Pendedahan itu adalah yang terbaru untuk menzahirkan dakwaan bahawa daftar pengundi Suruhanjaya Pilihanraya jauh daripada bersih dan boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu.
Pengarah Jabatan Pilihanraya sayap itu, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya turut mengesan ratusan malah ribuan kes individu berlainan kaum berkongsi satu alamat untuk didaftarkan sebagai pengundi.
“Di satu rumah orang Melayu Islam, ada senarai 10 nama orang Cina yang didaftarkan di rumah atau kawasan tersebut. Bila kita pergi semak melalui petugas-petugas kita, tuan rumah itu sendiripun tidak mengenali nama-nama pengundi yang didaftarkan di alamat rumah atau kawasan tersebut.” kata beliau.
“Kita baru mengesan hampir 10,000 nama- nama yang boleh mengundi dua kali khususnya di negeri Selangor ni,” tambah beliau.
Menurut Mohd Sany, jumlah pengundi bertindih menempelak dakwaan- dakwaan SPR kononnya tidak ada pengundi hantu atau pun kes pengundi mengundi dua kali kerana kelemahan-kelemahan daftar pengundi.
Menurut Sany pendedahan pihaknya memperlihatkan keperluan SPR memperkenalkan dakwat kekal bagi memastikan tidak ada pihak yang mengundi dua kali pada pilihanraya umum akan datang.
SPR membuat keputusan mengejut di ambang pilihanraya umum 2008 apabila membatalkan penggunaan dakwat kekal di atas alasan kononnya ia tidak berkesan mengekang isu pengundi bertindih.
Dewan Pemuda Pas akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mendesak dua badan berkenaan segera menangani isu itu.
Sementara itu wakil Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda Pas Malaysia, Zainal Said mendakwa SPR Selangor mendaftarkan anggota Palapes sebagai pengundi pos.
Pelapes adalah pasukan pegawai latihan simpanan institusi pengajian tinggi awam.
“Jadi kita mahu satu jawapan yang munasabah daripada SPR negeri Selangor bagaimakah Palapes ini boleh diterima pada awalnya sebagai orang yang layak menjadi pengundi selaku pengundi pos.” - TVSNEWS
Image di bawah adalah sebahagian dari nama-nama pengundi yang bertindih.
briged-akhdor
No comments:
Post a Comment