dialami oleh Chong Wei (cramps) dan (dehydration), keputusan menutup penghawa dingin adalah faktor yang penting dalam perlawanan semalam.

“Jadi, kita bukan kalah sakit, tapi dalam kes ini, saya rasa ada sesuatu yang tak kena terutama bila dapat laporan tentang keadaan Chong Wei,” kata Khairy.

Dalam pada itu, menerusi laporan berita tempatan hari ini, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock turut mempertikaikan tindakan penganjur menutup penghawa dingin sehingga menyebabkan suasana dalam stadium menjadi terlalu panas.

“Kalah tetap kalah, kami boleh terima kekalahan tetapi yang menimbulkan pertikaian saya mengapa pendingin hawa tiba-tiba dipadamkan di set kedua. Keadaan menjadi terlalu panas, hampir tiada oksigen dan pemain tidak boleh bernafas.

“Ini menyebabkan Chong Wei mengalami penghidratan. Sebelum turun gelanggang lagi, Lin Dan sudah memiliki kelebihan fizikal, semalam (kelmarin) Chong Wei diberikan waktu permainan yang amat lewat dan perlawanannya (mengalahkan Du Penyu, tiga set) berakhir pada jam 11 malam.

“Lin Dan sebaliknya berehat enam jam lebih awal daripada Chong Wei kerana bermain petang. Semua ini, memberi kesan, ditambah dengan keadaan stadium yang amat tidak sihat untuk pemain,” jelas beliau.

Chong Wei dikejarkan ke hospital tempatan sejurus selepas itu tetapi dilaporkan keadaannya stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sumber berita dari:
http://peraktoday.com/?p=130674

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment