PDRM perlu diubah menjadi PRDM iaitu Polis Raja Di Malaysia. Barulah sesuai dengan tindakan yang dilakukan pihak polis yang cuba menjadi raja di negara ini sehingga mengenepikan kuasa raja yang memerintah iaitu titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan yang meminta pelbagai pihak melakukan rundingan bijak bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pilihanraya di negara ini. Rujuk di sini.
Polis yang berlagak seperti raja di negara ini apabila sesuka hati memerangi rakyat tanpa berpandukan undang-undang dan menyanggahi perlembagaan yang dijunjung selama ini. Tangkap sana-sini, sekat sana-sini, provok sana-sini, seolah-olah negara ini tiada undang-undang yang patut diikut.
Bagaimana pasukan keselamatan yang diamanahkan untuk menjaga keamanan negara dan mempertahankan rakyat Malaysia tetapi tiba-tiba cuba melakukan kesusahan terhadap rakyat Malaysia. Konon mereka mahu menghalang aktivis BERSIH 2.0 melakukan huru-hara di negara ini, tetapi itu semua adalah persepsi dan mainan politik acuan Umno yang takut dengan kebangkitan rakyat. Amat mustahil perhimpunan aman dituduh sebagai komunis dan mahu memporak-perandakan negara.
Jadi bertepatanlah PDRM diubah menjadi PRDM kerana kebiadapan mereka menjalankan tugasan yang disuruh oleh Umno tanpa mempedulikan undang-undang. Jika ia berterusan, sudah pasti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berpandukan undang-undang rimba yang cuba memerangi rakyat sendiri.
No comments:
Post a Comment