Friday, January 20, 2012

Awas Jangan Jadi Blogger Sampah! & Rakaman Tun Faisal (UMNO) vs Hishamuddin Rais (Tukar tiub)

UMNO MILIKI 1800 CYBERTROOPERS

Ramainya Blogger UMNO kat Malaysia ni… Ketua Penerangan UMNO ada cakap Blogger UMNO macam Sampah ye ke?

Ntah tak pasti, agaknya kot…

Mana tahu ada 1800 Cybertroopers, ramainya…

Semenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal Ismail berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Akan tetapi, secara peribadi beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

"Penulis blog yang menyerang ini, sukar untuk kenali mereka, mungkin mereka terikut dengan orang lain," katanya lagi.

Wah ye ke? dari 1800 kenal 27 orang je… ke 27 orang tu adalah 1800 cybertroopers tu?

Tun Faisal takde cakap apa apa pulak tentang hal demikian. Namun

Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.

"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya Tun Faisal lagi.

Apa perbezaan antara Blog Pro Kerajaan Dan PR?

Tun Faisal ada cakap, "Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

Jap2 Tun Faisal ni sapa eh?

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.Tun Faisal Blog Klik Sini.

Ok, Tun Faisal ni ada cakap apa apa lagi tak?

Ada, dia cakap sekarang ni pihaknya ada lebih ramai orang di media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut. 'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.

Lawak ke? hm….

Apa pun dinasihatkan semua jentera Blogger tidak kira Pro Kerajaan atau Pembangkang agar tidak menjadi Blogger Sampah dengan menyiarkan fitnah dan juga gambar gambar lucah untuk menarik minat orang ramai untuk membaca.

Kita ni Blogger, mudah dapat pahala, tapi lagi mudah nak dapat dosa.


CA Cybertroopers : Tun Faisal (UMNO) vs Hishamuddin Rais (Tukar tiub) ..Dengar Rakaman di SINI 
'Unit media Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari' - Malaysiakini

Jan 20, 2012 Pengerusi unit media baru Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

azlan
Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.

"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi.

Katanya penulis blog tersebut merupakan penyokong Umno tetapi menyifatkan diri mereka sebagai penulis blog bebas.

"Ada di antara mereka yang sangat membenci saya... mereka tidak menyukai saya, mereka tidak mahu diarah, dinasihat atau dikawal," katanya yang turut menjadi sasaran penulis blog berkenaan.

Katanya, walau beliau mengenali penulis blog berkenaan secara peribadi, individu tersebut tidak mendedahkan identiti mereka di ruang maya.

"Lainlah macam saya. Saya bertanggungjawab kepada parti," kata anggota exco pemuda Umno itu lagi yang turut mengendalikan blog tunfaisal.blogspot.com.
Dalam tulisannya di laman tersebut hari ini, Tun Faisal menjelaskan bahawa Umno tidak boleh meletakkan syarat ke atas penulis blog seperti parpukari dan papagomo kerana golongan itu bukan merupakan anggota jentera parti.

Walaupun dengan penetapan syarat tertentu, penulis blog dan 'Cybertrooper' itu juga mungkin mempunyai pendirian sendiri kerana "tidak ingin terikat dengan peraturan-peraturan tertentu."

"Apa lagi apabila kita sendiri bersetuju dengan dasar untuk tidak menapis dan menyekat kandungan di Internet.

"Dalam keadaan tertentu mereka juga mengkritik dan menyerang pemimpin BN. Jadi kenapa kita hanya diminta mengawal mereka apabila mereka mengkritik dan menyerang pemimpin pembangkang?," soalnya lagi.

Katanya, Unit Media Baru Pemuda Umno juga tidak menyokong serangan peribadi yang dilancarkan oleh kumpulan penulis blog berkenaan, seperti yang dilakukan ke atas exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

ADUN PKR itu dilanda kontroversi apabila foto separuh bogel beliau tersebar di laman pro-Umno bermula Februari 2009.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tun Faisal menjelaskan, penulis blog seperti papagomo dan parpukari telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

Katanya Umno telahpun jauh ketinggalan di belakang PAS, DAP dan PKR yang beralih untuk menyampaikan mesej mereka di ruang Internet apabila tidak lagi mendapat tempat di media arus perdana.

Kumpulan pro-pembangkang telahpun menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

Semenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno dengan media baru supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.

Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya mempunyai lebih ramai pengendali media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut.

'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.

Turut hadir dalam program diskusi pada malam tadi ialah kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan juga timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Perbincangan berkenaan antara lain bertujuan untuk mengadakan dialog yang lebih membina di antara penyokong BN dan Pakatan di ruang Twitter.

No comments:

Post a Comment