Friday, August 19, 2016

Menjadikan maqasid syariat alat untuk tinggalkan syariat

FIRMAN Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi,’ mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan’. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya." [Al-Baqarah: 11&12]

Ayat ini memberitahu tentang ciri-ciri orang munafik. Mereka adalah golongan yang berpura-pura percaya kepada Islam tetapi hatinya tidak. 

Sifat yang dinyatakan adalah menganggap kerosakan yang dilakukan di bumi sebenarnya satu kebaikan. Mereka tidak sedar, apa yang mereka fikir baik itu sebenarnya menuju kerosakan. Ini akibat tidak percaya dengan ajaran Islam.

Ditafsirkan di dalam ayat yang lain, Antara kerosakan yang mereka lakukan adalah menjadikan orang-orang kafir sebagai penolong. Mereka menganggap tanpa bantuan orang kafir, kebaikan tidak akan dapat dicapai. Berwala' kepada orang bukan Islam pula boleh menyebabkan kemajuan.

Firman Allah SWT:
"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." [Al-Anfal:73]

Tidak salah meminta tolong dengan orang kafir. Tetapi mestilah dengan niat untuk menunjukkan Islam kepada mereka. Jika kita tidak berhubungan dengan mereka, bagaimana mereka mahu melihat Islam?

Nabi sendiri berurusan dengan orang kafir. Nabi pernah meminjam baju besi dengan seorang Yahudi walaupun boleh saja Nabi meminjam dengan orang Islam. Nabi juga berurus niaga dengan golongan ahli kitab. Tujuannya adalah untuk menunjukkan akhlak Islam yang sebenar kepada mereka.

Walau bagaimanapun, hubungan ini mesti ada batas. Jika mereka meminta kita mengikut undang-undang mereka, sedangkan Islam sudah mempunyai undang-undang sendiri, maka ini tidak boleh. Adapun golongan yang disebutkan di dalam al-Quran ini memberikan wala' sepenuhnya kepada orang bukan Islam.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?” [Al-Nisa:144]

Mereka menganggap cara mereka itu boleh membawa kebaikan. Mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itulah membawa kerosakan. Sesetengah mereka pula menggunakan hujah Maqasid Syariah. Apa dia maqasid syariah ini? Ia sebenarnya bermaksud tujuan-tujuan hukum syarak. Tujuan segala syariat Allah adalah untuk mencapai maslahah iaitu kebaikan di dunia dan akhirat.

Maslahah pula dibahagikan kepada tiga iaitu maslahah muktabarah, maslahah mulghah dan maslahah mursalah. Maslahah muktabar adalah maslahah yang ditetapkan syarak. Contohnya Islam mengsyariatkan puasa untuk memberi kebaikan kepada manusia. Firman Allah SWT:

وأن تصوموا خير لكم

“Dan kamu berpuasa maka itu adalah yang lebih baik bagi kamu.” [Al-Baqarah:184]

Maka tidak boleh menghapuskan puasa dengan alasan menjaga maslahah ekonomi, bimbangkan produktiviti terjejas akibat umat Islam berpuasa seperti yang ditetapkan oleh pemerintah Tunisia, Habib Borguiba satu ketika dahulu.

Kedua maslahah mulghah iaitu maslahah yang dibatalkan oleh syarak. Walaupun mencuri itu memberi kebaikan iaitu mendatangkan harta kepada si pencuri, tetapi ia dihapuskan oleh syarak kerana keburukannya yang lebih besar terhadap umat.

Ketiga maslahah mursalah. Maslahah yang tidak ditetapkan oleh syarak dan tidak dibatalkannya. Di sini sahajalah ruang yang boleh dibincangkan berdasarkan maqasid syariah selagi tidak bertentangan dengan syarak. – HARAKAHDAILY 19/8/2016

Petikan kuliah Jumaat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila, Marang pada 16 Zulkaedah 1437/19 Ogos 2016

ALANG IBN SHUKRIMUN | 19 Ogos 2016.

Gempaq!! Timbalan PAN 'Hilang Ingatan'

MANA SIFAT AMANAH TIMBALAN PAN KELANTAN

Meneliti posting Che Ibrahim Mohammed dalam media maya yang mempertikaikan kedudukan Datin Sabariah isteri kpd Arwah TgNA dalam PAS, Che Him dilihat amat Tidak Amanah Lagi Tidak Bertanggung Jawab

Che Him sebagai orang Arif Tentang Agama seharusnya berusaha memimpin laskar bawahan untuk memberi penjelasan, membangkitkan rasa tanggung jawab serta rasa amanah dikalangan laskar.. namun Che Him dilihat telah merendahkan taraf dirinya pada kelas laskar bawahan apabila gagal mengawal sifat GOPOH dan tidak berhati-hati.

Jika satu sahaja posting bolehlah di terima khilafnya, sebaliknya lebih 3 komennya di kesan.

Begitulah apabila menentang arus, ALLAH letakkan kehinaan kepadanya.

Che Him, elakkan diri anda dilihat seperti keldai tunggangan PAN.

Sila teliti kedudukan Datin Sabariah sbg muslimat dan aktivis PAS;

1. Muslimat PAS Pengkalan Chepa sejak 90an

2. Exco Muslimat PAS Kelantan

3. AJK Muslimat PAS Kawasan PAS Pengkalan Chepa

4. AJK Muslimat DUN Chempaka.

Maka, berdasarkan kedudukan beliau yg merupakan AJK, EXCO & AHLI PAS, bagaimanakah dakwaan songsang Panglima PAN ini terhadap Datin Sabariah? 

Layakkah kata2 seumpama ini dikeluarkan oleh individu berkedudukan panglima dlm PAN?

"Cari la wanita2 atau muslimat yg telah bertungkus lumus utk Pas nak buat contoh pun, Datin Sabariah tidak pernah jatuh setitik peluh utk Pas, bakpo nak heret dia dlm kemelut Pas?"

Untuk peringatan Che Him, Datin Sabariah merupakan kekasih hidup ATGNA yg bersama2 susah & senang dgn ATGNA? Siapa yang menjaga ATGNA? Siapa yang sentiasa menjadi pendamping kpd ATGNA di saat ATGNA kepenatan, kelelahan dlm berjuang utk PAS jika bukan Datin Sabariah yg merupakan teman setia kpd ATGNA?

Justeru, jika masih merasai sebagai seorang  mukmin, sebaiknya Che Him MEMOHON MAAF atas sikap gelojoh tersebut.

Buat Ybhg Datin Sabariah,
Masih ISTIQOMAH dan InsyaAllah hingga ke mati.

Muhasabah Sebelum Rebah.

Wallahuaklam.

HASSAN TSABIT II
Medan Ilmu TTDI
18/08/16

Thursday, August 18, 2016

Surat Panas Meletop!!!!

"Kepada Menteri Besar Terengganu , Datuk Ahmad Razif . 

Saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini. 

Terima kasih kerana tidak sudi membeli kan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio. Terima kasih juga kerana tidak memberikan feedback dan membisu apabila manager saya menghubungi Tuan Menteri Besar. 

Untuk pengetahuan Datuk MB, Saya dan Fatehah atlet bertaraf Dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh Datuk MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara. 

Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang Positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan. Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati Negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh."

- Azizulhasni Awang

Ini isu Islam, semua yang beriman bertanggungjawab

Kenapa mengaku beriman tak senada perjuang RUU 355?

Dasar PAS adalah Islam, semua gerak kerja politik PAS dipandu oleh Islam, jika bulan itu menerangi malam begitulah keyakinan PAS bahawa Islam itu menerangi kehidupan, tiada secerah suluhannya, dengan cahaya itulah PAS berpolitik.

Kalau PAS nak bersatu, sama ada dalam bentuk tahaluf atau taawun, maka yang pertama-tamanya PAS melihat akan melihat kebolehannya dari sudut syarak, boleh atau tidak boleh, biar syarak tentukan, bukan pakai nafsu semata, kalau nafsu semua boleh asalkan untung dunia, tapi syarak tidak begitu, ada boleh dan ada tak boleh.

Kedua, PAS akan lihat keuntungannya, bukan duit, tapi Islam, kalau merugikan Islam, PAS tak sedia nak bersatu, yang dah bersatu pun PAS akan keluar kalau sekiranya ia menyebabkan Islam rugi, apatah lagi kalau Islam itu dihalang dan dihina.

Tak salah nak bersatu dalam perkara ketaqwaan, biar sesiapa pun dia. Islam ajar kita supaya tolong menolong dalam perkara ketaqwaan dan bersatu dalam perkara ketaatan dalam semua perkara. Jangan sampai benci sehingga menolak kebenaran dan menolak kerjasama dalam perkara ketaatan kepada Allah SWT.

RUU 355 adalah sebahagian dari agenda Islam. Walaupun tidak menyeluruh tetapi dapatlah dilaksanakan sebahagian dari perundangan Islam. Kalau orang bukan Islam senada dalam menolaknya kenapa pula kita yang mengaku beriman tidak boleh senada untuk perjuangkannya.

Kalau benci kat sesiapa, jangan sampai dustakan kebaikan yang dia buat dan nafikan kebenaran. Kalau suka jangan sampai benarkan kejahatan yang dia buat dan benarkan kesalahannya. Islam mengajar kita begitu, kerana kebenaran itu adalah haq dan yang haq itu datang dari Allah SWT, bukan datang dari keputusan manusia.

PAS hanya ingin bersatu dalam perkara yang haq sahaja, PAS tak nak apa-apa dari Umno, selama ini PAS berlawan dengan Umno kerana nak tegakkan Islam. Begitu juga bila PAS bertahaluf dengan sesiapa, tujuannya adalah untuk Islam, sebab itu dasar PAS.

PAS sentiasa akan mengambil ruang yang ada walau di manapun celahannya, jika ia adalah peluang untuk Islam dapat diamalkan dan kebaikan pada ummah. Kini ruang itu telah terbuka sebahagiannya, tunggu dibahaskan untuk mendapat sokongan.

Kalau MP Islam bersatu untuk berikan sokongan, Insya Allah akan berjaya. RUU 355 akan berjaya jika dapat majoriti dan apabila MP Islam bersatu berikan sokongan meskipun bukan atas nama parti, tak perlu bagi PAS untuk sertai Umno atau mana-mana parti untuk dapatkan sokongan, ini isu Islam, semua yang beriman bertanggungjawab, hanya memadai bersatu di atas nama iman dan Islam.

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur.

Wednesday, August 17, 2016

PAS Hanya Bersatu Untuk Islam

Dasar PAS adalah Islam, semua gerakerja politik PAS dipandu oleh Islam, jika bulan itu menerangi malam begitulah keyakinan PAS bahawa Islam itu menerangi kehidupan, tiada secerah suluhannya, dengan cahaya itulah PAS berpolitik.

Kalau PAS nak bersatu, samada dalam bentuk tahaluf atau taawun, maka yang pertama-tamanya PAS melihat akan melihat kebolehannya dari sudut syarak, boleh atau tidak boleh, biar syarak tentukan, bukan pakai nafsu semata, kalau nafsu semua boleh asalkan untung dunia, tapi syarak tidak begitu, ada boleh dan ada tak boleh.


Kedua PAS akan lihat keuntungannya, bukan duit, tapi Islam, kalau merugikan Islam, PAS tak sedia nak bersatu, yang dah bersatu pun PAS akan keluar kalau sekiranya ia menyebabkan Islam rugi, apatah lagi kalau Islam itu dihalang dan dihina.


Tak salah nak bersatu dalam perkara ketaqwaan, biar sesiapa pun dia. Islam ajar kita supaya tolong menolong dalam perkara ketaqwaan dan bersatu dalam perkara ketaatan dalam semua perkara. Jangan sampai benci sehingga menolak kebenaran dan menolak kerjasama dalam perkara ketaatan kepada Allah swt.


RUU 355 adalah sebahagian dari agenda Islam. Walaupun tidak menyeluruh tetapi dapatlah dilaksanakan sebahagian dari perundangan Islam. Kalau orang bukan Islam senada dalam menolaknya kenapa pula kita yang mengaku beriman tidak boleh senada untuk perjuangkannya.


Kalau benci kat sesiapa, jangan sampai dustakan kebaikan yang dia buat dan nafikan kebenaran. Kalau suka jangan sampai benarkan kejahatan yang dia buat dan benarkan kesalahannya. Islam mengajar kita begitu, kerana kebenaran itu adalah haq dan yang haq itu datang dari Allah swt, bukan datang dari keputusan manusia.


PAS hanya ingin bersatu dalam perkara yang haq sahaja, PAS tak nak apa-apa dari UMNO, selama ni PAS berlawan dengan UMNO kerana nak tegakkan Islam. Begitu juga bila PAS bertahaluf dengan sesiapa tujuannya adalah untuk Islam sebab itu dasar PAS.


PAS sentiasa akan mengambil ruang yang ada walau dimanapun celahannya, jika ia adalah peluang untuk Islam dapat diamalkan dan kebaikan pada ummah. Kini ruang itu telah terbuka sebahagiannya, tunggu dibahaskan untuk mendapat sokongan.

Kalau MP Islam bersatu untuk berikan sokongan, InsyaAllah akan berjaya. RUU 355 akan berjaya jika dapat majoriti dan apabila MP Islam bersatu berikan sokongan meskipun bukan atas nama parti, tak perlu bagi PAS untuk sertai UMNO atau mana2 parti untuk dapatkan sokongan, ini isu Islam, semua yang beriman bertangungjawap, hanya memadai bersatu diatas nama Iman dan Islam.

17 Ogos 2016
Ditulis oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar

Saya dituduh mahu guling kerajaan negeri 

TAHUN-tahun awal saya berkhidmat sebagai wartawan, saya dihantar menjadi koresponden di sebuah negeri.
   
Lebih dua tahun saya di situ.
    
Antara yang banyak saya laporkan ialah tentang kelemahan ketua kerajaan dan kerajaan negeri itu. Berita baik yang memuji dan membela kerajaan pun banyak. Tetapi pembaca lazimnya kritis, tidak tertarik kepada berita yang memuji dan membodek kerajaan sekalipun mereka adalah penyokong kerajaan dan partinya.
      
Pada mereka pemberita yang memuji kerajaan adalah tukang bodek dan dianjurkan supaya bekerja saja dalam jabatan perangan kerajaan.
      
Kerajaan di mana-mana pun ada kelemahannya. Yang seratus peratus baik dan bekerja untuk kepentingan rakyat pula akan ada juga kekurangannya dan apa lagilah kalau ia sebuah kerajaan yang pincang.
      
Islam menganjurkan dalam kedaan yang sudah 100 peratus pun, Islam memperuntukkan masih perlu teguran bangkangan. Itulah sebabnya dunia media menganjurkan dimartabatkan kebebasan bersuara dan berakhbar supaya ia menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dan masyarakat.
     
Memang saya banyak melaporkan kelemahan kerajaan dan pemimpin. Orang yang marah pun ramai tetapi yang suka lebih ramai. Orang nampaknya menunggu setiap hari apa berita yang saya laporkan setiap hari. Orang atas saya di Kuala Lumpur pun menggalakkan saya membuat laporan yang kritis, terus terang dan bebas.
     
Pendek kata hampir setiap hari ada saja orang mengajak saya makan kerana suka dengan saya dan mereka itu memberitahu pula cerita baru untuk jadi berita.
      
Pembesar-pembesar negara dan orang kuat parti politik banyak menegur. Saya sedia menerima teguran tetapi saya tidak suka campur tangan orang luar.
     
Kegiatan saya itu mereka laporkan kepada ketua saya di Kuala lumpur. Maka saya banyak dinasihatkan supaya simbangkan pemberitaan itu. Memang saya pun tidak memuatkan yang buruk saja. Tetapi yang baik itu tidak banyak yang peduli. Yang buruk saja yang dibangkitkan.
     
Antara laporan mereka terhadap saya ialah saya anti kerajaan dan hendak menumbangkan kerajaan. Mereka telah mengundang pengarah akhbar datang berbincang dengan mereka tentang kegiatan saya. Antara yang mereka cadangkan ialah supaya saya dipecat.
      
Pengarah tidak memantau kerja harian saya. Yang memantau dan mengarah saya itu dan ini ketua pengarang. Pengarah minta pengarang buat sesuatu tentang saya.
      
Pengarang panggil saya ke ibu pejabat terus tempelak saya, ‘Kamu hendak menumbang kerajaan dan Menteri/Ketua Menteri.’ Saya diberitahu, mereka banyak menerima aduan tentang  saya.
    
Saya jawab, kalau saya mahu tumbangkan kerajaan, maka sayalah akan ganti Menteri atau Ketua Menteri.
     
Rupanya segala apa yang tidak menyenangkan mereka, mereka kira hendak menumbangkan kerajaan. Orang yang hendak menumbangkan kerajaan tidak boleh diberi ampun dan maaf.
     
Ketua saya tergelak dengan jawapan dan diapun tidak fikir saya hendak jadi ketua kerajaan.
    
Lalu dia mengarahkan saya. ‘Hujung bulan ini kamu dipindahkan ke Kuala Lumpur.’ Syukur saya  tidak dipecat bahkan dinaikkan pangkat. 

SUBKY LATIF
– HARAKAHDAILY 16/8/2016

RUU 355 : Kenapa Perlu Pinda

Pindaan RUU 355 Suatu Kewajiban

MUQADDIMAH

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin ? (Al-Maidah50)

1) LATAR BELAKANG RUU 355

Akta 355 dikanunkan pada tahun 1965 yang dikenali dengan Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah. Pada waktu itu hanya ada 2 bidang kuasa yang diperuntukkan iaitu denda RM1000 dan penjara 6 bulan.

19 tahun kemudian pada tahun 1984 dipinda dan diperluaskan lagi bidang kuasa jenayah kepada 3 tahun penjara RM5000 denda dan 6 sebatan maka disebut Akta 356

4 tahun kemudian ia diperluaskan ke sabah dan sarawak. 9 tahun kemudian diperluaskan tafsirannya sahaja.

Semua pindaan tersebut dibentang oleh kerajaan

RUU 355 2016 dibentang oleh TGHH pada 26 Mei 2016 setelah 32 tahun. Hanya melibatkan kesalahan zina, minum arak dan qazaf. Manakala bidang kuasa yang diperuntukkan hanyalah denda, penjara dan sebatan.

2) KENAPA PERLU PINDA

Memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah. Bidang Kuasa Mahkamah Syariah pindaan 1984 yakni 32 tahun yang lalu adalah lebih rendah dari bidang kuasa Mahkamah Majistret sedang Islam adalah agama persekutuan.

Sesuai dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen ke 13, Penggal ke 4 pada tanggal 7 Mac 2016 supaya Institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.

Agar bidang kuasa Mahkamah Syariah dipertingkatkan kepada tahap maksimum hukuman adalah selaras dan menepati Syariah Islam. (Jumlah denda, penjara dan sebatan tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri yang diputuskan melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing)

3) ADAKAH IA BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN

RUU 355 ini sah dan mengikut lunas-lunas perlembagaan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Ia menjadi polimik krn pertama kali dibentang oleh MP bukan kerajaan dan melangkaui 15 perkara.

Dalam perlembagaan fasa ke 3. Islam adalah agama negara. Maka umat Islam ada hak beramal dgn agamanya dan inilah hak asasi umat Islam.

Adakah ia sebagai jalan pintu belakang utk perlaksanaan hudud? Tidak, kerana ia dibentang secara terbuka di dalam parlimen yg ada kuasa Legislatif

4) WAJARKAH BUKAN ISLAM BIMBANG

Jika mereka bimbang dipaksa menerima pakai RUU 355....Maka ia adalah kebimbangan yang tidak berasas kerana Akta ini tidak mencampuri org bukan Islam dan jelas termaktub dalam perlembagaan bahawa mahkamah syariah tidak ada kuasa ke atas org bkn Islam.

Mereka tiada hujjah dan asas penentangan. Akhirnya mereka kata RUU 355 adalah Hudud...Tiada hujjah tapi tentang juga... Inilah kufur inad.

Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz
EXCO Lajnah Dakwah PAS Pusat
Bendahari PAS Kawasan Kuala Krau

Beruangpun Dapat RM2.3 Juta….Peneroka Felda Dapat Apa?

Simpati saya kepada seorang askar yang membuat satu laporan polis bagi meluahkan perasaan tidak puashati beliau berkenaan dengan atlit olimpik Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang mendapat ganjaran pencen sebanyak RM3000 seorang bagi pingat perak yang dimenangi mereka dalam acara terjun berpasangan beberapa hari lalu selain daripada wang sebanyak RM600 ribu berdasarkan insentif yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi pemenang pingat di Olimpik Rio.

Luahan beliau yang mengatakan bahawa terjunan mereka tidaklah sehebat terjunan para perajurit yang menggadaikan nyawa demi negara ini, ada benarnya. Tetapi jika dilihat pengorbanan kepada negara, tidak terhad kepada satu atau dua cara sahaja. Banyak cara lain yang boleh kita mengiktirafkan ianya sebagai pengorbanan kepada negara, tanpa kita merendah-rendahkan kesungguhan dan kerja keras mereka di dalam bidang mereka. Saya lihat di sini, ianya boleh diselesaikan dengan baik.

Tetapi saya suka mengajak semua askar, mahupun sesiapapun sahaja yang pernah berkorban kepada negara, untuk melihat satu perkara yang sewajarnya kita lihat sebagai satu tindakan yang tidak sesuai terutamanya dilakukan oleh sebuah syarikat yang sedang mengalami kejatuhan saham yang teruk, tetapi masih menyalurkan wang kepada perkara lain yang bukan keutamaan mereka.

Felda Global Ventures (FGV) baru-baru ini telah mengumumkan akan menyalurkan sebanyak RM460 ribu setahun selama lima tahun iaitu jumlah keseluruhannya ialah RM2.3 juta bagi projek menyelamatkan beruang matahari kembali ke habitat asal bersama perhilitan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bukan isu sikap kemanusiaan terhadap alam dan juga makhluk lain yang kita bincangkan di sini. Tetapi isu kemanusiaan dan juga tanggungjawab yang utama yang mesti FGV selesaikan dahulu. Isu seperti kejatuhan teruk saham FGV, yang dahulunya diwar-warkan sebagai satu syarikat yang bakal mengubah nasib peneroka. Peneroka saban kali di hidangkan dengan cerita-cerita kekayaan, tetapi mereka tetap seperti dahulu, tidak seperti yang diimpikan mereka.

Bagaimana pula dengan isu rumah bagi generasi kedua peneroka Felda? Berapa banyak rumah yang tidak berjaya dibuat, berapa banyak yang tidak berjaya disiapkan? Sedangkan Felda adalah simpanan tetap Umno pada setiap kali PRU.

Benar juga dakwaan sesetengah pihak, beruang di hutan disusukan, peneroka di tanah rancangan, bagaimana nasib mereka….sedih.

Kita bersetuju jika sekiranya mahu menyelamatkan beruang-beruang itu, tetapi biarlah syarikat yang lain yang melakukannya. Bukan FGV yang sudah banyak masalah itu dan ini. Simpati saya kepada bekas askar tadi tidaklah lebih simpati saya kepada peneroka-peneroka Felda ini. Kerana bekas askar itu terasa terkilan kerana atlit olimpik mendapat pencen.

Maksudnya bekas askar manusia, atlit olimpik juga manusia. Tetapi peneroka Felda, mereka terpaksa bersaing dengan beruang matahari. Setakat ini, saya tak pasti, adakah peneroka yang menang, atau beruang.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
12 Zulqaedah 1437 bersamaan 15 Ogos 2016

Felda Global Ventures – Siaran Akhbar: FGV Bantu Proses Pelepasan Beruang Matahari Ke Habitat Asal
http://www.feldaglobal.com/siaran-akhbar-fgv-bantu-proses-pelepasan-beruang-matahari-ke-habitat-asal/

Muslim Thailand lebih mudah tunai haji

MADINAH: Penduduk Muslim Thailand agak bernasib baik, tidak perlu menunggu lama untuk menunaikan ibadat haji.

Sedangkan rakyat Malaysia terpaksa menunggu sehingga sembilan tahun bagi membolehkan menunaikan haji.

Seorang jemaah haji dari Yala memberitahu penduduk Muslim Thailand tidak perlu menunggu lama untuk menunaikan haji seperti rakyat Malaysia untuk menunaikan haji.

Katanya penduduk yang mendaftar tahun ini pun boleh menunaikan haji.

"Saya hanya daftar tahun lepas untuk menunaikan ibadat haji. Namun tidak menunaikan haji lagi kerana belum cukup wang.

"Hanya tahun ini saya dan isteri datang menunaikan ibadat haji," kata Mohamad yang mengusahakan perniagaan tom yam di Pulau Pinang.

Beliau ditemui di Masjid Nabawi hari ini.

Menurutnya tahun ini jemaah haji dari Thailand seramai 8,000 orang.

Katanya Thailand sepatutnya mendapat kuota 10,000 orang, namun kerajaan negara itu memulangkan 2,000.

Beliau berkata kuota itu diberi kepada negara lain termasuk Indonesia dan Malaysia memandangkan mempunyai bilangan penduduk Muslim lebih ramai.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan jemaah haji penerbangan KT 18 hingga 21 dibawa melawat makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi dan tanah perkuburan Baqi. – HARAKAHDAILY 16/8/2016

Tuesday, August 16, 2016

Mengapa PAS tidak tiru macam Erdogan?

ADA yang bertanya, dan tidak kurang juga yang mempertikaikan mengapa Tuan Guru Presiden PAS tidak meniru langkah seperti Erdogan di Turki?

Kalau saya ditanya sedemikian, saya akan jawab secara mudah sahaja.

1.Kita berada di Malaysia, bukannya di Turki. Adakah sama suasana di sana dan di sini?
Perlembagaan di sana berakidahkan sekularisme dan Tentera sebagai pelindungnya sedangkan Artikel 3, Perlembagaan Malaysia sudah menyatakan dengan jelas Islam sebagai Agama Persekutuan. Adakah Islam dihalang dengan keras pelaksanaannya di Malaysia?

Mereka di sana berjuang dengan kondisi mereka, kita berjuang dengan kondisi di sini, bukankah ini dinamakan Fiqhul Waqi'?

2.Kita di sini sudah adanya PAS, sebuah parti yang telah menzahirkan dengan terang dan nyata dasar perjuangannya iaitu Islam, seawal penubuhannya pada tahun 1951. 

PAS di sini dibenarkan bergerak di pentas demokrasi walaupun ia masih tidak mencukupi. Berbeza dengan sistem negara Turki yang menghalang segala bentuk perjuangan yang berasaskan Islam.

PAS ialah PAS. Mengapa pula kita terpesona dan mahu mengikut acuan lain yang belum tentu sama dengan realiti kita?

Bak kata Tuan Guru Presiden PAS, 
"Maka, PAS bukan seperti Ikhwan Muslimin di negara Arab, bukan Jamaat Islami di Pakistan, bukan Jemaah Tabligh India, bukan Parti Saadat dan Adalat Turki, jauh sekali seperti Al-Qaeda atau Daish yang berjenamakan jihad tanpa ilmu dan bertafaqquh dalam perkara Islam,.......

Oleh itu, PAS dengan Islamnya mampu menghadapi adanya perbezaan tempat, keadaan dan masa. Maka, PAS tidak boleh terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang tidak selaras dengan situasi dan realiti daripada luarnya dan terus beristiqamah bersama Islamnya. 

Menjadikan PAS tidak terpesona dengan Revolusi Mesir 1952 dan terkini 'Arab Spring' yang hampir menenggelamkan Ikhwan, PAS juga tidak terpengaruh dengan Revolusi Iran menghadapi kediktatoran Shah Iran yang mengganas dan Mazhab Syiah Imamiyyah majoriti rakyatnya, PAS tidak terpengaruh dengan keadaan di Turki kerana tenteranya dijadikan pelindung sekularisme yang hanya menentang Islam sahaja supaya memerangi rakyat Turki yang berhasrat menjadikan agama Islam berdaulat di negaranya..." 

SYED AHMAD FADHLI | 16 Ogos 2016.
HARAKAHDAILY 16/8/2016

Rahsia Mukhriz Terbongkar!!!

Mahu Jadi PM Secara 'Fast Track'

ALOR SETAR: Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri secara 'fast track', dakwa bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat. 

Haris, yang juga bekas setiausaha kerja Umno Kedah mendakwa perjuangan bekas menteri besar Kedah itu turut didokong bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi laluan kepada anaknya. 

Haris berkata, rancangan tersebut bermula ketika pemilihan Umno pada 2013 yang menyaksikan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

"Saya adalah antara anggota jentera kempen Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden Umno pada 2013. 

"Ramai di antara kami berfikir elok bagi beliau bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi kerana kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda pada 2009," katanya pada persidangan berita di Pokok Sena kira-kira 20 km dari sini, Isnin.

"Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden, mereka salahkan Perdana Menteri (Najib)," tambahnya. 

Justeru, Haris berkata beliau tidak akan mengikut Mukhriz menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kekal bersama Umno.

"Saya tidak mengikut Datuk Seri Mukhriz kerana perjuangan saya bersama Umno. Parti Umno merupakan institusi bagi perjuangan politik Melayu," katanya. 

Haris mendakwa beliau melihat Parti Pribumi hanya satu platform bagi perjuangan cita-cita politik Mukhriz untuk menjadi perdana menteri. - Bernama

Monday, August 15, 2016

Panas!!! PAN Bakal Terkubor?

Tersebar dialam maya semua Ahli Parti Amanah Negara (PAN) akan diserapkan kedalam Parti DAP.

Sumber dalaman perbincangan pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS di Selangor.

Menurut sumber dari pimpinan PKR.. Ada beberapa siri perbincangan telah berlaku antara PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS.

Antara yg dibincangkan adalah mengekalkan kemenangan PR di Selangor. Persetujuan telah dicapai antara parti.

Antaranya:-
-bg mengekalkan kemenangan di Selangor.. Pkr akan bertanding dikerusi yg sama dlm pru 13. 

Dap akan bertanding di kerusi yg pernah ditandingi masa pru 13. 

Pas juga akan bertanding dikerusi yg pernah ditandingi dlm pru 13. 

Bersatu pula akan diberi kerusi dari DAP dan PKR utk ditandingi.

Tapi PAN dicadang oleh pimpinan DAP supaya dibubarkan dan pimpinan PAN diberi beberapa kerusi ehsan dari DAP. Ini kerana PAN tidak menonjol tidak mendapat sambutan dan tidak disukai oleh kebanyakan rakyat. 

PKR dan DAP risau jika PAN bertanding akan kalah. Oleh itu PAN akan diserap kedlm dlm DAP. Tapi pemimpin PAN tak setuju.

Kesian PAN. Takde kerusi. Hahaha..sakit perut aku gelak. Apa lah nasib PAN.

Sumber : https://m.facebook.com/profile.php?id=100000169609808&tsid=0.9830104412976652

Gagasan Sejahtera: Dukung impian masa depan negara

Impian ke arah negara Malaysia yang sejahtera dan mencapai kemakmuran dalam segala aspek memerlukan dukungan bersama seluruh rakyat. Tunjangnya bermula oleh pemerintahan yang berakar dari dasar negara nan teguh serta menjulang prinsip.

Demikian itu, Gagasan Sejahtera yang dibentuk dari kolaborasi PAS bersama IKATAN adalah permulaan baharu untuk sebuah kehidupan lebih bahagia dan menjadi aspirasi murni rakyat Malaysia demi masa depan negara tercinta ini.

Dimensi pendekatan berasaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang sedang diterap suburkan dari gagasan ini adalah harapan serta pembebasan kepada rakyat dan negara dari pelbagai belengu mencengkam selama ini.

Rakyat sudah penat, manakala negara semakin sakit oleh kemelut dan hiruk pikuk politik retorik yang disulam oleh keparahan pelbagai skandal, salah urus tadbir, penyelewengan dan pengkhianatan dalam perjalanan pemerintahan.

Kerajaan BN yang menerajui takhta lebih 5 dekad telah gagal menjadikan Malaysia sebagai naungan sejahtera buat warganya. Sebaliknya pelbagai beban kesukaran dan kepayahan terpaksa ditanggung, selain pelbagai gugatan ancaman terhadap keharmonian, keamanan, kestabilan dan kedaulatannya.

Maka, gagasan ini lahir tidak sekadar menyelamatkan pertiwi dan menunaikan tanggungjawab demokrasi. Tetapi menjadi solusi pemulihan yang akan mengangkat kembali dan meneguhkan negara dilandasannya menurut acuan Perlembagaan Malaysia.

Dengan itu, PAS Negeri Kedah menyeru keterbukaan dan kesediaan seluruh rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya, serta entiti masyarakat dan NGO-NGO untuk menjulang hasrat menjadikan Gagasan Sejahtera sebagai wadah kita bersama.

USTAZ DR AHMAD FAKHRUDDIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
12 Zulkaedah 1437 | 15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016

Jual saham Proton: Bisnes atau politik?

Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom? 

Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan desas-desus ini juga berkaitan dengan sentimen politik kem Najib (kerajaan) dan kem Mahathir-Muhyiddin (DRB-Hicom).

DRB-Hicom telah cuba memohon pembiayaan mudah daripada kerajaan berjumlah RM1.5 bilion sejak suku pertama tahun 2016. Namun, status pembiayaan tersebut masih belum jelas kerana kerajaan telah menetapkan pelbagai syarat untuk menstruktur semula perniagaan syarikat automotif negara termasuk membayar hutang kepada vendor-vendor Proton. Penjualan saham Proton juga boleh berlaku bagi mendapatkan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan keupayaan Proton ke aras yang lebih baik.

Persoalannya, ke manakah hala tuju Proton? Adakah desas-desus ini disebabkan oleh sentimen politik-bisnes yang sedang berlaku dalam Umno hari ini? DRB-Hicom sedang bergelut dengan komitmen kewangan yang tinggi akibat daripada prestasi jualan Proton yang semakin lemah disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Disebabkan itu, tidak mustahil penjualan keseluruhan atau sebahagian besar saham Proton boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya DRB-Hicom gagal untuk meneruskan komitmen perniagaannya.

Adakah hasrat penjualan Proton kepada pelabur luar adalah jalan terbaik untuk memulihkan status kewangannya? Adakah Proton boleh diselamatkan atau ia akan mengulangi nasib seperti MAS? Proton bukan sekadar syarikat automotif bahkan ia mempunyai nilai sentimen dan maruah rakyat serta negara. 

Saya berharap pelan pemulihan Proton mesti diagendakan supaya ia tidak lagi terus menanggung kerugian pada masa-masa akan datang.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
12 Zulkaedah 1437 | 15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016

Kerajaan Mesti Serius Tangani Kemiskinan Luar Bandar


1. Kerajaan mesti segera bertindak lebih serius bagi membela warga luar bandar khususnya keluarga golongan penoreh dan pekebun kecil getah, para petani, para nelayan, boroh kasar dan kakitangan awam bergaji kecil yang tinggal di luar bandar ini. Mereka adalah golongan yang mendapat kesan langsung kepada peningkatan harga barangan dan kemuraman pertumbuhan ekonomi negara.

2. Kerajaan perlu inovatif dan merangka program-program baru baru bagi meningkatkan pendapatan mereka dan ianya perlu diterjemahkan menerusi bajet 2017 yang bakal dibentangkan di parlimen bukan oktober nanti.

3. Sekiranya golongan ini tidak dibantu secara berkesan, tidak mustahil ia akan menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan luar bandar sedikit masa lagi.

4. Berdasarkan data-data yang diambil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kira-kira 26% atau 7.8 juta daripada jumlah penduduk di negara ini adalah kategori luar bandar dan 6.3 juta atau 79% daripadanya adalah merupakan etnik Bumiputera. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Kelantan, Pahang, Perlis, Terengganu dan Kedah mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu 53%, 45%, 40%, 37% dan 32% masing-masing.

5. Industri yang paling banyak penglibatan penduduk luar bandar ialah industri pertanian, perhutanan dan perikanan iaitu sebanyak 41%. Antaranya ialah sebagai penoreh dan pekebun kecil getah; selain pesawah dan nelayan.

6. Pada masa ini sahaja terdapat kira-kira 590,000 penoreh dan pekebun kecil getah di negara kita yang sedang berhadapan dengan masalah pendapatan untuk menyara kehidupan dan keluarga masing-masing berikutan kejatuhan harga getah semasa. Setakat minggu lalu, harga getah SMR 20 ialah 515.50 sen/kg manakala harga getah sekerap ialah 205.00 sen/kg.

7. Sepatutnya, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang akan diaktifkan jika harga purata bulanan getah SMR 20 berada pada paras RM5.50 sekilogram atau harga getah sekerap di peringkat ladang berada paras paras RM2.20 sekilogram dan ke bawah, diganti dengan skim penstabilan harga getah bagi menjamin harga getah sekerap berada pada nilai RM4.00 sekilogram bersesuaian dengan kos sebenar untuk mengeluarkan getah itu iaitu RM3.20 sekilogram. Kaedah dan alat yang digunakan untuk mengukur kandungan getah kering (dried rubber content, DRC) juga mestilah memenuhi ciri-ciri saintifik dan menjamin ketepatan; bukannya dibuat berasaskan kepada andaian atau anggaran sahaja.

8. Golongan nelayan pula hanya mengalami peningkatan pendapatan sebanyak 3.5% sahaja bagi tempoh 10 tahun. Kenaikan dengan kadar yang teramat sedikit ini menjadikan amat mustahil kepada para nelayan untuk memiliki pendapatan boleh guna yang mencukupi bagi memenuhi keperluan hidup mereka lebih-lebih lagi dalam suasana kenaikan kos sara hidup dan kesan kejatuhan nilai Ringgit dan pelaksanaan GST, bahkan mungkin akan lebih teruk setelah pelaksanaan penuh TPPA nanti.

9. Mendukacitakan, purata pendapatan bulanan nelayan bagi Negeri Terengganu adalah RM1,400 dengan sekumpulan besarnya berpendapatan antara RM518 hingga RM1250 sebulan. Nilai ini berada di bawah paras purata pendapatan nelayan negara iaitu RM1600 sebulan. Pendapatan nelayan Terengganu berada pada tempat ketiga terendah di Semenanjung Malaysia selepas Negeri Sembilan (RM1,240) dan Kelantan (RM1,300).

10. Masalah pencerobohan nelayan asing khususnya oleh warga Vietnam dan campurtangan orang tengah mestilah diberikan perhatian serius dan diselesaikan segera. Urusan pengeluaran lesen kepada semua nelayan pula perlu dipermudahkan bagi mengelakkan wujudnya nelayan tidak sah sehingga mengakibatkan mereka sukar atau tidak mendapat apa-apa bantuan yang disediakan.

11. CUEPACS pada awal tahun ini telah mendedahkan bahawa 12% kakitangan Kerajaan terikat dengan hutang along sejak 2012 dan terus bertambah berikutan faktor gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup. Merisaukan, jika demikian berlaku kepada golongan penjawat awam, tidak mustahil keadaan yang sama atau lebih teruk juga berlaku kepada warga luar bandar yang berpendapatan jauh lebih rendah.

12. Kerajaan mesti melakukan inovasi dan tranformasi dalam sektor pekerjaan 3D (dangerous, dirty and difficult) bagi memberi peluang dan menarik warga luar bandar khususnya golongan belia untuk bekerja dalam sektor ini yang kini sedang didominasi oleh warga asing terutama Bangladesh.

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus /
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
www.drtakiri.blogspot.com

Mengapa Gagasan Sejahtera Perlu Kekal Sebagai Blok Ketiga?

Gagasan Sejahtera (GS) telah dilancarkan. Secara realitinya GS yang menggabungkan PAS dengan Ikatan ini bukanlah suatu platform pembangkang yang mengancam sekurang-kurangnya buat masa ini. Kekuatan Ikatan belum meyakinkan. Orang hanya kenal Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Peminat politik tertanya-tanya sejauh mana beliau mampu menjadikan Ikatan sebagai sebuah parti yang mampu berdiri kukuh di persada politik negara.

Selagi GS tidak mendapat rakan sekutu yang lebih strategik terutama di Sabah dan Sarawak, GS sukar pergi jauh dalam politik cacamarba Malaysia kini. Seiring dengan itu, Ikatan wajar bekerja keras untuk meguasai Parlimen dan DUN yang akan ditandingi.

Walaupun GS bukan menjadi satu blok yang mencabar buat masa ini namun dengan kehadiran BERSATU, strategi politik PAS harus berubah. Mengikut kajian Sinar Harian, 30% undi UMNO akan berpindah kepada BERSATU. Kalau benar kajian itu, kekuasaan UMNO/BN akan tergugat di seluruh negara, lebih-lebih lagi apabila Dato Seri Shafie Afdal menubuh parti khusus untuk warga Sabah.

Senario ini menatijahkan bahawa GS tak perlu lagi berkompromi dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP dan sikap gergaji dua mata PKR. Malah GS juga tak perlu bekerjasama dengan BERSATU. Kenapa? Apakah ini semua perancangan Allah untuk memberi kemenangan besar kepada PAS dan GS kali ini? Wallahu’alam. Situasi ini tidak mustahil setelah Allah juga yang telah membersihkan dan menyelamatkan PAS dari tangan-tangan para durjana dan munafik politik.

Watak-watak yang menggerakkan BERSATU kebanyakannya terdiri daripada mereka yang alergik dengan PAS dan Syariah. Sekiranya GS bekerjasama dengan BERSATU akan timbul masalah besar dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan dan polisi bersama nanti . Mari kita ambil contoh di Terengganu. BERSATU akan minta untuk bertanding di beberapa kerusi. Kalau mereka hendak bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PKR semasa PRU13 dahulu, maka masalah tidak timbul. Penulis percaya bahawa BERSATU mahu bertanding di sebahagian besar kerusi di Terengganu. Apakah PAS bersedia untuk konflik baru yang saja dicari ini? PAS hendak menawarkan kedaulatan syariah. BERSATU hendak menawarkan apa?

Justeru, bagi penulis bukan sesuatu yang bijak bagi PAS/GS cuba mendekati BERSATU. Tidak perlu pemimpin BERSATU diberi ruang untuk memperkenalkan citra politik mereka di pentas-pentas ceramah PAS sepertimana yang pernah diberikan kepada Semangat 46 dan PKR suatu waktu dahulu. Halatuju BERSATU belum jelas. Malah belum ada tanda-tanda pemimpin mereka lunak terhadap PAS. Jangan nanti salah percaturan menjadi ‘backfire’ yang tak diundang.

Biarkanlah BERSATU ingin bergabung atau bekerjasama dengan PH. Itupun belum tentu PH akan terima. Perebutan kerusi dalam kalangan mereka akan berlaku. Siapa mahu bekorban kerusi untuk diberikan kepada parti Mahathir yang bernafsu besar? PKR? DAP? Andaikata BERSATU diberi ruang bertanding di kerusi-kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS, akibatnya nanti perang besarlah dengan PAN. PAN itu cacing yang hendak jadi naga. Maka dia akan cuba menghembus-hembus api dari mulutnya sampai terkencing.

Sekiranya BERSATU bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh PAS, maka pertanding 3 penjuru PAS-UMNO-BERSATU akan berlaku. Inilah yang penulis katakan sebagai perancangan Allah. Sesuatu yang suatu ketika dahulu peminat politik melihat PAS akan kalah besar dalam PRU14, tiba-tiba Allah zahirkan BERSATU. Teringat firman yang membawa maksud manusia merancang, Allah juga merancang. Dan Allah-lah sebaik-baik perancang.

Konklusinya, penulis hanya melontarkan pandangan akal yang cetek. Pemimpin di atas sana adalah mereka yang berilmu dan ada strategi yang tak perlu didedahkan. Justeru itu, keputusan pemimpin adalah yang terbaik. Penulis hanya taat dan istiqamah hingga kemenangan. Adapun motif tulisan penulis kali ini adalah untuk berkongsi pelbagai kemungkinan demi kemenangan Islam.

Pendapat | Oleh Wartawan BO

Bapa demo??? Kah kah kah

"TUNJUK PERASAAN MANA DAN BERKAITAN ISU APA ZAHID HAMIDI PERNAH TURUT SERTA?"

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang sinonim dengan beberapa aksi tunjuk perasaan pada tahun 70an berkata, beliau tidak ingat jika Zahid Hamidi turut pernah terlibat dalam mana-mana demonstrasi awam ketika itu.

Kena tanya dengan Zahid Hamidi sendirilah, kata beliau.

Antara demonstrasi yang pernah disertai oleh Ibrahim pada tahun-tahun 70an  ialah membantah kemiskinan di Baling dan menuntut ITM (sekarang UiTM) dinaikkan taraf sebagai universiti.

Berkaitan demonstrasi Baling, Ibrahim kemudian ditahan di bawah ISA bersama-sama dengan Anwar Ibrahim selama dua tahun.

Dalam politik pula, Ibrahim turut terlibat aktif dalam tunjuk perasaan sehingga tercetusnya huru-hara yang  menyebabkan UMNO dapat mengambil alih negeri Kelantan pada tahun 1978.

Ibrahim juga terlibat dalam tunjuk perasaan berkaitan isu pribumi dan menyebabkan sekali lagi ditahan di bawah ISA selama 60 hari pada tahun 1987.

Bagaimanapun kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau gembira jika Zahid Hamidi dapat menunjukkan demonstrasi mana yang pernah disertainya serta berkaitan isu apa tunjuk perasaan tersebut.

Tetapi, saya tidak ingat dan tidak pernah berjumpa beliau dalam mana-mana demonstrasi tahun 70an, tambah Ibrahim lagi.

Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang mengatakan demonstrasi jalanan tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah dalam negara kerana pernah berpengalaman sebagai "bapa demo" pada tahun 70an dahulu.

Malah Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lembah Pantai juga dipetik sebagai berkata, demonstrasi anjuran Bersih selama ini masih dikira kecil-kecilan saja.

Bukan nak menghina mereka, ini (merujuk dirinya) bapa demonstrasi dulu, ujar Zahid lagi.

Namun demikian, menurut Ibrahim, orang yang mungkin lebih mengetahui mengenai penglibatan Zahid dalam tunjuk perasaan ialah Hishammuddin Rais atau Ahli Parlimen Batu Pahat, Idris Jauzi yang mengetuai PKPIM ketika itu. (SH 14/08/2016).

PAS umum tolak gesaan kerjasama dengan Umno

PAS UMUM TOLAK GESAAN KERJASAMA DENGAN UMNO (15 OGOS 1989)

PADA hari ini dalam tahun 1989, akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan satu wawancara dengan Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor tentang isu politik semasa terutama berkait perpaduan orang Melayu. Dalam wawancaranya, Ustaz Fadzil Mohd Noor yang juga ADUN Bukit Raya, Kedah telah secara terbuka menolak gesaan pelbagai pihak supaya PAS membentuk kerjasama dengan Umno bagi mewujudkan perpaduan orang Melayu, sebaliknya beliau menegaskan bahawa PAS lebih berminat untuk bekerjasama dengan serpihan Umno, Semangat 46. Menurut beliau, PAS lebih selesa bersama Semangat 46 yang telah bersetuju menjadikan Islam sebagai landasan kerjasama, berbanding Umno yang mendukung kebangsaan sekular dan mahu membentuk kerjasama atas nama Melayu.

Isu kerjasama PAS-Umno ini timbul ekoran pengharaman Umno oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 yang menyebabkan Umno berpecah dua. Team A yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed telah membentuk Umno (Baru), sedangkan Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah membentuk Semangat 46. Kedua-dua parti bekas ahli Umno ini bersaing pengaruh dan cuba mendekati PAS. Hubungan PAS dengan Team B Umno telah terbentuk sejak akhir 1988 apabila pemimpin PAS dan Team B Umno bertemu dalam Majlis Makan Malam Pemikir Ummah pada 23 Disember 1988. Ekoran itu, pada 6 April 1989, Timbalan Presiden Umno, Abdul Ghafar Baba telah mendedahkan kesediaan Umno yang mahu berunding untuk bekerjasama dengan PAS. Memberi respon terhadap kenyataan pemimpin nombor dua Umno (Baru) itu, Ustaz Fadzil Mohd Noor pada 6 April 1989 berkata PAS sedia untuk berunding jika dijemput.

Isu kerjasama PAS-Umno ini telah berbangkit dalam sejak awal 1987 ketika Umno sedang dibicarakan di mahkamah. Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad telah mencadangkan supaya PAS bekerjasama dengan Umno membentuk Barisan Islamiyah, kemudian pada 21 Ogos 1988, beliau sekali lagi membuat seruan yang sama dalam Persidangan Agung Perpaduan dan Politik Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat, tetapi cadangan beliau tidak mendapat sambutan daripada PAS. Sebaliknya, pada 9 Oktober 1988, PAS bersetuju menerima cadangan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri supaya PAS membentuk kerjasama dengan Team B Umno, yang membawa kepada berlangsungnya Majlis Makan Malam Pemikir Ummah pada akhir 1988. Persetujuan PAS ini membawa kerjasama tidak rasmi dengan Semangat 46 dalam pilihan raya kecil di Ampang (28 Januari 1989) dan Teluk Pasu (25 Jun 1989), selain penganjuran Seminar Perpaduan Ummah (20 Oktober 1988) dan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (28 Oktober 1988).

Pendirian Ustaz Fadzil Mohd Noor yang disiarkan pada 15 Ogos 1989 ini adalah berkait rapat dengan keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 April 1989 yang menolak kerjasama dengan Umno kerana parti sekular itu gagal menyatakan dengan jelas isu yang hendak dirundingkan, lebih-lebih lagi ketika itu PAS sedang berunding dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), sebuah gabungan politik Semangat 46 dan Berjasa. PAS turut melihat bahawa rundingan dengan Umno tidak memberi banyak manfaat kerana dasar nasionalisme dan pragmatisme yang diamalkan oleh Umno. Dalam wawancaranya yang disiarkan pada 15 Ogos 1989 itu, Ustaz Fadzil Mohd Noor menjelaskan sikap PAS yang menolak kerjasama dengan Umno walaupun parti itu lebih kuat dari Semangat 46. PAS menghargai kesediaan Semangat 46 untuk menerima Islam sebagai asas kerjasama, sedangkan PAS sedar bahawa Umno tidak akan tunduk kepada kehendak PAS kerana mereka adalah parti pemerintah. Serentak dengan pernyataan sikap PAS ini, sebuah lagi serpihan PAS, Hamim telah mengumumkan pada 15 Ogos 1989 ini untuk meninggalkan BN dan bergabung dalam APU.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016


PAS Selangor yakin Gagasan Sejahtera dikongsi rakyat

PAS Selangor mengalu-alukan penubuhan Gagasan Sejahtera atau Gagasan yang dipimpin oleh PAS dan buat masa ini dianggotai oleh PAS dan Ikatan.

Penubuhan Gagasan yang merupakan blok ketiga memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia.

Ia juga bermakna lebih banyak bentuk penyelesaian kepada masalah negara akan dibentangkan kepada rakyat.

Ia akan menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di Malaysia

Kewujudan berbilang blok politik bukan satu perkara yang asing di negara-negara maju.

Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin politik perlu mengambil sikap yang terbuka dengan penubuhan Gagasan.

PAS Selangor yakin Gagasan akan berkembang dengan lebih banyak parti politik sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Malah kami yakin Gagasan akan didukung oleh NGO-NGO dan tokoh-tokoh yang berpengaruh.

Aspirasi Gagasan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang gagal dilakukan oleh Barisan Nasional dikongsi oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
12 Zulkaedah 1437 / 15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016

Skim sewa beli: Pusat ‘ketinggalan’, Selangor dah lama laksana

SHAH ALAM, 15 OGOS: Skim sewa beli tanpa deposit dilaksanakan Kerajaan Pusat disifatkan sebagai ‘ketinggalan’ ekoran sistem seumpama itu sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak 2015.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata Selangor menawarkan skim sewa beli DanaSel tanpa memerlukan deposit dan membantu pembeli yang gagal mendapat pinjaman bank.


“Tindakan Kerajaan Pusat ini ketinggalan. Ini menunjukkan Selangor sentiasa peneraju kepada negeri lain dalam melaksanakan apa jua tindakan,” katanya kepada SelangorKini.

Menerusi DanaSel, Kerajaan Negeri akan membeli rumah yang hendak dibeli dan disewakan sementara mereka layak mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah berkenaan.

Akhirnya, Kerajaan Negeri akan menjual rumah itu dengan harga jualan yang telah ditolak sebahagian dari sewa yang telah dibayar.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk melaksanakan skim itu.

Setakat ini, seramai 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam dan 116 peneroka di Kampung Batu 8, Hulu Kelang ditawarkan skim terbabit.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem sewa beli tanpa bayaran deposit.

-nR-
SelangorKini

Hasil negeri positif, catat kutipan 82.49%

SHAH ALAM, 15 OGOS : Prestasi kewangan negeri sehingga awal Ogos ini terus mencatakan pertumbuhan positif dengan jumlah kutipan sebanyak RM480 juta, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, jumlah tersebut direkodkan menerusi kutipan hasil RM1.86 bilion, berbanding jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.38 bilion.


“Ini bermakna, Kerajaan Negeri mencatatkan kutipan hasil sebanyak 82.49 peratus (RM1.86 bilion) berbanding jumlah anggaran terimaan hasil tahun 2016 sebanyak RM2.25 bilion,” katanya.

Daripada jumlah itu, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan rizab perbelanjaan negeri diurus secara positif demi kelangsungan ekonomi negeri.

Katanya, tumpuan Kerajaan Negeri untuk terus mempelbagaikan sumber pendapatan baru sebagai nilai tambah kepada pendapatan yang lebih maksima.

“Cabaran utama Kerajaan Negeri pada masa yang akan datang ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan baru selain hanya bergantung kepada hasil tanah,

“Namun fokus utamanya kita perlu meneruskan perancangan ekonomi jangka panjang yang strategik dengan unjuran tepat supaya kita tidak membentangkan belanjawan tambahan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri juga kini mensasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM6 bilion menerusi pelbagai program dan inisiatif jangka panjang menarik pelaburan di Selangor.

Mohamed Azmin berkata, aspek pelaburan negeri berpontesi besar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih mampan dan berdaya saing.

-nR-
SelangorKini

Pulok Doh : DAP sedia kerjasama dengan parti baru Mahathir

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: DAP sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perjuangan melawan rasuah, menegakkan keadilan serta membina kerajaan yang cekap dan telus, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata DAP selama ini bersama rakan-rakan yang lain telah bekerja keras untuk membongkarkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar rakyat semakin celik dengan penyelewengan dilakukan UMNO-Barisan Nasional.

“Itulah sebabnya Datuk Seri Najib dan penyokong-penyokong beliau terus menyerang DAP sebagai parti anti-Melayu,” ujar beliau, menempelak tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa DAP kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.

“Mereka mahu terus memperbodohkan rakyat, mempertahankan jawatan mereka, terus menikmati rezeki haram serta mengelak sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mempersoalkan bagaimana Parti Bersatu yang ditubuhkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu bekerjasama dengan DAP yang dituduhnya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

Menepis tohmahan tersebut, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menjelaskan, pengkhianat Melayu yang terbesar sebenarnya ialah UMNO sendiri yang telah mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat, terutama orang Melayu.

Kata beliau, Najib dan UMNO terpaksa menggunakan tuduhan-tuduhan liar berbaur perkauman bagi mengkaburkan krisis utama yang melanda negara hari ini, iaitu skandal 1MDB.

“Sehingga ke hari ini, Najib tidak mampu memberi sebarang bukti bahawa DAP telah menentang hak dan kepentingan orang Melayu.

“Malah, di Pulau Pinang, kami telah membuktikan semua rakyat tanpa mengira bangsa dilayan secara adil dan saksama. Kerajaan Pakatan di sana telah meningkatkan peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam daripada hanya RM13 juta di bawah BN kepada lebih RM50 juta hari ini,” tegasnya.

“UMNO hari ini merupakan contoh peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO dan Najib telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk memperkayakan saudara-mara, kroni-kroni dan diri mereka sendiri,” ujarnya. – Roketkini.com

Tubuhlah lebih banyak parti baharu'

PADANG RENGAS - Penubuhan parti politik baharu di negara ini dilihat memberi peluang lebih besar kepada Umno untuk menang pada PRU14.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pihaknya menggalakkan lebih banyak parti baharu ditubuhkan, malah berharap Datuk Seri Shafie Apdal akan menubuhkan parti baharu seperti dilakukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, penubuhan parti baharu tidak akan memecahkan Melayu, sebaliknya ia hanya akan memecahkan pembangkang kerana pastinya mereka akan berebut kerusi dalam pilihan raya.

“Saya mempunyai pandangan berbeza kerana saya menggalakkan lebih banyak parti ditubuhkan. Lebih banyak parti, mereka akan termasuk dalam golongan pembangkang.

“Lebih banyak parti ditubuhkan oleh penderhaka-penderhaka adalah lebih baik kerana sudah tentu mereka akan berebut antara satu sama lain dalam isu kerusi yang ingin mereka bertanding,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas di MRSM KUala Kangsar, semalam.

Mohamed Nazri berkata, sejarah menunjukkan mereka yang derhaka kepada sesuatu institusi akhirnya akan kecundang seperti yang pernah berlaku kepada pemimpin-pemimpin besar terdahulu.

Katanya, meskipun menyesal dengan perbuatan mereka dan kembali kepada parti, namun mereka tidak lagi boleh menjawat kedudukan tertinggi kerana tindakan sebegitu dikeji masyarakat Melayu.

“Sebab itu kesetiaan itu amat penting. Saya rasa majoriti ahli Umno setia pada parti dan kesetiaan dari peringkat akar umbi memang sudah cukup mantap.

“Perkara ini (kesetiaan kepada Umno) harus diingatkan kepada pemimpin kerana yang banyak menderhaka kepada parti adalah pemimpin seperti (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Muhyiddin, Shafie Apdal, (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) dan (bekas menteri Tan Sri) Rafidah Aziz.

“Pada saya, saranan untuk berlaku setia mesti dibuat kepada pemimpin. Ahli-ahli biasa tetap setia. Itu sebab (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kekal kerana adanya ahli yang setia dengan parti,” katanya. SH

Panas!!! Najib Tukar MB Terengganu November Ini?

Najib Janji Tukar MB Pada Bulan November Ini?

Nampaknya memang benar apa yang didakwa bahawa Persidangan Dewan Undangan (Sidang DUN) yang berlangsung dengan aman pada minggu lepas, bukan ukuran tamatnya krisis dalaman pentadbiran negeri.

Usai perhimpunan wajib wakil-wakil rakyat yang bersejarah dengan hanya ‘bersidang selama tiga setengah jam’, ADUN Ajil Ghazali Taib dilaporkan berkata, “awal lagi tiup wisel, mainan tak habis lagi”.

Beliau mungkin membuat komen tersebut berikutan Menteri Besar (MB) Ahmad Razif Abdul Rahman yang telah mengisytiharkan, bahawa isu membabitkan kepimpinan Umno Terengganu telah selesai.

Komentar sebuah akhbar nasional berbahasa Inggeris menyatakan, Ahmad Said “berundur, untuk waktu ini” dengan tidak membuat sebarang tindakan, tidak bercakap dalam Sidang tersebut dan hanya berkata “tidak tahu” apabila ditanya oleh orang media.

Sumber dari Selatan negeri menyatakan, Ahmad Said akan terus mendesak dan melakukan beberapa ‘move’ untuk menekan Umno pusat supaya, Ahmad Razif mengosongkan kerusi panas ‘Tingkat 16’ di Wisma Darul Iman.

Sekiranya Perdana (PM) Menteri Dato’ Seri Najib Razak tidak membuat sebarang perubahan, “ada kemungkinan beliau akan akan menghadap Sultan”, kata sumber itu.

Memang sudah terang lagi jelas, Ahmad Said tidak mahu kepada pilihan raya negeri, kerana sekiranya ada pilihan raya, Umno akan memilih calon-calon untuk bertanding.

Nama beliau, dengan segala ‘onar’ yang ditimbulkan, sudah pasti ’tidak naik’ untuk mempertahankan semula kerusi DUN Kijal.

Namun, untuk memastikan beliau terus boleh menarik nafas, menghirup udara nyaman dalam ‘istana biru di tepi bukit’ sebagai Yang Berhormat pada penggal akan datang, Ahmad Razif perlu disingkirkan.

Sangatlah ‘tidak cerdik’ kepada Ahmad Razif selaku Pengerusi Perhubungan Umno negeri mengekalkan Ahmad sebagai calon pada pilihan raya umum kali ke-14, yang dijangka ramai pihak akan diadakan pada tahun hadapan.

Sebab itu, terus kedengaran ucapan-ucapan beliau yang ‘mencerca’ pentadbiran Ahmad Razif, walaupun membenarkan Sidang DUN ‘tiga setengah jam’ berlangsung dengan aman.

Tak ada gunanya pun, kalau Ahmad Said mencuri masa yang terlalu singkat itu, kerana tidak sempat pun belau nak menghuraikan soal Ahmad Razif yang didakwa telah bersetuju dan menandatangi penyerahan ‘Bertam 307’.

Ahmad Razif pula dikhabarkan sudah dua kali bertemu PM dan menyatakan hasratnya untk mengundurkan diri, dari tampuk kekuasaan negeri.

Tetapi tidakan itu juga tidak meredakan ‘ribut Umno’ Terengganu, bahkan ‘mempalitkan lumpur’ ke muka Najib yang dilaporkan telah menolak nama calon MB dikemukakan oleh Ahmad Said sebelumnya.

Khabar baru bertiup kencang pula tentang pertelagahan dalam Umno Terengganu dengan lewat minggu lalu, datang berita mengatakan negeri Terengganu akan mendapat Menteri Besar baru akan pula?

Menurut satu sumber, satu pertemuan telah diadakan antara Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dengan lapan orang ‘penyokong tegar’ ADUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said.

Katanya, perjumpaan tersebut dibuat, sempena mesyuarat Exco yang diadakan di Johor Bahru pada Rabu lalu.

“Najib Razak panggil lapan orang yang dianggap sebagai orang kuat Ahmad Said, bahawa Najib bersedia……….janji untuk tukar Menteri Besar pada bulan November ini,”kata sumber itu.

Mahathir Yang Pelik, Gelabah dan Berpura-pura di IJN?

1. Mahathir MUNGKIN berpura-pura sakit serius dan masuk Ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapat simpati rakyat ketika perbalahan politik kian besar dengan penubuhan parti beliau sendiri.

2. Mana mungkin orang berusia lebih 90 tahun lebih dan berhadapan sakit jantung yang serius di IJN boleh menulis dua hari sekali mengenai politik negara. Sejak masuk IJN pada 9 Ogos 2016, Mahathir telah menulis pada 10, 12 dan 14 Ogos 2016. Hebat Mahathir!

3. Dalam entri terbaru berjudul, “Campur Tangan Asing” Mahathir menulis, ” Seperti biasa Najib gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salahlaku olehnya didedah. Demikian pendedahan yang dibuat oleh Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan salahguna wang oleh keluarga dan kawannya dan oleh “Malaysian Official 1” yang semua tahu ialah Perdana Menteri Najib sendiri.”

4. Mahathir di IJN percaya Mohd Najib sekarang menggelabah dengan pendakwaan DOJ ke atas empat orang individu. Sedangkan Mohd Najib di luar bukan sahaja seperti biasa menghadiri program-program dalam negara, malah berada di Indonesia minggu lalu dan berhadapan dengan wartawan-wartawan asing seperti biasa.

5. Mungkin yang gelabah ialah Mahathir sendiri. Jika tidak masakan beliau perlu berpura-pura sakit serius sehingga dimasukkan ke IJN. Jika benar beliau sakit juga, jelas beliau yang gelabah kerana ketika sakit dan dirawat pun beliau terpaksa menulis setiap dua hari menyerang Mohd Najib.

6. Dalam entri terbaru itu juga Mahathir terpaksa tampil mempertahankan tindakan Departmen of Justice Amerika Syarikat(DOJ). Bekas Perdana Menteri Malaysia ini menulis bertentangan segala-galanya dengan pandangan beliau semasa menjadi Perdana Menteri dan menganjurkan seminar “The Kuala Lumpur Initiative to Criminalise War”.

7. Jika dulu US dan media mereka dianggap mempunyai agenda menjatuhkan pemerintah negara asing, hari ini media US dianggap Mahathir sebagai pejuang kebenaran kerana ia sesuai dengan agenda beliau.

8. Kasihan Mahathir, diakhir-akhir hayatnya, beliau terpaksa menelan segala kenyataan-kenyataan lama beliau. Beliau terpaksa bersahabat dengan semua musuh-musuh politik beliau kerana mahu menjatuhkan Mohd Najib.

9. Selepas IJN siapa pula akan menjadi kambing hitam membantu Mahathir meraih simpati seperti mana Nik Sapeia Nik Yusoff lakukan pada zaman Pak Lah?

Oleh Amin Yatim KMU

Bagaimana PAS memahami keadilan

Menentang kezaliman adalah seruan utama semua parti politik pembangkang. Parti pemerintah pula akan menggunakan kata 'menegakkan keadilan' sebagai seruan mereka. Dengan erti, kedua-dua seruan tersebut adalah modal utama dunia politik untuk menarik undi rakyat.

Hidup ini adalah campur baur di antara betul dan salah, benar dan bohong serta adil dan zalim. Tiada manusia yang suka mereka hidup dibohongi dan dizalimi. Orang jahat pun akan marah apabila mereka dizalimi dan dikhianati.

Timbangan atau neraca kehidupan yang sejahtera adalah apabila kebenaran dan keadilan berjaya ditegakkan. Walaupun manusia cintakan keadilan, tetapi mereka sukar melaksanakannya kerana kecenderungan melampau untuk memihak kepada diri sendiri atau kumpulannya. Manusia sukar mengekang kehendak nafsu dirinya yang begitu mementingkan keseronokan diri tanpa menghiraukan hak orang lain.

Penjarahan terhadap hak akan semakin besar akibatnya apabila ianya melibatkan kelompok yang besar. Masyarakat akan menanggung kehidupan yang malang dan teruk apabila keadilan diketepikan, manakala kezaliman berleluasa tanpa sekatan.

Kezaliman awal yang tidak disekat akan mempercepatkan kezaliman seterusnya dan akhirnya mencetuskan musibah dan malapetaka yang buruk. Kehidupan menjadi satu azab yang tidak pernah diimpikan oleh manusia.

Justeru menegakkan keadilan adalah isi besar perjuangan untuk membina kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Mereka yang memilih untuk tidak berbicara mengenai keadilan sejagat sebenarnya adalah penyumbang kepada berleluasanya kezaliman. Nafsu manusia tidak akan berhenti membuas selagi mana tiada sekatan ke atasnya.

Kerana itulah Allah mengingatkan manusia bahawa sebaik-baik bekalan hidup adalah taqwa kepadaNya. Taqwa tugasnya adalah menyekat hawa nafsu daripada berkuasa ke atas diri. Nafsu yang terkawal akan memudahkan iman menggerakkan tubuh manusia untuk melakukan kebaikan dan keadilan.

Islam mempertegaskan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Di dalam al Quran, Allah menegaskan betapa penciptaan langit dan bumi, kesejahteraannya yang disaksikan hari ini adalah kerana wujudnya neraca yang menentukan keseimbangan aktiviti alam raya ini.

Oleh kerana manusia diberi tugasan memakmurkan muka bumi, maka Allah menyeru manusia supaya memperkasakan neraca keadilan di dalam kehidupan dan jangan sesekali melampaui batas.

"Dan langit itu Dia angkatnya tinggi lalu Dia letakkan al mizan (neraca) agar kamu tidak melampau di dalam menimbang(menegak keadilan)." (Surah al-Rahman: 7-8)

Walau bagaimanapun manusia sendiri sukar untuk melihat keadilan secara menyeluruh dan membina satu sistem yang sempurna yang dengannya mereka mampu melaksanakan tugas menegakkan keadilan ke atas semua manusia tanpa kecuali.

Kita boleh melihat tunggang langgang dunia hari ini di dalam melaksanakan keadilan yang dilaungkan mereka. Masing-masing mendakwa merekalah wira dan jaguh keadilan. Tetapi apabila diperhatikan, mereka jugalah yang menjadi punca ketidakstabilan dalam kehidupan.

Amerika dan dunia barat berusaha mempromosi gaya hidup mereka yang melihat kebebasan individu sebagai asas keadilan dan kesejahteraan. Tetapi hakikatnya dunia barat semakin parah dengan masalah sosial, ekonomi dan kekeluargaan yang parah. Semakin ditiru gaya hidup mereka, semakin penyakit merebak di dalam masyarakat yang meniru mereka termasuk di negara kita ini.

Justeru Islam mengajak manusia supaya kembali kepada pengenalan maksud dan inti keadilan yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al Quran. Ternyata Allah maha tahu bahawa bukan daya dan upaya manusia untuk menjiwai dan memahami keadilan sejagat dengan hanya mengerahkan akal dan kebijaksanaan mereka sendiri. Manusia memerlukan bantuan daripada sang pencipta yang maha mengetahui segala sesuatu dan maha adil di dalam hukumanNya.

Secara ringkasnya, Islam mempertegaskan bahawa keadilan bermula daripada binaan hidup yang benar dan hakiki. Sebagaimana seorang individu yang berjaya dan menyumbang kepada kemajuan negara bermula daripada hubungannya yang benar bersama ibu bapa dan ahli keluarganya, begitulah keadilan hidup ini mesti dibina di atas hubungan yang benar di antara makhluk dan penciptanya.

Kezaliman bermula apabila manusia menolak kehadiran tuhan penciptanya di dalam hidupnya. Menjayakan kehidupan dengan menolak Allah adalah kezaliman yang paling besar.

Di dalam al Quran, Allah menyatakan bahwa kezaliman yang paling besar adalah syirik kepada Allah.Ia kebenaran yang nyata bahawa seseorang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya adalah individu yang tidak layak digelar wira dan orang mulia. Begitulah hamba yang menderhakai Allah.

Apabila anda memahami asas ini, maka ketika anda melihat kemelut dunia politik yang bersimpang siur seruan dan jalan politiknya daripada parti-parti politik yang saling bertentangan, anda sayugia segera memahami dengan mudah kenapa PAS berbeza daripada yang lain di dalam menilai maksud keadilan di dalam perjuangannya.

Ketika parti-parti lain melihat dan memperjuangkan keadilan di dalam negara dengan pelbagai teori dan cara, PAS kekal dan terus menekankan aspek keadilan terhadap hak Allah dan ugamanya. Maksudnya, bicara keadilan sesama manusia adalah gagal selama mana manusia melihat kehadiran Allah sebagai campur tangan yang merosakkan usaha mereka menegakkan keadilan.

PAS menyeru agar umat Islam kembali kepada al Quran. Di situlah petunjuk yang akan memandu mereka melihat keadilan secara menyeluruh dan lebih saksama. Dengan kekuatan al Quran sebagai sumber pemikiran dan tenaga, keadilan bukan sahaja ditemui, malah mampu ditegakkan oleh penguasa yang telah mengikat dirinya yang bertaqwa kepada Allah. Dia tidak lagi tersadung oleh ketakutan, kasihan belas, pilih kasih dan kecenderungan nafsunya yang akan memesongkannya daripada menegakkan keadilan.

Hukum syariah yang termaktub di dalam al Quran dan hadis adalah neraca dan contoh daripada Allah agar manusia berpandu kepadanya. Semakin manusia melaksanakan yang nyata di dalam al Quran, semakinlah manusia disuluh oleh Allah dengan suluhanNya untuk melihat keadilan yang tidak dinyatakan secara nyata di dalam al Quran, malah Allah hanya menyuruh manusia mengerah akal fikirnya untuk mencari dan menegakkannya.

Inilah perbezaan nyata perjuangan parti PAS daripada yang lain. Selebihnya adalah titik-titik persamaan yang akan mendorong kepada kerjasama dan muafakat yang lebih dekat sesama parti-parti politik demi menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. 

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ 
- HARAKAHDAILY 14/8/2016

Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Selepas Ali Tinju tawar kerja amal, Jamal umum cetak 50,000 baju

KUALA LUMPUR : Selepas Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom menyasarkan 5,000 belia melakukan “kerja amal” yang menawarkan RM10 sejam, kini Ketua Gerakan Merah Datuk Jamal Md Yunos mengumumkan 50,000 ribu baju sudah tercetak untuk peserta tunjuk perasaan.

“Ini bukan main-main. Ini perkara serius,” tegas Jamal, yang kemudian menunjukkan baju merah yang akan dijual RM10 sehelai itu seusai sidang media.

Menurut Jamal, produknya itu boleh didapati di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia akan dipakai peserta Himpunan Merah 2.0, yang diadakan sebagai jawapan kepada tunjuk perasaan Bersih 5.0 nanti.

Rancangan untuk mengadakan Bersih 5.0 timbul susulan inisiatif Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mahu merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dikaitkan kepada 1MDB.

Menjawab rancangan itu, Gerakan Merah berkata pihaknya akan mengadakan himpunan balas bagi membantah cubaan Bersih 5.0 mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

“Kami tidak teragak-agak turun beramai-ramai pada hari, waktu, tempat dan masa yang sama,” kata Jamal kepada pemberita di perkarangan PWTC hari ini.

Himpunan Merah tahun lalu dilaporkan disertai lebih 50,000 orang peserta. Kali ini, Jamal mendakwa inisiatif Gerakan Merah mendapat sokongan daripada gabungan badan-badan bukan kerajaan seluruh negara.

Sebelum ini pada 9 Ogos lalu, Ali Baharom menyasarkan 5,000 belia untuk diturunkan ke program balas Bersih 5.0. Ditawarkan RM10 sejam, belia itu nanti akan memakai baju “Mempertahankan kerajaan, pemerintah dan negara” sepanjang melakukan ‘kerja amal’ di program tersebut.

Sementara di pihak Jamal pula, satu jelajah bakal diadakan bagi mengembleng kehadiran yang lebih ramai berbanding Himpunan Merah tahun lepas.

“Sehingga hari ini saya telah mengumpul 58,000 orang yang telah pun mengatakan bersetuju,” katanya.

Ditanya mengenai potensi pertembungan antara peserta kedua himpunan aman itu, Jamal berkata reaksi Gerakan Merah bergantung kepada tingkah laku peserta himpunan Bersih 5.0.

“Kalau mereka ikut peraturan kami ikut peraturan, tapi kalau mereka tidak ikut peraturan kami juga apa salahnya,” jawab Jamal.

Ditanya samada Gerakan Merah akan berunding dengan penganjur Bersih 5.0 supaya penganjuran acara masing-masing berjalan lancar, Jamal berkata pihaknya tidak mahu bertolak-ansur dengan “orang-orang hutan”.

“Kita dah bagi tahu untuk menumbangkan kerajaan mengantikan kerajaan mestilah menggunakan sistem demokrasi melalui Pilihan Raya Umum bukan menghasut rakyat turun ke jalanan,” tegasnya.

Penganjur Bersih 5.0 belum menetapkan tarikh himpunan aman mereka, begitu juga kumpulan Ali Baharom dan Jamal Yunos. FMT

Pemfitnah hidup aman, mangsa tanggung beban

Sudah menjadi kelaziman, fitnah bertebaran tanpa sempadan yang akhirnya mendatangkan beban yang tidak bertepian kepada mangsa sepanjang zaman.Fitnah, seperti strategi ‘tembak dan lari’ (hit and run). Pelurunya paling tidak mengena tepat, tempiasnya sudah cukup mendatangkan azab.

Terpalit imej, maruah dan lukanya juga calar kepada anak isteri, kumpulan ataupun organisasi.

Dalam banyak peristiwa atau kes, lazimnya pemfitnah terlepas dan mangsa terus ‘lemas’. Bukan setakat isu negara yang lebih besar, tetapi merebak kepada isu terpencil melibatkan hal-hal kaum kerabat dan rakan-rakan sepejabat.

Dikatakan yang membuat angkara, jiran terdekat atau yang kenal rapat atau dituduh pengampu atau bersilat untuk mendapatkan pangkat.

Semuanya, tanpa bukti namun yang terpaksa berdepan ialah mangsa. Terpaksa tepis sini sana.

Menjawab dan berhujah dengan pelbagai surah. Dan seandainya sudah diberi penjelasan dan wujud kebenaran berpihak kepada mangsa, penfitnah pula tidak dibawa ke muka pengadilan. Terus hidup secara aman dan mungkin bercita-cita mengulangi kesalahan yang melanggar amaran Tuhan.

Budaya fitnah ini lebih kejam, apabila mangsa pula kemungkinan boleh menggunakan semula fitnah ini untuk melakukan dosa besar yang lain dengan menyatakan bahawa ini juga adalah fitnah seperti yang pernah dituduh sebelumnya. Fitnah amat bahaya, buruk untuk pelakunya, hodoh untuk mangsanya.

Selain mengguna kayu ukur dalam menyebar berita atau menerima sesuatu berita serta cerita seperti disebut dalam surah Surah Al-Hujurat ayat 6. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Penyebar berita seperti wartawan, pengarang, penulis atau pembaca, juga tidak terlepas dengan anjuran agama supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menimpa musibah di kemudian hari seperti petikan: “Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya...” (Surah Baqarah ayat 282).

Janganlah menjadi pemfitnah yang akhirnya menempah diri ke neraka dan membuatkan mangsa teraniaya dan bukan sahaja perlu menghindari budaya fitnah tetapi perlu mengelakkan juga perlakuan yang ‘mengundang’ fitnah yang akhirnya menjadi penyebab murka Allah. Seperti berlegar-legar di depan kedai judi nombor ekor meskipun tidak membelinya.

Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. ~Editorial Harakah

PRU14 : BN Target 35 atau 33 kerusi unt merampas Selangor

35 atau 33 pun dah cukup, kata Zahid mengenai S'gor

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggariskan lima pinsip yang boleh membawa Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Prinsip berkenaan ialah menyelesai masalah dalaman parti, pemimpin turun padang mendekati rakyat, memilih calon yang layak, keluar daripada zon selesa dan memastikan bantuan disalurkan ke peringkat akar umbi.

"Kalau mereka miskin dan susah, tolong mereka. Jangan kita pilih bangsa, agama...tolong semua. Realitinya buangkan urusan biasa, realitinya buangkanlah keselesaan kita... berikan bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

"...sekuat mana pun pembangkang, banyak manapun parti baharu yang ditubuhkan, Insya-Allah Umno dan BN akan cemerlang semula untuk memerintah di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor, hari ini.

Beliau berkata kegagalan menawan Selangor selama dua penggal harus dijadikan iktibar dalam usaha mengembalikan pemerintahan negeri itu kepada BN.

Ahmad Zahid berkata Selangor menjadi antara negeri termaju di Malaysia atas usaha BN namun, hasilnya kini dipetik orang lain.

"Sebab kita rasa terlalu kuat, sibuk buat analisis dan strategi, tapi tidak turun ke akar umbi...pemimpin sibuk pegang jawatan untuk jadi calon.

Belajarlah daripada kesilapan lalu. PRU12, PRU13 kita kecundang di Selangor, kerana budaya berada dalam zon selesa," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingkatkan semua anggota Umno supaya tidak mencari musuh kerana dalam politik, musuh sentiasa datang tanpa perlu dicari.

Sebaliknya, beliau meminta mereka mengambil lebih banyak pendekatan untuk menarik jiwa dan hati pengundi untuk kembali kepada perjuangan Umno dan BN.

"Saya yakin kita boleh kembali memerintah di Selangor, kita tidak perlu menang semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kalau kita menang 35 atau 33 pun sudah cukup," katanya.

- Bernama

Rezeki saya lebih baik pada zaman Dr M, kata Raja Nong Chik

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Raja Nong Chik Zainal Abidin hari ini berkata beliau memperoleh lebih banyak "perniagaan" pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi memilih untuk tetap setia kepada kepimpinan semasa.

Bercakap pada mesyuarat bahagian Lembah Pantai di Kuala Lumpur, bekas menteri Wilayah Persekutuan itu menegaskan mengenai kepentingan Umno bergerak ke hadapan, selepas beberapa pemimpin tertinggi meninggalkan parti itu kerana mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya terus terang pada YB Datuk Seri Zahid. Rezeki saya lebih baik semasa Tun M. Saya dapat lebih banyak perniagaan semasa zaman Tun M. Sekarang susah nak dapat business," kata Raja Nong Chik pada mesyuarat yang dirasmikan oleh timbalan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Tetapi demi disiplin parti, Umno bahagian, menang ke tak, tetap bersama kepimpinan Datuk Seri Najib dan timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya fikir kita telah membazirkan masa yang cukup. Kita dah tinggal hanya setahun setengah (untuk pilihan raya). Saya rasa kita hanya perlu menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Umum ke-14. Kita lupakanlah kawan-kawan lama kita walaupun saya cakap rezeki saya lebih baik masa (zaman) Tun Mahathir," katanya.

Umno bulan lalu memecat timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, manakala naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal keluar parti selepas digantung keahliannya.

Mahathir juga mengumumkan keluar parti dan menubuhkan sebuah parti baru sebagai pengerusi, manakala Muhyiddin selaku presiden sementara dan Mukhriz dilantik sebagai bendahari.

Parti itu disebut-sebut mahu menarik sokongan daripada ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati.

Persempadanan semula Lembah Pantai

Dalam ucapannya, Raja Nong Chik turut menyentuh mengenai keperluan menjalankan persempadanan semula Lembah Pantai yang dimenangi anggota parlimen PKR Nurul Izzah Anwar pada pilihan raya umum lalu.

Ketika ditemui selepas itu, Raja Nong Chik bagaimanapun berkata persempadanan semula itu bukan untuk memastikan kemenangan BN.

"Sempadan di KL telah berubah ... Tiada Bangsar South 15 tahun yang lalu. Proses persempadanan semula yang terakhir dijalankan pada tahun 2004. Banyak perkara yang telah berubah sejak itu," katanya.

Kenyataan tersebut muncul selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah tiga kerusi baru di negeri itu untuk membantu BN dalam pilihan raya.

Mengulas perkara ini, Raja Nong Chik berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Idris.

Idris mencadangkan penambahan tiga kerusi dewan undangan negeri, satu di kerusi parlimen BN Tangga Batu, dan dua lagi di kawasan parlimen Bukit Katil yang dimenangi PKR.

Buktikan dengan tindakan, jangan hanya bilis dicari

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggariskan fokusnya untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai sebuah perkhidmatan yang bersih dari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Saya rakamkan tahniah di atas komitmen dan azam yang disuarakan oleh beliau.

Namun, di dalam masa yang sama, suka untuk diingatkan bahawa apa yang ingin dilihat oleh rakyat ialah tindakan dan pelaksanaan terhadap kata-kata yang diucapkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru ini perlu menerima hakikat bahawa pelantikan dirinya ke SPRM ialah dalam satu suasana yang penuh dengan kontroversi dan persepsi.

Latar belakangnya sebelum ini sebagai Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara dianggap sebagai satu beban yang perlu dibersihkan memandangkan Jabatan Peguam Negara lah yang telah membersihkan Perdana Menteri dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SR International. Justeru, di mata masyarakat, beliau berada di dalam pasukan Peguam Negara dan dibimbangi akan bertindak di SPRM sebagaimana tindakan Peguam Negara.

Dalam masa yang sama, masyarakat juga tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di SPRM apabila tiga orang pegawai tertingginya meninggalkan Suruhanjaya tersebut secara serentak. Mereka ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. Adalah amat mustahil ia merupakan satu kebetulan semata-mata dan dibimbangi ia hasil tekanan dari pihak kerajaan yang memerintah.

Saya menaruh harapan agar Datuk Dzulkifli Ahmad dapat melaksanakan janjinya kepada rakyat dan negara. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila rakyat melihat bahawa bukan ikan bilis sahaja yang akan diburu oleh SPRM, bahkan ia turut memburu jerung-jerung yang lebih banyak mengaut keuntungan hasil salah guna kuasa. 

Datuk Dzulkifli Ahmad wajib membersihkan imej Malaysia di mata dunia yang menyaksikan bagaimana negara ini menurut laporan Transparency International telah jatuh ke kedudukan 54 pada tahun 2015 berbanding 50 pada tahun 2014. Skor Malaysia juga menurut badan berkenaan telah menurun daripada 52/100 kepada hanya 50/100. 

AHMAD FADHLI SHAARI | 14 Ogos 2016.- HARAKAHDAILY 14/8/2016

Dua tindakan di AS, tapi Najib masih tak saman WSJ

Terdapat dua saman difailkan di Amerika Syarikat berhubung dana yang didakwa dicuri daripada 1MDB, namun perdana menteri masih belum menyaman akhbar Wall Street Journal, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Beliau mengulas tindakan undang-undang oleh Datuk Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ADUN Salor Datuk Husam Musa bagi mendapatkan dana berkenaan.

"Lebih setahun sudah berlalu tetapi perdana menteri belum menunaikan ancaman saman terhadap akhbarWall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.

"Sebaliknya dua saman sivil telah dikemukakan ke atas beberapa orang yang dikaitkan dengan beliau dalam skandal 1MDB," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

Chang dan Husam memfailkan saman secara berkumpulan pada Khamis lalu di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.

Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara itu dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.

Antara mereka yang dinamakan termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz dan jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Ini susulan satu lagi saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bulan lepas yang mendakwa AS$3.5 bilion dana 1MDB telah dicuri dan AS$ 1 bilion digunakan bagi membeli aset menggunakan wang berkenaan.

DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$ 731 juta wang tersebut masuk ke akaun bank "Malaysian Official 1" termasuk AS$ 681 juta deposit seperti diperkatakan tahun lalu.

Jumlah ini adalah sama seperti dilaporkan WSJ di mana wang berkenaan dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kemudian membersihkan Najib atas alasan wang tersebut daripada ahli keluarga diraja Arab, tetapi DOJ percaya wang berkenaan berasal daripada 1MDB.

Najib pada bulan Julai tahun lalu mengancam untuk menyaman WSJ selepas ia menerbitkan dakwaan itu, tetapi saman fitnah itu tidak menjadi kenyataan. Mk

MENGAPA KWSP TIDAK AUTOMATIS TUKAR BAGI MUSLIM?

Alhamdulillah selesai menukar ke Simpanan Syariah pagi tadi jam 7:30 pagi. JANGAN bimbang, saya yakin alokasi rm 100 bilion adalah mencukupi untuk peringkat awal, jika ada permintaan lebih, sudah ada peruntukan yang menanti. CEO kwsp memaklumkan setiap tahun akan ada ada alokasi tambahan sekitar RM 20-30 bilion.

Justeru tidak perlu terlalu tergesa-gesa pada hari ini kerana masih besar alokasi simpanan Syariah.

Mengapa tidak auto tukar untuk orang Islam?

TIDAK boleh auto kerana keperluan legal utk pastikan benar-benar identiti pencarum menukar sukarela. Jika tidak, bakal bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang tidak benarkan keputusan secara tidak pilihan sendiri dalam hal melibatkan agama. Kita tidak mahu wujudnya pertikaian kemudian hari dan sudut perlembagaan dan undang-undang. Tambahan pula simpanan syariah TIADA jaminan minima bagi dividen dan iulan itulah ciri pelaburan untuk patuh Shariah.

Kesimpulan, kenapa ahli beragama Islam tidak auto Simpanan Shariah?
1. Terdapat risiko perundangan sekiranya penentuan jenis akaun ahli dibuat berdasarkan agama dan ianya dilihat sebagai bertentangan dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan “…tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang..” . Jika kalian tidak setuju jawpaan ini, maka silakan baca jawapan seterusnya.

2. Perubahan ke Simpanan Syariah memerlukan akad Wakalah melalui ijab dan qabul secara jelas bertulis. Buat masa ini KWSP tiada kaedah yang lebih efektif dan berkesan selain secara fizikal di kaunter kerana untuk diuruskan secara patuh Syariah, ia memerlukan terma khusus dan mandat jelas kepada KWSP utk mengurus dan melaburkan secara patuh Syariah. Hal seperti ini TIDAK BOLEH secara automatik tanpa disedari pihak pencarum.

3. Kerana pihak KWSP TIDAK punyai data status agama yang lengkap bagi semua ahli pencarumnya, ini kerana dahulunya, pendaftaran tidak mewajibkan status agama ahli dinyatakan. Hanya status bangsa yang ada, bangsa semata-mata tidak mampu secara jelas menentukan agama seseorang.Dalam bahasa mudah , kwsp tidak tahu anda beragama apa, tidak afa dalam data, so bagaimana boleh ubah secara automatik?

4. Saiz permulaan dana Simpanan Shariah yang perlu diuruskan oleh KWSP akan menjadi lebih besar dan ini akan menyukarkan perancangan pelaburan KWSP yang perlu memastikan pertumbuhan yang mendadak ke atas pelaburan aset patuh syariah bagi setiap kelas aset, selari dengan pertambahan simpanan ahli Simpanan Shariah.

5. Simpanan Syariah ada ciri-ciri yang penting dan sangat berbeza dari konvensional seperti tiada jaminan MINIMA dividen pada kadar 2.5 % seperti konvensional dan pulangan juga adalah berasaskan prestasi sebenar dan sebarang jaminan dividen boleh menjatuhkannya ke dalam elemen riba. Justeru, jika diubah secara automatis, dibimbangi apabila berlakunya perbezaan dividen di antara Syariah dan Konvensional, mereka yang ditukar secara automatik akan membantah dan mempertikai apabila dividen Halal lebih rendah. Perlu diingat, dividen kedua-duanya kini boleh berbeza, lebih rendah atau lebih tinggi.

Jika kalian mampu membaca sehingga di sini, saya ucapkan tahniah kerana menjadi masyarakat yang tidak malas membaca dan mendapatkan fakta sebenar sebelum mengomen.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Musa Hitam sudah letih jadi kambing hitam Memali

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengakui penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.

Ujar Tun Musa seperti yang dipetik menerusi laporan portal berita Awani.com, beliau dipersalahkan dan dijadikan individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Katanya, peristiwa Memali adalah isu paling kontroversi dalam perjalanan politik beliau kerana beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.

"Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkan anda bayangkan?

"Pembangkang menyalahkan Umno dan saya sebagai individu yang bertanggungjawab, dan 'rakan-rakan' saya dalam Umno, apabila situasi ini berlaku, mereka meninggalkan saya.

"Mereka seolah-oleh mengatakan biarlah Musa menjadi 'kambing hitam' daripada kami," kata beliau ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) malam tadi.

Musa juga mendakwa tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

Namun selepas mendiamkan diri selama 30 tahun, beliau menceritakan bagaimana beliau menangani krisis tersebut dalam bukunya 'Frankly Speaking'. SH