Wednesday, July 17, 2013

Tolak cadangan kerajaan memulakan proses persempadanan semula jika tidak dibuat secara teliti.

Kaji persempadanan semula dengan telus
Ahli Parlimen Kapar G Manivannan berkata, pihaknya komited untuk menolak cadangan kerajaan memulakan proses persempadanan semula jika tidak dibuat secara teliti.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat tidak akan bersetuju dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya jika tiada rundingan meja bulat antara kerajaan dengan pembangkang.

Ahli Parlimen Kapar G Manivannan berkata, pihaknya komited untuk menolak cadangan kerajaan memulakan proses persempadanan semula jika tidak dibuat secara teliti.

“Selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak turun berbincang dengan kami, kami takkan terima persempadanan semula,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata pihakya meragui jika wujud motif politik yang memberi kelebihan kepada BN melalui proses persempadanan.

Merujuk kepada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibawah Parlimen Kapar, kekuatan pengaruh Pakatan Rakyat dilihat kukuh dengan PAS di DUN Meru, PKR-Sementa, PAS-Selat Klang, dan DAP-Sungai Pinang.

Katanya, tidak mustahil permainan ‘silap mata’ berlaku dengan memindahkan pengundinya ke kawasan Parlimen Tanjong Karang yang dilihat sebagai kubu kuat BN.

Walau bagaimanapun beliau mengakui keperluan proses terbabit di kawasannya memandangkan pengundi Parlimen Kapar kini sudah mencecah 144,159 orang, hampir 10 kali ganda jika dibandingkan dengan hanya 15,791 pengundi berdaftar di Parlimen Putrajaya.

“Bayangkan jumlah penduduk Kapar sahaja hampir setengah juta orang…jumlah peruntukan kepada setiap Parlimen tetap sama jadi sukar untuk saya beri komitmen kepada semua orang,” katanya.

Katanya, perlu ada perbincangan dengan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta kepakaran luar untuk melihat beberapa faktor, antaranya perbezaan demografi, lokaliti dan potensi pembangunan sesuatu kawasan.

“Selagi BN tak turun berbincang kita takkan terima persempadanan. Kita nak dia bersikap terbuka dan bersifat matang,” katanya

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata, kajian persempadanan semula akan bermula hujung tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Menurut Perkara 113 (2) (ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula dibenarkan setiap lapan tahun sekali dan kali terakhir Malaysia melakukannya pada tahun 2003.


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment