Thursday, January 19, 2012

BR1M, TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT?

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi mendakwa janji Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan mempolitikkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah dikhianati pemimpin UMNO di Sabah; terutama setelah rakyat miskin mengadu tidak mendapat hak mereka sekalipun tersenarai sebagai penerima; semata-mata kerana mereka bukan ahli UMNO.

Menurut Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan, beliau menerima aduan daripada orang ramai termasuk empat PKR, Mahalan Bin Jubail, Osman, Awang Massali Bin Atalad dan Arsula Bin Hj Ulla yang menyifatkan cara pengagehan BR1M seperti pepatah Melayu, telunjuk lurus, kelingking berkait.

"Jika BR1M untuk semua, kenapa pengagehannya dibuat di Pejabat UMNO? Hanya ahli UMNO sahaja yang dapat dan bukan ahli kempunan melihat ahli UMNO menyindir mereka dengan pelbagai cacian dan nista," kata Zainuddin ketika menghubungi Sabahkini.net.

Sehubungan itu, Zainuddin menggesa Kerajaan Persekutuan membuat penjelasan berhubung amalan buruk Ketua UMNO Bahagian dan Wakil Rakyat di Sandakan yang telah memanipulasi BR1M untuk kepentingan politik mereka.
HAMPA.....Empat sekawan (dari kiri) Mahalan, Osman, Awang Massali dan Arsula yang hampa kerana disisihkan.

KECEWA....Orang ramai yang kecewa kerana tidak dilayan oleh Pejabat ADUN Sekong.

Tegas Zainuddin, akibat sikap pilih kasih pemimpin UMNO, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa dan membuktikan BR1M adalah senjata perang saraf UMNO untuk melumpuhkan benteng ketahanan mental ahli Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya mereka yang tidak mendapat hak mereka akan menjadikan insiden ini sebagai pembakar semangat mereka untuk menumbangkan kerajaan yang zalim," kata Zainuddin yang berusaha memujuk penerima layak yang tidak mendapat hak mereka - Oleh : HAFIZ JAMAIL

No comments:

Post a Comment