Wednesday, July 17, 2013

Panas!! SPR akui ada kertas undi pos tidak dikira !!!!

Pos Malaysia Gagal Serah Sebahagian Kertas Undi Pos Pada PRU-13 - SPR
KUANTAN: Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.

"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi," katanya.

Wan Ahmad berkata SPR akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan perkhidmatan pos yang berbeza sekiranya Pos Malaysia tidak dapat menyerahkan kertas undi pos secara efektif.

"Kita akan bertemu dengan Pos Malaysia untuk mendapatkan penjelasan kerana kita telah membayar untuk menggunakan perkhidmatan mereka," katanya....

Take Note !!! : SPR masih tak telus... Banyak keraguan yg timbul... Klik SINI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment