Friday, July 8, 2011

Terkini : Bersih dapat permit polis himpun di Stadium Merdeka??

 BERSIH 2.0 


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), mendapat permit polis untuk mengadakan himpunan aman di Stadium Merdeka, esok.


Menurut laman twitter rasmi NGO itu, Bersih mendapat panggilan telefon dari Balai Polis Dang Wangi, supaya jawatankuasa pemandu NGO itu hadir untuk mendapatkan permit berkenaan.


“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” ujarnya.


Manakala Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua di laman twitternya berpendapat,  kelulusan permit itu merupakan satu kemenangan besar kepada Bersih.


“Kejayaan kepada Bersih: Polis DangWangi meluluskan permit untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi berhimpun!!! Semua perlu datang!,” ujarnya.


Bagaimanapun, Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh dilaporkan  berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.


Menurut twitter Bersih, wakilnya telah bertanya sebanyak tiga kali kepada pegawai polis yang menghubungi mereka dan dijawab bahwa polis telah mengeluarkan permit berkenaan. KD

BERSIH gagal dapat permit himpun di Stadium Merdeka
Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

NONE
Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.

Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.

Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".

“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini. Mk




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular