Pengawal peribadi Anwar dipukul oleh anggota polis simpanan persekutuan.
Anwar kini dilaporkan kembali semula ke Hotel Hilton di KL Sentral atas faktor keselamatan.
Pegawai Khasnya, Eekmal Ahamd, ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi mengesahkan insiden itu dan berkata Anwar berada dalam keadaan selamat.
"Datuk Seri dikasari ketika hadri memberi sokongan di KL Sentral. Saya difahamkan Datuk Seri selamat," katanya.
Beliau juga memaklumkan dua orang anak Anwar iaitu Nurul Izzah dan Nurul Hana turut ditahan polis.
Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Seri Ambiga Sreenavasan dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan polis.
No comments:
Post a Comment