Wednesday, July 17, 2013

DAP "menaja" pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee?, Tiada kaitan dgn DAP..Gua Cuma follow Otaii jerrr!!!????

Sudah Terang Lagikan Bersuluh....
Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh ekoran tindakan MP Kinabatangan Bung Mokhtar membangkitkan dakwaan bahawa DAP mungkin "menaja" tindakan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuatkan kandungan kontroversi menghina umat islam di Internet.....
Take Note !!! : Umno-BN Perosak Generasi Malaysia... Klik SINI

DAP kecam tuduhan tidak berasas Bung Mokhtar
Ahli Parlimen DAP mengutuk tindakan Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mendakwa DAP bertanggungjawab menaja blogger Alvin Tan dan Vivian Lee berhubung kejadian video menghina Islam dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Tuduhan itu mendapat kecaman keras Ahli Parlimen DAP antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang menggesa menarik balik tuduhan itu serta merta.

“Ini adalah fitnah jahat yang tidak berasas, apa kena mengena mereka berdua dengan DAP?,” kata Kor Ming.

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menegaskan di bawah Perintah Tetap 36 yang melarang tuduhan berniat jahat terhadap Ahli Parlimen lain.

Bung Mokhtar turut menuduh Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen terbabit di belakang video itu.

“Saya takut Bandar Kuching juga mungkin terlibat,” dakwanya.

Chieng Jen bagaimanapun meminta Bung Mokhtar menarik balik kenyataan yang jelas satu ucapan yang berniat jahat terhadap individu.

Terdahulu, Alvin dan Vivian dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi kenyataan di ibu pejabat agensi itu di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Kenyataan itu untuk membantu siasatan berhubung memuat naik gambar hidangan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam menggesa hukuman segera dikenakan terhadap pasangan itu kerana bertindak di luar batasan.

Tahun lalu, Alvin dan Vivian menggemparkan negara apabila menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog mereka.

Teresa Kok kemudian menyelar tindakan Bung Mokhtar yang meminta kerajaan mengarahkan Duta Vatican ke Malaysia, Archbishop Josef Marino keluar dari negara ini kerana campur tangan dalam hal ehwal negara dengan mengulas isu agama.

“Kenyataan melulu seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Ahli Parlimen, Bung Mokhtar dan Ahli Parlimen BN lain perlu semak dan baca dulu kenyataan asal Josef Marino,” katanya.

Kor Ming pula berkata, kenyataan Josef Marino sengaja diputar belit untuk menimbulkan ketegangan agama.

“Josef Marino dalam kenyataannya menyifatkan Islam sebagai agama yang cantik tapi apa yang diucapkan beliau sengaja diputar belit. Ini merupakan tindakan yang sama sekali tidak bertanggungjawab,” ujarnya. -Roketkini.com


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI


Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment