Saturday, January 21, 2012

Lagi "Melayu" sertai DAP.. tamparan buat UMNO..

Dua graduan UiTM sertai DAP
IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

VOUCHER BUKU RM200 DI JUAL DI MUDAH.MY

Voucher Kerajaan 1Malaysia.
Pemilik voucher ini katakan dia tidak memerlukan voucher tersebut, sebaliknya lebih mahukan duit daripada voucher.

Panas!! Ah Jib Soh buat hal lagi, Ah Jib Gor pening ..

ROSMAH DIGELAR WANITA SHOPPING PERTAMA DI AUSTRALIA

FLOS : First Lady Of Shopping.

Sekali lagi Rosmah Mansor isteri kepada Pedana Menteri Malaysia telah mengharumkan nama negara, mungkin kebiasaanya kita akan mengelarkan Rosmah Mansor dengan nama Wanita Pertama Malaysia atau FLOM iaitu First Lady of Malaysia, tapi lain pula bagi Carl Kapp, seorang pereka terkenal dari Sydney Australia yang lebih mengenali Rosmah Mansor sebagai Wanita Shopping Pertama atau pun First Lady of Shopping (FLOS).

PENJELASAN ISU KUIN OLEH SETPOL MB KEDAH

kOLeJ uNivERsiTi iNsAniAh...Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

The star, perlu ke ko padam nama malaysia dalam isu SOPA neh?

Kenapa ko padamkan nama malaysia dalam berita di bawah neh yerk?

Amboiii the star.. nak menipu tak agak. Dan2 je nama malaysia hilang bila berita neh dicetak dalam paper ko. Sedangkan berita dalam talian yang diperolehi dari laman web afp ada je nama negara kita malaysia. Tapi bila benda neh sampai kat ko, dan2 ko fitler nama malaysia ek.

Dah kena saman RM10 juta kerana MEMFITNAH baru mengaku penyokong PAS..piiiraahhhhh

Macam biasa mai pakat baca dulu bahan propaganda fitnah yg diambil dari blog UMNO ni, lepas tu baca ulasan di bawah:

TERPANAS!! Yb Pas Saman Penyokong Pas RM10juta!!

Mai kita fikir sejenak isu KUIN dan MB Kedah

KEMELUT beberapa pelajar di KUIN, Kedah yang dikenakan tindakan mengikut AUKU agak mengelirukan kita sebagai penyokong PR. MB Kedah, Us Azizan kini dijadikan sasaran bukan sahaja oleh puak-puak Umno, tetapi oleh sebilangan penyokong-penyokong PR sendiri kerana jelas kita ketahui bahawa AUKU amat ditentang oleh PR.

Utusan dah kena saman RM150 juta pun masih nak membelit!

SELAGI tak muflis, barangkali akhbar propaganda Utusan Malaysia tidak akan berhenti memutar belit dan mereka-reka cerita menurut selera editor pengampu gerombolan songkok tinggi.

Sekarang Hassan Ali merasakan Umno parti terbaik di dunia, tapi sampai bila?

Sekarang Hassan Ali merasakan Umno parti terbaik di dunia, tapi sampai bila? Hassan Ali sangat marah buat masa ini dan sebetulnya dia marah. Dengan pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi, beliau harusmencari jalan untuk kekal relevan dan diambil sebagai calon. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau baru sahaja dipecat daripada PAS dan reputasi beliau sekarang agak tercalar. Beliau dituduh menjadi sebagai ‘katak’ dan dimotivasikan oleh wang. Hassan sekarang sedang bekerja keras untuk mencari jalan untuk diambil sebagai calon parlimen supaya dia tidak perlu berpisah dengan faedah dan kelebihan yang disediakan untuk ahli parlimen.

Panas !! Soi Lek BIDAS UMNO (BN) dan Sharizat???...


BN, Shahrizat urus skandal NFC dengan lemah, kata Soi Lek


KUALA LUMPUR, 21 Jan — Kerajaan Barisan Nasional (BN), menegaskan, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai “sangat teruk”, menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Kisah Penyamun nak saman "tukang report"

"Saya Ada Hak Fail Saman" - Shahrizat
TEMERLOH- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bahawa beliau hanya menjalankan haknya apabila memfailkan saman RM100 juta terhadap dua pemimpin PKR berhubung kenyataan fitnah terhadap Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Pulangkan!! Pulangkan !! Bapa aku punya waaaa!!!!!!

‘Pulangkan’ Bandar Tun Razak
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini supaya memilih semula kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu meneruskan pembangunan di kawasan tersebut.

Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan BN sejak dahulu telah terbukti berjaya melaksanakan pembangunan dan pemodenan dalam negara.

Ya Habibi Najib Baba..

Tak payah isytihar harta, hanya isytihar kepada PM sahaja: Nazri 
Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Cara nk topup free

Aku dapat daripada member yg keje kat kedai hphone kat area2 sekitar Scudai . Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni . Last-last cair jugak dia hihihi. 

Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak mereload repaid ni secara percuma . ukey , sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri ... 

Gambar puak UMNO mengganas di Masjid Nurul Hidayah Kpg Pandan

Inilah rupa-rupa Melayu mazhab UMNO, cuba nak menghalang demo AUKU.... 



Akibat Politik Diutamankan, Islam Di Belakangkan


Lepas dengar Khutbah, baling batu kat orang ok?
Bukan baling ke binatang, Ke Manusia yang Seagama dengan mereka pula.

[PANAS] Jui Meng Dakwa MCA Hanya Ada 40 Ribu Ahli je hahahahaha,

KANTOI!!!
P/s: Datuk Chua Jui Meng pernah menjawat jawatan penting dalam MCA.

Kah kah kah!

Cuba selidik pula ahli "sebenar" UMNO? Agak-agaknya sampai 3 juta?

Kah kah kah!

Surat terbuka untuk bapa si saiful bukhari.

FRIDAY, JANUARY 20, 2012

Salam 1malaysia pakcik,

Hai.

Harap pakcik cool sebab saya bagi salam 1malaysia je. Sebagai penyokong bn saya percaya pakcik mesti rasa best sebab saya guna salam 1malaysia. Kalau bukan nak gunakan ke atas penyokong bn kepada siapa lagi saya nak gunakan enn..

Izwan Pilus meninggal dunia.. Al Fatihah..

Izwan Pilus
SHAH ALAM - Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi (20/01/2012), di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.



Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Friday, January 20, 2012

Panas dan Terhangat di pasaran!!.. Takkan keluar di UTUSEX dan TV3suku.

Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Ketua Setiausaha Negara, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan difailkan SAMAN oleh 404 pegawai2 Angkatan Tentera Malaysia. APA KES?

Kajian arkeologi buktikan Hang Tuah wujud

Seorang pakar arkeologi hari ini mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.

"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.

"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi," kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Isytihar harta: Apa ‘bahaya’ disembunyikan Nazri?

KUALA LUMPUR 20 Jan: Srikandi KEADILAN mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet wajib diisytihar kepada umum.

Veteran Umno saman kerajaan negeri Perak

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tindakan ini diambil berikutan kegagalan pihak Kerajaan negeri Perak menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.

Apa makna orang agama kalau wang zakat disalahguna?

KUALA LUMPUR, 20 Jan: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Wow! Banyak nyee saman

ANWAR IBRAHIM SAMAN UTUSAN MALAYSIA RM150JUTA

Saman Akhbar Utusan Malaysia RM150 JUTA, mungkin miliki Utusan Malaysia.

Wow! Banyak nyee saman… Semalam Shahrizat Saman Zuraida dan Rafizi RM 100 Juta, Hari ni Anwar Ibrahim Saman Utusan Malaysia RM 150 Juta

Awas Jangan Jadi Blogger Sampah! & Rakaman Tun Faisal (UMNO) vs Hishamuddin Rais (Tukar tiub)

UMNO MILIKI 1800 CYBERTROOPERS

Ramainya Blogger UMNO kat Malaysia ni… Ketua Penerangan UMNO ada cakap Blogger UMNO macam Sampah ye ke?

Ntah tak pasti, agaknya kot…

Pemimpin Dayak dan Kadazan dalam BN bagaikan hamba

Pemimpin Dayak dan Kadazan dalam BN bagaikan hambaMenurut kebanyakan pemimpin Dayak di Sarawak dan Kadazan di Sabah, masyarakat Dayak dan Kadazan yang kononnya diwakili mereka semuanya adalah terpelihara akan hak dan segala bantuan serta kemudahan.

Adakah sekat royalti prinsip wasatiyyah Umno?

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Umno diseru agar tidak mencemarkan kefahaman kesederhanaan di dalam Islam dengan perlaksanaan yang songsang.

Konsep kesederhanaan di dalam Islam adalah satu prinsip yang mulia dan ianya tidak boleh dieksploitasikan mengikut kehendak pemerintah.

Ni gambar Pelajar perempuan yang ugut Najib ??

Sebenarnya bukan lah ugut sangat pun. Takde pula nampak macam mengugut bagi pandangan aku. Tapi bila orang dah buat report, polis kena jalankan tanggungjawab dia. So benda neh normal. Sebahagian dari bidang tugas polis.

Exco Agama : UMNO PALING LAYAK JAGA AGAMA

Tiga hari selepas pelantikan exco Selangor dan peralihan portfolio Hal Ehwal Islam oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, akhbar pencacai Umno, Utusan dalam laporan muka depan bertajuk "MB tak percaya PAS" mendakwa Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang Datuk Dr Hasan Ali kerana sudah tidak mempercayai parti Islam itu untuk memegang urusan pentadbiran negeri itu.

PAS MEMANG 'PAK TURUT'

Tuduhan bekas Naib Presiden PAS, Dr Hassan Ali bahawa PAS adalah 'PAS Turut' memang benar belaka tidak ada yang benar melainkan benar belaka. PAS memang istiqamah menjadi 'Pak Turut' dari dahulu, kini dan selamanya.

PAS menjadi 'Pak Turut' kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup dan mendaulatkan Islam dalam segenap kehidupan. PAS tidak sanggup untuk tidak menjadi 'Pak Turut' untuk semua urusan yang diwajibkan Islam dan ditegah Islam.

Pas kuda tunggangan tapi yang masuk Dap orang Umno

Di negara kita perkara paling syok menjelang pilihanraya ialah berita ahli-ahli parti Pas dan juga PKR keluar parti.Ini lumrah dah jadi kebiasaan media propaganda regim Umno-BN sebagai perang psikologi pilihanraya.Jumlah yang keluar parti pulak bukan sikit 100 hingga 200 orang.Selepas itu diikuti dengan penafian pihak Pas dan PKR.

KESIHAN BAPA SAIFUL, MUNGKINKAH SANGGUP ANAK MENIPU BAPANYA?

SETELAH membaca rayuan dan keluhan bapa pemuda yang minum kopi dan makan karipap setelah kononnya diliwat itu, di SINI, maka saya merasa simpati juga kepadanya. Terfikir oleh saya sampainya hati si anak memperdaya bapanya dengan cerita karut marut tersebut sehinggakan bapaknya benar-benar yakin bahawa memang anak jantannya itu kini kehilangan `teruna' akibat diliwat.

Pelajar wanita pula ugut PM

ALOR SETAR - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebook.

Ia kejadian kedua membabitkan penuntut IPT dalam tempoh seminggu ini.

Thursday, January 19, 2012

Lisa Surihani Bercium Mulut?

Betul ke Lisa bercium?? jom lihat gambar di bawah ini, Anda yang tentukannya @ Ini hanya propaganda ehiburan tidak dapat menafikan sama ada benar atau tidak. sama-sama lihat dan nilai.

Nazri cuba menunjukkan bahawa bossnya tidak cerdik???

NONEISYTIHAR HARTA: NAZRI MEMBODOHKAN DIRINYA SENDIRI

Menteri yang menjaga undang-undang pula cuba memperbodohkan rakyat yang tidak bodoh. Tindakan beliau itu sebenarnya hanyalah membodohkan dirinya sendiri.

Amalan mengisytiharkan harta ini sudah lama dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara luar bagi menmbuktikan mereka bersih.

PENYAMUN ISYTIHAR HARTA PADA KETUA PENYAMUN

Ini cerita penyamun sama penyamun. Maka berkatalah Ketua Penyamun kepada sekelian Penyamun.

"Aku mahu tahu harta engkau orang semua, takut harta engkau orang lebih banyak dari harta aku".

Panas!! Wardina ajak blogger UMNO (RBJ) untuk "Bersemuka"

Dituduh 'Berlakon' Dalam Kes Samun, Wardina Panggil Penulis BlogDituduh 'Berlakon' Dalam Kes Samun, Wardina Panggil Penulis Blog
PETALING JAYA- Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Ini untung maha besar, untung Maha Firaun +Video

Pengendali tol lebuh raya untung maha firaun 
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Keuntungan yang dikaut oleh syarikat pembina lebuh raya melalui kutipan tol adalah berlebihan, tidak masuk akal dan menindas rakyat.

“Ini untung maha besar, untung Maha Firaun,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Game" SINDIR Bik Mama kini di iPod, iPad dan iPhone +Video

Sebuah permainan handphone yang menarik telah dicipta dan ia kini telah pun berada di laman web rasmi Apples. Game berkenaan mempunyai karakter yang seakan sama dengan isteri perdana Meteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor.

Hata Wahari sertai DAP +Video

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

Gempag !!! BLOGGER SHARPSHOOTER TERJAH PEGUAM RAIS YATIM + Video

Sharpshooter seorang blogger yang pernah menghentam Menteri Rais Yatim, dalam beberapa penulis di blognya dikatakan menghilangkan diri setelah 7 kali surat dihantar ke rumah beliau, tetapi bilau tidak dapat dikesan. Menurut Utusan, surat telah dihantar ke rumah blogger tersebut sejak Bulan November 2011 tahun lepas.

Oleh kerana hairan dan tidak berpuas hati, Amizuddin Amat (Sharpshooter) ditemani oleh tiga orang rakannya telah pergi sendiri ke pejabat Peguam Rais Yatim di Alamat 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur untuk meminta dokumen saman tersebut.

Lagi blogger Umno sertai PAS

Sekarang ini sudah menjadi trend dan musim untuk bloger ternakan Umno menyeberang ke arah Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini Datuk Ariff Sabri dan Aspan Alias masuk DAP, kelmarin seorang bloger Umno lain lain pula masuk PAS.

Hahaha takut "PEKONG" pecah...

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri
Jan 19, 2012 Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

Melayu hak UMNO, Islam hak PAS?

19 JANUARI: Akibat trauma dengan keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dakwaan liwat, media-media milik UMNO dengan pantas dan terus-menerus menyerang Pakatan Rakyat.

Daripada isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali yang mana lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, cuba menobatkannya sebagai pejuang Islam tulen dan menggambarkan kononnya PAS sudah lari perjuangan asalnya, hinggalah kepada isu perubahan portfolio agama Islam yang ditinggalkan oleh Hasan di Selangor.

BR1M, TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT?

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi mendakwa janji Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan mempolitikkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah dikhianati pemimpin UMNO di Sabah; terutama setelah rakyat miskin mengadu tidak mendapat hak mereka sekalipun tersenarai sebagai penerima; semata-mata kerana mereka bukan ahli UMNO.

Pengecut di Putrajaya..seperti budak sekolah nakal

Sabtu lalu, Najib telah untuk kali ke-tiga dicabar oleh Anwar untuk berdebat. Tiada jawapan daripada Najib. Najib nampaknya lebih berminat untuk menyendiri disebalik bayangannya dan melemparkan batu. Ada nama untuk orang begitu: pengecut.

Bongkar! Najib tipu peneroka: Bukan ‘durian runtuh’ tapi wang milik peneroka dikembalikan


Lagi UMNO tipu warga Felda. PM umum semua peneroka akan mendapat durian runtuh atau dengan kata lain wang tunai yang jumlahnya akan ditentukan oleh kerajaan nanti. Apakah warga Felda tidak dapat membaca dan menilai kata-kata pemimpin UMNO ini?

Kesian penyokong UMNO dihina dan diperbodohkan oleh utusan @ sememangnya bodoh?

NONEMB: Rombak exco turut ambil kira pilihan raya
Jan 19, 2012 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rombakan portfolio exco – dengan beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama – dibuat dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.