Dasar PAS adalah Islam, semua gerakerja politik PAS dipandu oleh Islam, jika bulan itu menerangi malam begitulah keyakinan PAS bahawa Islam itu menerangi kehidupan, tiada secerah suluhannya, dengan cahaya itulah PAS berpolitik.
Kalau PAS nak bersatu, samada dalam bentuk tahaluf atau taawun, maka yang pertama-tamanya PAS melihat akan melihat kebolehannya dari sudut syarak, boleh atau tidak boleh, biar syarak tentukan, bukan pakai nafsu semata, kalau nafsu semua boleh asalkan untung dunia, tapi syarak tidak begitu, ada boleh dan ada tak boleh.
Kedua PAS akan lihat keuntungannya, bukan duit, tapi Islam, kalau merugikan Islam, PAS tak sedia nak bersatu, yang dah bersatu pun PAS akan keluar kalau sekiranya ia menyebabkan Islam rugi, apatah lagi kalau Islam itu dihalang dan dihina.
Tak salah nak bersatu dalam perkara ketaqwaan, biar sesiapa pun dia. Islam ajar kita supaya tolong menolong dalam perkara ketaqwaan dan bersatu dalam perkara ketaatan dalam semua perkara. Jangan sampai benci sehingga menolak kebenaran dan menolak kerjasama dalam perkara ketaatan kepada Allah swt.
RUU 355 adalah sebahagian dari agenda Islam. Walaupun tidak menyeluruh tetapi dapatlah dilaksanakan sebahagian dari perundangan Islam. Kalau orang bukan Islam senada dalam menolaknya kenapa pula kita yang mengaku beriman tidak boleh senada untuk perjuangkannya.
Kalau benci kat sesiapa, jangan sampai dustakan kebaikan yang dia buat dan nafikan kebenaran. Kalau suka jangan sampai benarkan kejahatan yang dia buat dan benarkan kesalahannya. Islam mengajar kita begitu, kerana kebenaran itu adalah haq dan yang haq itu datang dari Allah swt, bukan datang dari keputusan manusia.
PAS hanya ingin bersatu dalam perkara yang haq sahaja, PAS tak nak apa-apa dari UMNO, selama ni PAS berlawan dengan UMNO kerana nak tegakkan Islam. Begitu juga bila PAS bertahaluf dengan sesiapa tujuannya adalah untuk Islam sebab itu dasar PAS.
PAS sentiasa akan mengambil ruang yang ada walau dimanapun celahannya, jika ia adalah peluang untuk Islam dapat diamalkan dan kebaikan pada ummah. Kini ruang itu telah terbuka sebahagiannya, tunggu dibahaskan untuk mendapat sokongan.
Kalau MP Islam bersatu untuk berikan sokongan, InsyaAllah akan berjaya. RUU 355 akan berjaya jika dapat majoriti dan apabila MP Islam bersatu berikan sokongan meskipun bukan atas nama parti, tak perlu bagi PAS untuk sertai UMNO atau mana2 parti untuk dapatkan sokongan, ini isu Islam, semua yang beriman bertangungjawap, hanya memadai bersatu diatas nama Iman dan Islam.
17 Ogos 2016
Ditulis oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar
Hihihihiihi!
ReplyDeleteGeli hati aku bika baca artikal atas tu!!
Selagi atak kau berfungsi, kau bileh tulis apa saja, tapi kami yang jadi pemerhati ni, gelak sakan.
Kenapa? Srlagi mr presideng duduk kat situ, kluk klek nya tak habis-habis!
Lebih baik beliau berundur kerana dia seorang mr presideng yang GAGAL!!!